Friday, November 22, 2013

SEKOLAH MENENGAH (bahagian ke lima) - MOGOK LAPAR



MOGOK LAPAR DI STAR

 

Satu kenangan pahit pula berlaku dalam tahun 1960 rasanya.Saya hampir hampir dibuang sekolah. Puncanya ialah makanan yang dihidangkan di Dewan Makan. Adalah diakui bahawa makanan yang disediakan dimana mana asrama jaranglah sedap. Tetapi pada masa itu kualiti makanan yang disediakan di STAR  sangatlah teruk. Misalnya, ulat terdapat dalam nasi dan ikan yang disediakan berbau ubat pembunuh serengga yang dikenali sebagai Sheltox. Ada kalanya kuantinya pula tidak mencukupi (sebab ada kakitangan yang membawa makanan dari Dewan Makan balik kerumah mereka). Dengan latar belakang ini pada bulan puasa tahun itu murid murid  dalam kelas saya dan seorang guru membincangkan soal ini. Yang saya teringat guru itu menesehatkan terpulanglah kepada pelajar pelajar senior seperti kami memngambil tinadakan yang sesuai untuk mengatasi masaalah itu.

Saya kemudian menjemput beberapa orang pelajar pelajar senior termasuk semua prefect datang ke Rumah Putih membincangkan isu itu. Dalam perjumpaaan “haram” ini kami putuskan bahawa kami  akan pulaukan makan sahur malam itu sebagai bantahan terhadap kualiti makan yang teruk itu. Pada ingatan saya saya berucap dalam Dewan Makan sebelum sahur menyatakan keadaan buruk berkenaan makanan di Sekolah. Kalau tidak salah ingatan saya, Husin Salleh, Penolong Ketua Murid juga berucap. Pada akhir ucapannya dia bertanyakan sama ada kami hendak makan hidangan sahur malam itu. Dengan sebulat suara dan  suara yang kuat semua mejawab “TIDAK”. Apa yang tidak disangka sangka berlaku. Semua pelajar keluar dari Dewan Makan dan balik ke asrama.

Saya difahamkan apa yang berlaku selepas itu, Arwah Tun Hamdan apabila mendapat tahu apa yang telah berlaku pergi kebilik bilik asrama Rumah Hijau dan Biru pasang lampu dan menyuruh pelajar pelajar pergi balik ke Dewan Makan. Ada budak yang berani padamkan lampu itu dan berkata “No”! Ini menjadikan arwah Tun sangat marah.  Selepas itu arwah Tun bercakap melalui Public Address System menyuruh semua pelajar dengan serta merta pergi balik ke Dewan Makan dan makan sahur. Kami pun pergilah. Tun sangat marah dan memberitahu kami bahawa kami telah melakukan satu  kesalahan  besar iaitu “insubordination”. Pertama kali saya mendengar perkataan itu. Dia mengesa kami makan juga hidangan malam itu. Seingat saya tidak ramai yang makan malam itu.

Keesukan harinya tidak ada apa apa berlaku. Saya mengagak saya akan dipanggil oleh Guru Besar disoal dan dirotan! Ini tidak berlaku. Saya hairan juga. Pada malam itu rasa saya, Cikgu Perdaus memanggil saya ke biliknya di Rumah Hijau. Dia memberitahu saya dia telah diarahkan menyediakan “Leaving Certifacate” untuk saya meninggalkan Sekolah. Dia juga  memberitahu bahawa Guru Besar sangat sangat kecewa dengan saya sebab dia sayangkan saya dan saya membalasnya dengan membuat kesalahan berat ini. Saya beritahu Cikgu Perdaus apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.  Berani buat berani tanggung. Saya akur sahajalah dengan keputusan itu. Agaknya Cikgu Perdaus pun terperanjat. Dia menesehatkan saya supaya saya pergi berjumpa dengan Guru Besar dan meminta maaf.  Dan kalau kalau perlu,  saya  mesti bersetuju membuat “public apology” dan dikenakan  “public caning”. Saya memaklumkan saya tidak bersetuju.

Akhirnya, kami yang terlibat dengan mengadakan perjumpaan haram malam itu dipanggil oleh Guru Besar kepejabatnya dan  diberi satu “lecture” berkenaan kesalahan “insubordination”. Satu lagi perkataan yang tidak dapat saya lupakan ialah perkataan “repercussion”. Guru Besar memberitahu insiden itu akan mendatangkan banyak repercussion. (Saya kemudiannya buaka kamus dan dapati repercussion maknanya, “ indirect effect or reaction following an event or action”). Saya belajar dua perkatan baharu melalui insiden ini! Akirnya kami dirotan dalam pejabat Guru Besar.

 Saya bersyukur tidak dibuang sekolah seperti apa yang berlaku kepada beberapa orang kawan saya di Sekolah Dato Abdul Razak, Tanjong Malim yang melakukan mogok yang lebih serius pada tahun berikutnya.

Akhir akhir ini saya diberitahu oleh Cikgu Perdaus bahawa dia juga telah diarahkan menyediakan Leaving Certificate untuk Badli Awang Cik, Ketua Murid pada masa itu. Ini memeranjatkan saya. Saya rasa dia bukan lah salah seorang “ring leader” tunjuk perasaan malam itu. Mungkin kesalahannya ialah  tidak mengambil tindakan menahan perkara ini berlaku. Cikgu Perdaus memberitahu saya dia mempertahankan kami supaya tidak dibuang sekolah kerana ini adalah hukuman yang sangat berat dan tidak setimbal dengan kesalahan kami. Lagi pun niat kami adalah baik hanya cara kami menjalankannya salah. Malahan dia memberitahu Guru Besar dia akan melakukan sesuatu sekiranya kami dibuang sekolah. Dia juga berasa bertanggung jawab keatas berlakunya insiden ini oleh sebab sedikit sebanyak ini menunjukkan kegagalan “Messing Committee” yang dia menjadi Pengerusinya.

Saya sangat sangat berterima kasih kepada Cikgu Perdaus kerana mempertahankan saya supaya saya tidak dibuang sekolah. Saya tidak tahu apalah nasib saya kalau dibuang sekolah.

Diatas apa yang berlaku saya mestilah sebutkan bahawa arwah Tun seolah olah melupakan segala kesalahan saya dan masih menyayangi saya. Selepas dia bertukar ke Kementerian Pelajaran, tiap tiap kali dia melawat keluar negeri dia hantar saya poskad. Dalam satu poskad  yang saya terima darinya dari London dia menulis, “Yussof, I hope you study hard  so that you can come to London to continue your studies”. Saya begitu megah menerima pos kad itu. Masin lidahnya.

SEKOLAH MENENGAH (bahagian keempat) - BERTUNANG


BERTUNANG

Tahun 1960 dan1961 adalah tahun  tahun yang  saya anggap paling mencabar bagi saya dan membawa beberapa kenangan, ada yang manis dan tidak kurang  pula ada yang sungguh pahit.

Salah satu kenangan manis itu ialah persahabatan saya dengan seorang pelajar Sekolah Tun Fatimah, Melaka yang bermula dalam tahun 1960.  Namanya  H, yang berasal dari Kampong Pengkalan Baharu, Kampong Kepayang, Perak. Ceritanya panjang. Dipendekkan cerita saya diperkenalkan dengannya oleh bapa seorang kawan sama sama belajar di STAR, Abbas Hassan. Bapanya itu adalah seorang guru di Sekolah Melayu Gopeng. Dalam satu pertemuan dengannya  dia menceritakan dia mempunyai seorang murid perempuan yang pandai dan terpilih  belajar di Sekolah Tun Fatimah, Melaka. Cikgu Hassan memuji muridnya ini menjadikan  saya tertarik hati dengannya. Saya pun menulis surat kepadanya. Surat saya itu tidak dibalas. Masa itu saya dalam Tingkatan Dua rasanya. Hanya apabila saya berada dalam Tingkatan Empat dia menulis surat kepada saya dengan helah untuk mengucapkan tahniah diatas keputusan cemerlang peperiksaan LCE saya.

  Saya terpaksa mengakui saya agaknya adalah seorang yang berhati romantis!. Sejak kecil lagi saya tertarik kepada kaum Hawa! Kawan baik saya semasa pra Sekolah ialah seorang budak perempuan seumur dengan saya namanya J. Kami main pondok pondok dan bermain permaianan kanak kanak seperti masak masak dan sebagainya.  Dia hanya kawan biasa sahaja. Walau bagimana pun apabila saya masuk ke Romove Class di Kuala Lumpur  terptuslah hubungan itu. Akhir akhir saya mendengar dia telah berkahwin. Saya sebenarnya tidak tahu sama ada J tahu pun yang saya menaruh hati kepadanya.  Semasa saya di Darjah Tujuh Sekolah Melayu saya jatuh hati dengan seorang murid perempuan sedarjah dengan saya. Kami pernah dengan kawan lain pergi berpiknik ke Templar Park selepas tamat darjah tujuh dan menunggu keputusan peperiksaan. Dia lulus peperiksaan itu dan menjadi seorang guru pelatih dan saya meneruskan pelajaran ke Remove Class. Memanglah tidak sesuai seorang murid sekolah dan mentah bercinta dengan seorang guru. Cinta kedua saya R sebenarnya lebih tua dari saya. Saya berumur 12 tahun dan dia mungkin berumur 16 atau 17 tahun.

Semasa saya di STAR seperti juga budak budak lain saya mempunyai beberapa orang sahabat pena. Dua orang adalah murid perempuan dari Sekolah Melayu saya, bernama A dan Z!  Seorang lagi bernama N. Mereka juga telah masuk kesekolah menengah setempat iaitu di Kuala Kubu Bharu.  N pula masuk ke Sekolah Tun Fatimah setahun selepas saya masuk STAR. Persahabatan saya dengan ZA tidak sampai kemana. Z sebenarnya adalah adik kepada R kawan saya yang menjadi guru itu. Lama juga saya berbalas balas surat dengan mereka.

 Masa di STAR pun saya mengenali beberapa orang murid perempuan di Bandar Ipoh melelui penglibatan saya dalam bidang bahas antara sekolah sekolah. Kedua duanya belajar di Sekolah Raja Perempuan seorang bernama  A,dan saya sudah lupa nama yang seorang lagi itu. Semasa di Tingkatan Empat saya sudah mula pergi menuntun wayang dengan mereka bersama sama kawan kawan lain dari STAR. Dengan A saya rasa persahabatan saya lebih rapat lagi. Saya masa di Tingkatan Empat sudah mempunyai basikal. Jadi beberapa kali kami berjumpa dan berbasikal keberapa tempat yang menarik disekitar Bandar Ipoh. Pada satu hari tengah kami berbasikal sebuah kereta memotong kami dan berhenti dan kemudian “gostan” untuk melihat kami. Hilang darah saya sebentar. Pemandu kereta itu ialah seorang guru STAR! Apalah nak jadi, hati saya bertanya. Tetapi Cikgu L sporting dan dia tersenyum sahaja dan berlalu! A ini agak berani. Pada hari Sukan tahunan Sekolah masa saya di Tingkatan Empat dia datang ke Sekolah untuk menuntun pertandingan Sukan. Saya bukannya ahli Sukan jadi saya tidak ada apa hendak dimegahkan kepadanya. Agaknya A hilang minatnya kepada saya mulai dari hari itu. Namun demikian saya  rasa seronok juga dengan lawatannya. Agaknya sayalah murid pertama di STAR yang pernah menerima lawatan seorang “girl friend”. A akhir akhirnya berputus hubungan dengan saya dan saya dengar dia kemudian berkahwin dengan seorang pegawai Kerajaan Brunei.

 

 Persahabatan saya dengan kawan terbaharu saya dari STF itu dari sehari bertambah  rapat. Dia mulanya “marahkan” saya sebab tidak membalas suratnya masa kami di Tingkatan Dua. Sebenarnya saya tidak menerima surat itu. Dia kemudian mendapat tahu dan mengakui surat yang ditulisnya membalas surat saya itu yang diposkannya melalui  peti surat Sekolahnya dirampas oleh pihak Sekolahnya. Pada akhir tahun 1961 apabila kami habis Tingkatan Lima kami beranggapan kami lebih dari kawan biasa. Kami berpeluang berjumpa pertama kalinya dalam keretapi dari Kuala Kubu ke Rawang. Kami  membuat perjanjian melalui surat yang  saya  akan menaiki keretapi di KKB semasa dia balik ke STF dan berada dalam keretapi itu. Itulah satu satunya masa yang paling manis dan romantis diantara kami. Kami bercerita tetapi saya sudah lupa apa yang kami ceritakan. Dapat berjumpa itu sudah mencukupi.

 Dari perjumpaan pertama didalam keretapi itu saya dapati H lebih cantik dari gambarnya. Dia adalah seorang yang berhemah tinggi dan mempunyai personaliti yang sungguh menawan. H pula mendapati saya tidak lah sehitam dalam gambar dalam majallah PERINTIS. Gambar itu ialah penghormatan sempena saya mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan LCE.  (Gambar itu sekarang dipamirkan di Galeri Tun Hamdan di STAR)

Apabila saya lulus peperiksaan School Certifacate dengan keputusan yang agak cemerlang saya rasa masa hadapan agak terjamin. Sekurang kurangnya  saya tidak  akan susah sangat mendapat pekerjaan. Saya sudah berumur 19 tahun.  Mungkin bolehlah saya memikirkan “going steady” dengan H. Dia seolah olah bersetuju. Saya memberanikan hati dan memberitahu Kakak berkenaan hasrat saya hendak bertunang dengan H. Saya berjanji bahawa saya tidak akan sekali kali mengabaikan pelajaran saya. Malahan saya akan belajar lebih bersungguh sungguh  lagi, saya memberitahu Kakak. Saya tidak tahu sama ada dia terperanjat atau tidak. Atau sudahkah dia mengagak ini akan berlaku sebab dia tahu saya selalu menerima surat yang tebal tabal? Kakak tidak berkata apa apa dan tidak pula menegah. Agaknya dia perlu menimbangkannya dahulu sebelum membuat keputusan.

Semasa saya di Tingkatan Enam Rendah saya selululah berjumpa dengan H pada hari Sabtu atau Ahad di Ipoh. Dia mengikuti kursus menaip disalah sebuah sekolah menaip dan menjadikan ini alasan untuk pergi ke Ipoh. Kami biasanya menuntun wayang dan makan tengah hari sebelum berpisah. Ada juga kami membuat trip dengan bas ke tempat tempat lain . Saya teringat kami naik bas ke Teluk Intan dan menunjukkan kepada H pekan Batak Rabit dimana arwah ayah pernah menjadi guru.

 Keputusan peperiksaan School Certificate  H  tidaklah secemerlang keputusan saya. Dia tidak  akan dapat melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam seperti saya.  H menawarkan  untuk melepaskan saya supaya saya bolehlah mencari kawan yang setaraf dengan saya!  Disinilah agaknya saya menzahirkan perasaan cinta saya. Sekali kali saya tidak akan berbuat begitu, kata saya. Saya juga sedar dia hanya hendak menguji saya. Rasanya saya lulus ujian itu!

Oleh sebab H mempunyai gred yang agak baik dalam beberapa mata pelajaran penting dia memutuskan untuk memohon masuk ke Maktab Perguruan. Sementara menunggu keputusan permohonan itu dia mendapat pekerjaan sebagai guru sementara di sebuah Sekolah Inggeris di Kampar. Elok jugalah. Saya ada seorang kawan sesama dalam Tingkat Enam dari Kampar. Beberapa kali saya menumpang tidur dirumahnya untuk membolehkan saya berjumpa H di Kampar.

Tanpa pengetahuan saya Kakak dan suaminya suatu hari pergi ke Sekolah Inggeris Kampar dimana H bertugas sebagai guru sementara dan berjumpa dengan H. H kemudiannya menceritakan hal ini kepada saya. Rupanya Kakak pergi merisik! Kami agak risau juga apakah agaknya keputusan periksaan itu. Pada cuti akhir tahun 1962, Kakak memberitahu kalau saya betul betul serius dengan H dia sedia pergi meminang. Saya terperanjat juga tetapi sangat gembira dengan berita baik ini.  Tahulah saya Kakak sukakan H dan terlalu sayang kepada saya dan tidak mahu menghampakan permintaan saya. Kalau jasa pertamanya kepada saya ialah menananggung perbelanjaan persekolahan saya hingga saya tamat Tingkatan Lima, inilah jasa keduanya yang saya tidak terbalas iaitu mempersetujui permintaan saya untuk bertunang dengan  seorang wanita yang saya sangat cintai.

Kakak dengan beberapa orang ahli kelaurga kami di Sungai Itik Gopeng pergilah meminang Hapsah Binti Mohammad Yusup untuk menjadi bakal isteri saya.

Bila saya balik ke Sekolah untuk memulakan pengajian Tingkatan Enam Atas saya begitu gembira yang saya sudah bertunang dan memberitahu kawan kawan karib saya. Ada yang tidak percaya. Saya tidak peduli. Minat saya tahun itu hanyalah belajar bersungguh sungguh dan menumpukan perhatian kepada tunang kesayangan saya! Minat saya dalam pergerakan luar darjah yang lain seperti berbahas, Palang Merah dan berlakun hampir pupus. Walau bagaimana pun saya telah dilantik sebagai seorang ketua murid kali pertama sejak memasuki Sekolah. Saya juga masih lagi Editor majallah Sekolah “PERINTIS”.

H dalam tahun 1962 memasuki sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur. Ini membuatkan perjumpaan dengannya susah sedikit. Walau bagaimana pun kami sempat juga berjumpa masa cuti Sekolah dan Maktab. Ada kalanya kakak akan menjenguknya di Maktab dan membawanya kerumah kakak. Ada juga H menghabiskan setengah masa cuti Maktab bersama kami dan setengah lagi dengan keluarganya.

 

Thursday, November 21, 2013

SEKOLAH MENENGAH (bahagian ketiga)


Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Bila tahun persekolahan tahun 1958 bermula kami sudah berada di Tiger Lane. Sekolah baharu kami adalah sekolah besar dan begitu moden. Ada bangunan akademik mempatkan bilik bilik darjah, Liabrari, makmal sains dan bilik geografi. Ada juga bengkel pertukangan kayu dan logam.  Disebelahnya ada Blok Pentadbiran yang menempatkan pejabat pejabat dan Dewan yang pada masa itu nampaknya begitu besar.

Sekolah juga mempunyai enam bangunan asrama dan sebuah Dewan Makan. Ada beberapa padang untuk semua jenis permainan seperti rughby, hoki, bola sepak, basketball, volleyball dan kriket. Ada empat gelanggang tennis! (malangnya tidak digunakan sepenuhnya!). Saya sudah semestinyalah bermain tennis! Saya pun membeli raket tennis pertama saya! Tidak berapa lama lepas itu Mr Machel Liau warden Rumah Putih (Rumah saya) “merampas” raket saya! Alasannya, saya tidak membeli kelambu seperti yang diwajibkan dengan alasan tidak ada wang. Katanya kalau tidak ada wang dimana saya dapat wang membeli raket yang jauh lebih mahal! Salah priority katanya. Saya terpaksa akur dengan logiknya. Saya pun beli kelambu dan dapat raket saya kembali.

 Pada tahun 1958 Sekolah sudah mempunyai murid murid Tingkatan Khas, Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua. Peristewa  penting dalam Kalendar Sekolah  pada tahun 1958 ialah Upacara Rasmi Pembukaan Sekolah dan Menamakannya Sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Persiapan yang begitu rapi dibuat. Saya ingat ada latihan perbarisan oleh pasukan pasukan beruniform  Sekolah dengan didahului oleh band Pasukan Gurkha yang kem mereka terletak  disebelah Sekolah.  Parade Commander kami ialah Ghazali Ibrahim.  Upacara itu berjalan dengan gilang gemilang dan diliputi oleh akhbar dan radio. Upacara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra. Ini menimbulkan kekeliruan sedikit. Ada orang yang tersalah anggap bahawa Sekolah ini dinamakan sempena nama Perdana Menteri dan bukan mengambil nama Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman.  Saya sendiri mempunyai peranan manis dalam upacara ini. Saya terpilih untuk ditemuramah oleh seorang pemberita Radio Malaya dan temuramah itu disiaarkan keseluruh Negara. Hasilnya saya mendapat banyak juga fan mail dari beberapa orang budak perempuan yang ingin berkenalan dengan saya. Peristewa ini juga difilmkan oleh Film Unit Kementerian Penerangan dan tajuk film itu ialah “The Young Tigers” mengambil sempena Tiger Lane, dimana terletaknya Sekolah kami.

Saya berpendapat bahawa penamaan semula Sekolah sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dari nama lamanya Sekolah Menengah Melayu adalah satu helah politik. Ramai orang terutamanya  guru guru Melayu mempersoalkan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar Sekolah Menengah Melayu. Yang mereka perjuangkan ialah sekolah menengah Melayu yang menggunakan bahasa Ibunda sebagai bahasa penghantarnya. Dengan menamakan sekolah ini sebagai STAR, sekolah ini menjadi sebuah sekolah menengah Inggeris seperti sekolah sekolah menengah lain seperti Malay College, Victoria Institution, Penang Free School dan Anderson School.

Perjuangan menubuhkan sekolah menengah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya diteruskan. Kerajaan terpaksa akur dan saya berpendapat  tanpa persedian rapi Kerajaan memmulakan kelas kelas menengah Melayu yang ditompangkan di beberapa sekolah Inggeris. Hanya beberapa tahun selepas itu Sekolah Menengah Melayu seperti Sekolah Aminuddin Baki dan Sekolah Alam Shah ditubuhkan.

Dalam tahun 1958 dengan penambahan murid murid baharu guru guru juga bertambah. Dianatara guru guru baharu yang terkenal pada masa itu yang saya ingat ialah arwah Ustaz Mohammad Haji Hashim, arwah Cikgu Abdul Hamid Ayub, arwah Cikgu Harun Karim, Cikgu Abdul Ghaffar Hashim dan Cikgu Makhzan Buyong. Ada juga guru guru Melayu yang mula berkhidmat pada tahun 1957 yang tidak mengajar kelas saya seperti arwah Cikgu Latif Shmasuddin dan Cikgu Ruslan Ahmad. Guru guru lain yang masyhur hingga kehari ini ialah Cikgu Kok Kee Chai, Cikgu Tan Teong Leong, Cikgu Tan Chew Kiang dan Cikgu Chan Teng Hong. Walau pun mereka juga tidak mengajar saya tetepi mereka memberi khidmat mereka dalam pergerakan luar bilik darjah. Cikgu Kok Kee Chai bertanggung jawab menubuhkan dan membimbing pasukan rughby Sekolah menjadikan pasukan rughby Sekolah sebagai pasukan rughby  ternama di Negara ini hinggalah sekarang. Arwah Ustaz Mohammad Haji Hashim sangatlah popular dengan kami. Dia tidak pernah marah tetapi sangat disegani bukan sahaja oleh murid murid tetapi juga dikalangan guru oleh sebab akhlaknya yang begitu tinggi. Dia bukan sahaja mengajar mata pelajaran Agama tetepi juga menjadi Imam Solat Jumaat dan kadang kadang Imam di Rumah Putih.

Diantara kakitangan sokongan yang sangat popular di Sekolah pada masa itu ialah arwah Encik Abdul Hamid Arop, Steward Sekolah.  Beliau ialah ayahanda  Tun Ahmad Sarji mantan Ketua Setiasa Usaha Negara. Selain dari menjalankan tugas Steward arwah juga adalah Jurulatih pasukan Hoki Sekolah. Perlu diingat beliau adalah pemain hoki Negeri Perak dan Malaya.  Selain dari itu beliau juga adalah Kolenel dalam Askar Wataniah. Oleh sebab itu dia mengajar kawat pasukan pasukan beruniform Sekolah. Ada satu lagi tugas tambahan Encik Hamid yang  mungkin tidak berapa disuakinya. Apabila Encik Hamdan perlu pergi kemana mana pada hari cuti Sekolah dia meminta Encik Hamid jadi Pemandunya! Seorang lagi yang pernah jadi pemandunya ialah mendiang Cikgu Choong Swee Chin. Cikgu Choong adalah peroko tegar! Dia mengantuk kalau tidak merokok. Encik Hamdan tidak benarkan dia merokok semasa memandu. “susah betul” kata Cikgu Choong! Pada masa itu Encik Hamdan tidak tahu memandu kereta!

Peristewa penting berikutnya ialah peperiksaan Lower Certicate of Education (LCE) yang akan dia diadakan pada penghujung 1959. Kumpulan Pertama yang terdiri dari lima kelas Tingkatan Tiga mengandungi lebih kurang 200 orang pelajar akan menduduki peperiksaan ini. Peperiksaan ini amatlah penting.  Keputusan peperiksaan ini akan mengukur kejayaan rancangan memberi pelajaran menengah melalui Bahasa Inggeris kepada murid murid dari sekolah rendah (Sekolah Melayu) yang menggunakan Bahasa Melayu. Kepada murid muirid pula mereka  mestilah mendapat  Perengkat A iaitu Kelulusan Penuh (Full Pass) untuk layak masuk ke Tingkatan Empat pada tahun akan datang. Mereka yang mencapai hanya Perengkat B iaitu  Promotion Limited (PL) dibenarkan naik ke Tingkat Empat sekiranya dibawah umur yang ditetapkan tetapi dikehendaki meduduki Peperiksaan Kelayakan pada hujung  tahun Tingkat Empat. Hanya yang lulus sahaja dibenarkan mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Cambridge Overseas School Cerficate. Yang mendapat pangkat C dan gagal terpaksa meninggalkan Sekolah.

Semua guru guru dan pelajar bertungkus lumus membuat persedian. Saya perhatikan ramai juga kawan kawan saya yang kurang mahir dalam Bahasa Inggeru cuba menghafal buku teks! Jelas penghafalan mereka baik. Saya juga cuba cara ini tetapi saya dapati saya susah menghafal dan terlalu banyak bahan yang hendak dihafal. Jadi saya cuba membaca dan memahami fakta fakta penting dan membuat nota saya sendiri. Nyatalah cara ini didapati lebih baik apabila keputasaan peperiksaan diumumkan.

Satu lagi pemerhatian saya ialah ada guru yang tidak mengajar dengan baik dan bersungguh dalam tiga tahun mulai dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Tiga. Hanya beberapa hari sebelum peperiksaan guru berkenaan mengadakan kelas mengulang kaji di Dewan untuk semua pelajar.  Keputusan pelajar  dalam mata pelajaran ini adalah keputusan yang paling buruk jika dibandingkan dengan keputusan mata pelajaran lain. Adalah difahamkan guru berkenaan ditukarkan kesekolah lain apabila sekolah dibuka selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Keputusan Peperiksaan LCE dihantar kepada pelajar dalam cuti bulan Disember tahun 1959. Saya  menunggu dan menerima keputusan saya dengan penuh debaran.  Dari 10 mata pelajaran yang saya ambil, saya mendapat 9A dan satu B. Dan pangkat B itu adalah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu! Saya beranggapan tentulah ramai kawan kawan yang mendapat 10A sebab mata pelajaran Bahasa Melayu dikira mata pelajaran yang senang bagi pelajar pelajar Melayu yang datang dari Sekolah Melayu. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya balik ke Sekolah saya dapati saya mendapat keputusan terbaik dikalangan murid murid STAR,dengan  9A dan satu B itu. Saya dapati sebenarnya lebih kurang 10 orang sahaja yang dapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tidak dapat dielakkan saya merasa bangga dengan keputusan saya. Ini ada juga kesan negatifnya. Saya dan juga kawan kawan yang lain yang mendapat keputusan cemerlang menganggap Tingkatan Empat adalah “tahun berbulan madu (honeymoon year)” yang tidak memerlukan pelajar pelajar belajar bersungguh sungguh lagi  dan melakukan perkara perkara yang tidak baik. Kami tidak mengambil kira bahawa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan School Certificate adalah berdasarkan semua pelajaran yang diajar di Tingkatan Emapt dan Tingkatan dan bukannya pelaran yang diajar di Tingkatan Lima.Dari 5 kelas Tingkatan Tiga empat kelas lulus dan dibenarkan meneruskan pelajaran ke Tingkatan Empat pada tahun 1960. Satu kelas sahaja  sama ada mendapat pangkat C sahaja atau gagal.Mereka terpaksa meninggalkan Sekolah. Difahamkan mereka yang mendapat Pangkat C ini meneruskan pelajaran mereka dengan mengikuti program latihan guru sama ada di Maktab maktab perguruan dan Pusat Latihan Harian. Setelah tamat latihan tersebut mereka menjadi guru sekolah rendah.

SEKOLAH MENENGAH (bahagian kedua)


Sekolah Menengah Melayu, Ipoh 1957

Pada bulan Januari 1957 dengan perasaan yang berkobar kobar saya naik keretapi ke Ipoh untuk masuk ke Sekolah Menengah Melayu di Ashby Road. Ketibaan kami di Stesen keretapi  disambut oleh berapa orang guru. Yang saya ingat seorang daripadanya ialah Mr Lau Hut Yee. Kami dibawa ke Sekolah dengan bas yang disewa khas. Apabila samapai, saya terkejut bahawa sekolah dan hostel adalah rumah kayu satu tingkat yang usang. Dengar dengarnya dahulu bangunan ini adalah  Kem Tahanan Tentera British. Kemudahan kemudahan di “kem tahanan” ini amatlah terhad. Tandas terletak diluar bangunan hostel dan menggunakan tong! Bila hujan lebat tong tong ini dihanyutkan air dan belayar ke kawasan kawasan lain dikawasan Sekolah. Bilik mandi adalah kolah besar diluar bangunan asrama untuk mandi bramai ramai. Ada yang mengatakan ada tong yang berlabuh di Dewan Makan. Sekolah tidak mempunyai Dewan Perhimpunan dan padang sukan.  Oleh yang demikian pada tiap tiap hari Isnin perhimpunan mingguan diadakan dikawasan lapang di kawasan Sekolah. Ini tidak menghalang Guru Besar memakai jubah dan topi Universitinya apabila membuat ucapan kepada kami. Inilah pertama kali kami melihat jubah dan topi yang seseorang perolehi apabila keluar dari Universiti.

Namun begitu kami masih menganggap kehidupan di Ashby Road dengan kemudahan  yang terhad itu masih lebih baik dari kehidupan dikampung. Begitu juga dengan makanan yang disediakan. Kami diberi sarapan pagi dan“snack” pada pukul 10 pagi. Ramai murid murid yang belum mahir dengan Bahasa Inggeris menyebut ini sebagai “snake”!

Pembelajaran bermula dengan bersungguh sungguh, dalam Bahasa Inggeris seperti dimana mana Sekolah Menengah Inggeris yang lain di Negara ini. Hanya pelajaran  Bahasa Melayu dan Agama sahaja diajar dalam Bahasa Melayu. Saya percaya ini mestilah merupakan satu cabaran besar kepada kebanyakan murid murid. Namun begitu mengikut ingataan saya kami tidak sedikit pun membantah. Saya sendiri merasa gembira mempelajari Bahasa Inggeris. Dari Sekolah Melayu lagi saya ingin sangat hendak belajar di Sekolah Inggeris. Sebenarnya saya lulus peperiksaan untuk memasuki Special Malay Class (SMC) semasa saya di Darjah Tiga. Walau bagaimana pun emak tidak dapat membenarkan saya masuk ke SMC sebab kelas itu ada di Government English School, Kuala Kubu Bharu yang terletak lebih kurang 12 batu dari Hulu Yam kampong saya. Kita tak wang untuk tambang bas dan lain lain perbelanjaa. Remuk hati saya. Tetapi apakan daya. Oleh yang demikian peluang belajar di sekolah menengah adalah seolah olah saya mendapat peluang kedua dan doa saya dimakbulkan Allah.  Tidak dapat dinafikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam  mata pelajaran lain termasuk Sains dan Mathematik membantu pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Mungkin ada orang yang tidak bersetuju. Mereka berhujjah kalau pengetahuan Bahasa Inggeris murid murid sangat rendah bagaimana mereka hendak memahami mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Debat ini berterusan.

Aktiviti luar kelas juga sangat sangat digalakkan. Persatuan Persatuan seperti Persatuan Sejarah, Geografi, Bahas dan lain lain ditubuhkan dan menajalankan aktiviti dengan giat. Yang saya suka sekali ialah lawatan lawatan luar seperti ke lombong bijih timah, ke Mengelunchur (satu tempat perkelahan di daerah Kuala Kangsar), ke Cameron Highlands dan ke Taiping.

Walau pun kami tidak ada kemudahan sukan, Encik Hamdan menekankan mustahaknya murid murid aktif dalam bidang sukan. Kami membuat Basketball Court  sendiri disatu tempat lapang berhanmpiran dengan Sekolah. Encik Hamdan sendiri yang mengajarnya. Sebuah gelanggang “padder tennis” dibuat dalam kawasan Sekolah. Selain dari pingpong saya suka permainan padder tennis ini. Permainan ini hampir serupa dengan lawn tennis atau hard court tennis. Hanya court padder tennis kecil sedikit dan raketnya adalah diperbuat dari kayu keseluruhan. Dari sinilah  bermula minat saya terhadap tennis. Untuk permainan lain seperti bola sepak dan hoki kami meminjam padang sekolah jiran, iaitu Sekolah Anderson. Sukan atlethics juga diadakan di padang Sekolah Anderson.

Negara menyambut  Merdeka pada 31 Ogos 1957. Malangnya masa itu Sekolah dalam cuti jadi tidak ada apa apa perayaan dibuat diperengkat Sekolah. Saya bernasib baik dapat pergi ke Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos untuk menyaksikan penurunan bendera Union Jack melambangkan  tamatnya penjajahan British keatas Malaya dan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sekarang adalah sebuah Negara merdeka dan berdaulat. Inilah satu satunya peristiwa yang bersejarah yang saya berpeluang menyaksikannya.

Kami sangat sangat tidak sabar berpindah kesekolah baharu di Tiger Lane pada tahun 1958. Semasa di Ashby Road lagi kami melawat tapak Sekolah di Tiger Lane dan mengikuti pembangunan sekolah baharu di sekeping tanah seluas 40 ekar.

Dalam masa setahun di Ashby Road, banyak perkara baharu yang kami pelajari. Yang paling mustahak dan berguna sekali  ialah cara hidup yang teratur, atau lebih tepat diaturkan. Semuanya mengikut jadual yang telah disediakan. Masa untuk sarapan pagi telah ditetapkan. Begitu juga dengan masa makan yang lain seperti snack, makan tengah hari dan makan malam.  Dengan makanan berzat mengikut keperluan kesihatan kami sentiasa sihat dan memabngun dengan cepat.  Saya juga teringat masa Negara dilanda epidemic Flu Asia. Hampir kesemua kami mengidap flu untuk lebih kurang 2 atau 3 minggu dan bilik bilik darjah dijadikan ward pesakit.

Satu perkara baharu yang kami alami ialah pada sebelah malam kami kena balik semula ke bilik darjah untuk menjalankan “prep hours” ( “prep” ini adalah kependekan dari perkataan “preparation” yang bermakna “persedian”).  Ini ialah masa untuk mengulangkaji pelajaran yang dipelajari hari itu, membuat kerja rumah yang diberi oleh guru dan untuk membaca. Inilah bezanya bersekolah di sekloah berasrama penuh. Kalau kita tinggal dirumah dengan keluarga ini mungkin tidak berlaku. Inilah juga dianatra  faedah faedah besar tinggal diasrama.

Kepada kebanyakan kami  inilah permulaan perhubungan dengan  guru guru bukan Melayu. Kebanyakan guru guru kami adalah dari kalangan bukan Melayu. Apa yang ketara sangat ialah bahawa mereka sangat baik hati dan begitu bersungguh sungguh mengajar kami. Mereka tidak sedikit pun  mengira bahawa kami adalah dari bangsa Melayu beragama Islam dan bukan dari bangsa mereka dan seagama dengan mereka. Malahan mereka menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan kedudukan kami sebagai murid murid “under priviledged” dari keluarga miskin dari kampong. Saya rasa begitu rapat dengan guru guru yang mengajar saya seperti mendiang Cikgu Anthony Marshall, Cikgu Michael Liau Tet Loke, Cikgu Baskaran dan Cikgu Sundrakarean. Seorang guru Melayu yang kami sangat kasihi ialah  Cikgu Mohamad Perdaus. Dia tidak mengajar apa apa mata pelajaran oleh sebab pada masa itu dia bertugas sebagai Steward dan Penolong Guru Besar. Dia juga adalah guru menjaga Prefects, bola sepak dan warden. Diwaktu malam semasa prep hours dia akan datang kebilik darjah kami untuk berkenalan lebih rapat dengan kami dan menolong kami dalam mengulang kaji dan membuat kerja rumah. Kami merasa begitu terhutang budi kepada guru guru kami ini.

Saya melihat kembali kepada satu tahun di Ashby Road sebagai batu asas yang kukuh untuk pembangunan pengajian akademik dan character saya.

SEKOLAH MENENGAH (bahagian pertama)



Remove Class Kuala Lumpur 1956

Sebelum memulakan persekolaan menengah, saya telah tamat Darjah 7 (juga disebut Darjah Khas) di Sekolah Melayu pada penghujung  tahun 1955. Saya sudah layak menjadi seorang Guru Pelatih dan kalau ada nasib saya berpeluang pula memasuki Maktab Perguruan, iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim. Nasiblah Kerajaan masa itu memulakan rancangan menubuhkan sekolah menengah untuk menampung pelajar pelajar terpilih dari Sekolah Melayu. Ini adalah mengikut kehendak Lapuran Razak. Melalui satu peperiksaan saya terpilih memasuki sekolah menengah. Saya juga sudah terpilih menjadi seorang guru pelatih. Pilihan awal saya ialah hendak menjadi seorang guru pelatih, walau pun saya hanya berumur 12 tahun! Saya tidak tahu apa dia sekolah menengah itu. Kalaulah saya tahu masuk sekolah menengah bermakna saya akan terus belajar selama 8 tahun lagi (iaitu setahun di Remove Class , 5 tahun sekolah menemgah dan dua tahun di Tingkata 6)  dan mungkin terus belajar selama 4 tahun lagi di perengkat Universiti mungkin saya tidak mahu masuk sekolah menengah. Saya tahu menjadi seorang guru pelatih adalah satu jalan keluar dari kemiskinan. Saya akan menerima gaji walau pun saya tidak tahu jumlahnya.

Kakak saya pada masa itu adalah seorang  guru. Dialah yang memutuskan bagi saya bahawa saya mestilah meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Dia mempunyai visi yang saya tidak nampak. Dia mengatakan bahawa jawatan guru Sekolah Melayu tidak akan membawa saya kemana mana. Dengan pelajaran sekolah menengah saya akan mempunyai peluang yang lebih baik dalam hidup saya nanti. Saya akur dengan keputusannya  dan pada awal tahun 1956 saya pun dihantarnya ke sebuah hostel di Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur. Ini adalah satu pengelaman baharu kepada saya dan 40 orang budak budak Melayu dari daerah daerah lain di Selangor yang telah dipilih untuk masuk sekolah menengah. Hostel itu juga menampung budak budak Melayu lain yang belajar di sekolah sekolah Inggeris di Kuala Lumpur.

Keesukan harinya kami dibawa ke sebuah sekolah baharu di Brickfields, iaitu Bricksfields Primary School. Guru kami bernama Encik Osman Ros. Dia menjelaskan bahawa kami akan menumpang  di sekolah itu selama satu tahun sahaja. Kelas kami di panggil Special Malay Form One. Kejutan pertama yang kami terima  ialah pelajaran akan disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Tujuan utama  mengikuti kelas ini yang juga dikenali juga sebagai “Remove Class” ialah untuk belajar Bahasa Inggeris untuk membolehkan kami mengikuti semua pelajaran dalam Bahasa Inggeris di Tingkatan Satu tahun hadapan.  Saya bernasib baik sedikit jika dibandingkan dengan murid murid lain sebab saya sudah belajar sedikit Bahasa Inggeri semasa dalam Darjah 6 dan 7 di Sekolah Melayu. Ramai kawan kawan saya yang belum pernah belajar Bahasa Inggeris.  Jadi semasa di Remove Class ini penumpuan adalah kepada pelajaran Bahasa Inggeris walau pun mata pelajaran lain  seperti Mathematics, Sejarah, Geography dan  Bahasa Melayu diajar juga.

Hidup di hostel adalah penelaman baharu bagi kami. Kami mendapat  tempat tinggal danmakanan  percuma dan diberi pula “pocket money” RM 10 sebulan. Kemudahan dihostel itu begitu baik jika dibandingkan dengan kemudahan di kampong dahulu. Ada katil dan tilam, mandi air paip dan ada lampu letrik.

Semasa di Remove Class ini kami menerima seorang pelawat dari Kementerian pelajaran bernama Encik Hamdan bin Sheikh Tahir.  Orangnya besar tinggi dan berkulit putih kemerah merahan seperti orang Inggeris atau Arab. Agaknya tujuan lawatannya ialah untuk mengetahui kemahiran Bahasa Inggeris kami pada masa itu. Dia jugalah yang kemudiannya menjadi Guru Besar pertama  Sekolah Menengah Melayu pada tahun 1957 dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1958. Beliau jugalah yang mempunyai besar pengaruh dalam hidup saya. Bolehlah saya katakana beliau ialah, “My Most Unforgetable Character”.

Saya perhatikan kebanyakan murid murid lain Sekolah Rendah Brickfields ini adalah budak budak bukan Melayu. Begitu juga dengan murid murid Methodist Girls School yang berjiran dengan sekolah kami.  Sangat sesuailah Kerajaan memberi peluang kepada kami budak budak kampong juga diberi peluang belajar di Bandar.

Tinggal di Hostel dan belajar di Remove Class setahun ini memperkenalkan saya kepada bandar besar Kuala Lumpur.  Saya merasa naik bas dua tingkat. Dengan bayaran 5 sen sahaja saya naik bas dari Jalan Sulaiman ke Pantai melalui Bangsar. Di Pantai masa itu belum ada lagi Universiti Malaya. Juga belum ada lagi taman taman perumahan di Pantai dan Bandar Petaling Jaya seperti sekarang. Saya berpeluang membeli belah di Foch Avenue (sekarang Jalan Tun Tan Cheng Lok) dan Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman).  Kami ghairah membeli pakaian seperti baju lengan panjang dan seluar panjang yang dahulunya kami  tidak bermampuan membelinya. Slipper Jepun juga baharu mula dijual dipasaran. Kami semua membelinya.

Saya mengetahui juga selain dari kelas kami di Kuala Lumpur kelas kelas yang sama ada di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu dan Kuala Lipis menumpang di sekolah sekolah lai. Untuk murid murid perempuan pula kelas kelas yang sama ada di Seremban dan Melaka.

Friday, November 2, 2012

The Official Opening and Renaming Ceremony of My Schoolol

I really want to continue with my memoir, for whatever it is worth. I last wrote in April 2011 about my School moving to its new campus at Tiger Lane (now Jalan Sultan Azlan Shah), Ipoh and we were working very hard to prepair for the official opening and renaming ceremony in May 1958.

 The School was to be renamed Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Tuanku Abdul Rahman was the reigningYang DiPeruan Agong (best translated as The King) of the newly independant Malaya. The opening and renaming ceremony was to be performed by no less the then Prime Minister, Tunku Abdul Rahman. This led to some confusion, not without justification. Some thought the School was named after the Prime Minister. There is very little difference in their names "Tuanku" in the King's and "Tunku" in the Prime Minister's. He was also fondly referred to as "The Tengku". Tengku, Tunku and Tuanku refer to people of royal birth.
The ceremony was very grand and splendid. The Press, the radio and the Film Unit (of the Information Ministry, no television yet at that time) were there in full force covering the event. Personally it was an early high point in my life. I was interviewed by a Radio reporter and was heard all over the country. We had a lot of VIP attending the ocassion. Our School was the very first Malay Secondary School. Before this Malay students only had primary education (unless they were rich enough to go English schools). The renaming of the School as STAR in my view was a ploy by the Government to hide the fact that it is not a Malay Secondary School anymore because its medium of instruction was the English language. The Malay rakyat (people) paricularly the Malay School teachers who formed the backbone of the United Malay National Organasition (UMNO) the political party controlling the Government of the day were clamouring for a Malay Secondary School using the Malay Language as the medium of instruction. To the credit of the Government it established a Malay Medium secondary in 1958 or thereabout.
The Film Unit made a film "The Young Tigers"of the opening ceremony and of the School showing off our modern academic and sports facilicities. Not every school has a 40 acre campus with 6 hostels, a dining hall and an assembly hall. They overlooked building a swimming pool for us!  The film also showed us performing our daily routine of waking up, performing our prayers having our meals attending classes and playing various games and sports. The School has facilities for all games, Rughby  (by far the most popular), soccer, hockey, basketball, volley ball, tennis and table tennis. The film also showed us taking part in other co-curricular activities such as Cadets, Boys Scouts, Red Cross, St John's Ambulance Brigade. Our School must be the envy of students of other Schools.

You can say our School was on the way to become a premier and famous school in the future.

Friday, April 20, 2012

Semasa dalam penerbangan balik dari Seoul ke Kuala Lumpur saya catitkan beberapa pemerhatian saya di Korea selama melawat negara itu selama seminggu. Ini dia catitan saya ituKOREA DARI KACA MATA SEORANG PELANCUNG Korea saya perhatikan  adalah sebuah negara yang lebih maju dari Malaysia. Amat jelas bahawa Korea lebih maju dari Malaysia dari segi pembangunan ekonomi danfisikalnya. Bandaraya Seoul yang mempunyai 10 juta penduduk memerlukan banyak lebuharaya,  jambatan dan bangunan pencakar langit. Di kota raya Seoul ada 29 jambatan untuk menyeberangi Sungai Han. Pengangkutan awam pula sangat baik dengan adanya sistem bas dan juga keretapi bawah tanah yang ada 9 lines. Pemandu pelancung kami memberitahu bahawa bayaran menggunakan pengangkutan awam ini sangatlah berpatutan. Pada mata kasar mereka kelihatan mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi dari kita. Dari segi budaya pula saya perhatikan orang Korea adalah sangat beradab. Mereka suka menolong orang lain. Saya pernah meminta tolong kepada seorang pemuda untuk mengesahkan jalan balik ke hotel saya pada satu malam. Dia tidak teragak agak  mencari jalan ke hotel tersebut menggunakan telefon bimbitnya dan sekejap sahaja dia menunjukkan hotel tersebut kepada saya. Mereka hormat menghormati di antara satu sama lain dan terutamanya kepada ibubapa dan orang tua. Kebersehan persikitaran pula sangatlah ketara. Tidak kelihatan sampah sarap di mana mana pun. Ini disebabkan tidak ada orang membuang sampah merarata rata terutama perokok.Kalau ada pun sampah ada sahaja pekerja bertugas yang sentiasa   membersihkannya. Begitu juga tandas am apatah lagi kepunyaan kedai dan restoran semuanya bersih bersih belaka. Korea juga mempunyai sejarah yang bermula jauh lebih lama dari sejarah kita. Ini dapat diperhatikan dari istana istana raja yang kami lawati. Istana istana tua ini menunjukkan temadun mereka sudah bermula sejak begitu lama. Saya sangat teruja bila melawat sebuah perkampungan yang dahulunya diduduki oleh sekumpulan orang yang dipanggil "gentle and noble scholars".  Mereka ini adalah gulungan cendikawan yang berkedudukan dan berhemah tinggi. Kerajaan mengekalkan perkampungan seperti untuk dilihat oleh rakyatnya dan pelancung. Mereka dikatakan tidak pernah berlari tetapi hanya berjalan dengan bersopan. Mereka juga dikatakan tidak pernah marah atau menggunakan kata kata kasar. Malahan jika perompak masuk kerumah mereka mereka hanya berdehem untuk menberi tahu perompak itu kehadziran mereka. Sudah  tentulah mereka ini orang kaya misalnya tuan tuan punya tanah yang luas yang tidak payah berkerja. Mereka menghabiskan masa mereka membaca menulis melukis dan membuat penyelidikan dan membuat kebaikan.  Tiga suku dari muka bumi Negara Korea terdiri dari gunung ganang. Ada gunung gunang yang lembut dan cantik dengan diliputi oleh hutan dan  tumbuh tumbuhan hijau. Ini orang Korea panggil gunung betina. Ada pula gunung ganang yang dikatakan keras dipandang oleh sebab gunung ganang ini terdiri dari batu tanpa banyak tumbuh tumbuhan. Gunung ini dipanggil gunung jantan.  Sesuai dengan firman Allah yang berfirman Dia mrnjadikan segala galanya berpasangan pasangan. Ini menjadikan persekitaran Korea sangat cantik. Kemuncak kecantikannya ialah apabila bunga cherry blossom berkembang secara serentak beberapa hari dalam bulan April tiap tiap tahun. Keseluruhan pokok itu hanya ada bunga tanpa ada daun. Hanya apabila telah gugur bunga ini pokok itu berdaun.Kagum saya melihat kecantikan musim cherry blossom ini. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah kedudukan bahasa Korea. Nama jalan ditulis dalam bahasa Korea, tetapi ditulis juga menggunakan hurufRumi. Selain dari itu hanya bahasa Korea sahaja yang digunakan tanpa ada terjemahan dalam bahasa lain! Dari kacamata orang Korea ini adalah membanggakan mereka tetapi ini menyusahkan pelancung pada hal Korea juga memerlukan matawang luar melalui pelancungan. Saya juga perhatikan bahawa orang Korea tidak gemuk.  Kebanyakan maereka berbadan lansing dan mempunyai kulit yang halus. Adalah besar kemungkinannya ini disebabkan pemakanan mereka. Mereka banyak memakan berbagai sayur sayuran selain dari daging dan ikan. Sayur sayuran ini ada  yang ditanam diatas tanah dan ada yang ditanam atau dituai dari laut dan perut laut. Dalam bahasa Inggeris disebut "sea weeds"  Sayur sayuran ini ada yang diproses dan dikeringkan. Taugeh kasar adalah diantara sayur yang mereka gemari. Sayur sayuran juga dijeruk supaya pada musim sejuk pun mereka masih boleh memakan sayur. Apa apa pun boleh dijeruk termasuklah buah buahan dan sotong. Walau bagaimana pun yang selalunya ialah jeruk  daun lombak panjang dan kubis. Jeruk ini sangat mashur dan dikenali sebagai "kimci". Kimci bukanlah semataa mata jeruk sahaja tatapi mengandungi sebanyak lebih 20 bahan herba dan galian seperti cili halia bawang ginseng garam gula cuka dan lain lain. Rasa kimci ini ialah pedas dan masam. Semua orang Korea memakan kimci pada masa sarapan pagi makan tengah hari dan makan malam. Hidangan makan mereka mestilah mengandungi kimci. Seorang itu belum boleh dikatakan telah melawat Korea kalau tidak memakan kimci. Saya dapati permakanan Korea yang membanyakkan makan sayur sayuran khasnya kimci memberi faedah yang baik kepada kesihatan seperti penurunan gula dalam darah dan boleh melawaskan pembuangan air besar. Alhamdulillah.