Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Bila tahun persekolahan tahun 1958 bermula kami sudah
berada di Tiger Lane. Sekolah baharu kami adalah sekolah besar dan begitu moden.
Ada bangunan akademik mempatkan bilik bilik darjah, Liabrari, makmal sains dan
bilik geografi. Ada juga bengkel pertukangan kayu dan logam. Disebelahnya ada Blok Pentadbiran yang menempatkan
pejabat pejabat dan Dewan yang pada masa itu nampaknya begitu besar.
Sekolah juga mempunyai enam bangunan asrama dan sebuah
Dewan Makan. Ada beberapa padang untuk semua jenis permainan seperti rughby,
hoki, bola sepak, basketball, volleyball dan kriket. Ada empat gelanggang
tennis! (malangnya tidak digunakan sepenuhnya!). Saya sudah semestinyalah
bermain tennis! Saya pun membeli raket tennis pertama saya! Tidak berapa lama
lepas itu Mr Machel Liau warden Rumah Putih (Rumah saya) “merampas” raket saya!
Alasannya, saya tidak membeli kelambu seperti yang diwajibkan dengan alasan
tidak ada wang. Katanya kalau tidak ada wang dimana saya dapat wang membeli
raket yang jauh lebih mahal! Salah priority katanya. Saya terpaksa akur dengan
logiknya. Saya pun beli kelambu dan dapat raket saya kembali.
Pada tahun 1958
Sekolah sudah mempunyai murid murid Tingkatan Khas, Tingkatan Satu dan
Tingkatan Dua. Peristewa penting dalam
Kalendar Sekolah pada tahun 1958 ialah
Upacara Rasmi Pembukaan Sekolah dan Menamakannya Sebagai Sekolah Tuanku Abdul
Rahman. Persiapan yang begitu rapi dibuat. Saya ingat ada latihan perbarisan
oleh pasukan pasukan beruniform Sekolah
dengan didahului oleh band Pasukan Gurkha yang kem mereka terletak disebelah Sekolah. Parade Commander kami ialah Ghazali
Ibrahim. Upacara itu berjalan dengan
gilang gemilang dan diliputi oleh akhbar dan radio. Upacara itu dirasmikan oleh
Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra. Ini menimbulkan kekeliruan
sedikit. Ada orang yang tersalah anggap bahawa Sekolah ini dinamakan sempena
nama Perdana Menteri dan bukan mengambil nama Yang Di Pertuan Agong Pertama,
Tuanku Abdul Rahman. Saya sendiri
mempunyai peranan manis dalam upacara ini. Saya terpilih untuk ditemuramah oleh
seorang pemberita Radio Malaya dan temuramah itu disiaarkan keseluruh Negara.
Hasilnya saya mendapat banyak juga fan mail dari beberapa orang budak perempuan
yang ingin berkenalan dengan saya. Peristewa ini juga difilmkan oleh Film Unit
Kementerian Penerangan dan tajuk film itu ialah “The Young Tigers” mengambil
sempena Tiger Lane, dimana terletaknya Sekolah kami.
Saya berpendapat bahawa penamaan semula Sekolah
sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dari nama lamanya Sekolah Menengah
Melayu adalah satu helah politik. Ramai orang terutamanya guru guru Melayu mempersoalkan penggunaan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar Sekolah Menengah Melayu. Yang mereka
perjuangkan ialah sekolah menengah Melayu yang menggunakan bahasa Ibunda
sebagai bahasa penghantarnya. Dengan menamakan sekolah ini sebagai STAR,
sekolah ini menjadi sebuah sekolah menengah Inggeris seperti sekolah sekolah
menengah lain seperti Malay College, Victoria Institution, Penang Free School
dan Anderson School.
Perjuangan menubuhkan sekolah menengah Melayu yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya diteruskan. Kerajaan
terpaksa akur dan saya berpendapat tanpa
persedian rapi Kerajaan memmulakan kelas kelas menengah Melayu yang
ditompangkan di beberapa sekolah Inggeris. Hanya beberapa tahun selepas itu
Sekolah Menengah Melayu seperti Sekolah Aminuddin Baki dan Sekolah Alam Shah
ditubuhkan.
Dalam tahun 1958 dengan penambahan murid murid baharu
guru guru juga bertambah. Dianatara guru guru baharu yang terkenal pada masa
itu yang saya ingat ialah arwah Ustaz Mohammad Haji Hashim, arwah Cikgu Abdul
Hamid Ayub, arwah Cikgu Harun Karim, Cikgu Abdul Ghaffar Hashim dan Cikgu
Makhzan Buyong. Ada juga guru guru Melayu yang mula berkhidmat pada tahun 1957
yang tidak mengajar kelas saya seperti arwah Cikgu Latif Shmasuddin dan Cikgu
Ruslan Ahmad. Guru guru lain yang masyhur hingga kehari ini ialah Cikgu Kok Kee
Chai, Cikgu Tan Teong Leong, Cikgu Tan Chew Kiang dan Cikgu Chan Teng Hong.
Walau pun mereka juga tidak mengajar saya tetepi mereka memberi khidmat mereka
dalam pergerakan luar bilik darjah. Cikgu Kok Kee Chai bertanggung jawab
menubuhkan dan membimbing pasukan rughby Sekolah menjadikan pasukan rughby
Sekolah sebagai pasukan rughby ternama
di Negara ini hinggalah sekarang. Arwah Ustaz Mohammad Haji Hashim sangatlah
popular dengan kami. Dia tidak pernah marah tetapi sangat disegani bukan sahaja
oleh murid murid tetapi juga dikalangan guru oleh sebab akhlaknya yang begitu
tinggi. Dia bukan sahaja mengajar mata pelajaran Agama tetepi juga menjadi Imam
Solat Jumaat dan kadang kadang Imam di Rumah Putih.
Diantara kakitangan sokongan yang sangat popular di
Sekolah pada masa itu ialah arwah Encik Abdul Hamid Arop, Steward Sekolah. Beliau ialah ayahanda Tun Ahmad Sarji mantan Ketua Setiasa Usaha
Negara. Selain dari menjalankan tugas Steward arwah juga adalah Jurulatih
pasukan Hoki Sekolah. Perlu diingat beliau adalah pemain hoki Negeri Perak dan
Malaya. Selain dari itu beliau juga
adalah Kolenel dalam Askar Wataniah. Oleh sebab itu dia mengajar kawat pasukan
pasukan beruniform Sekolah. Ada satu lagi tugas tambahan Encik Hamid yang mungkin tidak berapa disuakinya. Apabila
Encik Hamdan perlu pergi kemana mana pada hari cuti Sekolah dia meminta Encik
Hamid jadi Pemandunya! Seorang lagi yang pernah jadi pemandunya ialah mendiang
Cikgu Choong Swee Chin. Cikgu Choong adalah peroko tegar! Dia mengantuk kalau
tidak merokok. Encik Hamdan tidak benarkan dia merokok semasa memandu. “susah
betul” kata Cikgu Choong! Pada masa itu Encik Hamdan tidak tahu memandu kereta!
Peristewa penting berikutnya ialah peperiksaan Lower
Certicate of Education (LCE) yang akan dia diadakan pada penghujung 1959.
Kumpulan Pertama yang terdiri dari lima kelas Tingkatan Tiga mengandungi lebih
kurang 200 orang pelajar akan menduduki peperiksaan ini. Peperiksaan ini
amatlah penting. Keputusan peperiksaan
ini akan mengukur kejayaan rancangan memberi pelajaran menengah melalui Bahasa
Inggeris kepada murid murid dari sekolah rendah (Sekolah Melayu) yang
menggunakan Bahasa Melayu. Kepada murid muirid pula mereka mestilah mendapat Perengkat A iaitu Kelulusan Penuh (Full Pass)
untuk layak masuk ke Tingkatan Empat pada tahun akan datang. Mereka yang
mencapai hanya Perengkat B iaitu Promotion Limited (PL) dibenarkan naik ke
Tingkat Empat sekiranya dibawah umur yang ditetapkan tetapi dikehendaki
meduduki Peperiksaan Kelayakan pada hujung tahun Tingkat Empat. Hanya yang lulus sahaja
dibenarkan mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Cambridge
Overseas School Cerficate. Yang mendapat pangkat C dan gagal terpaksa
meninggalkan Sekolah.
Semua guru guru dan pelajar bertungkus lumus membuat
persedian. Saya perhatikan ramai juga kawan kawan saya yang kurang mahir dalam
Bahasa Inggeru cuba menghafal buku teks! Jelas penghafalan mereka baik. Saya
juga cuba cara ini tetapi saya dapati saya susah menghafal dan terlalu banyak
bahan yang hendak dihafal. Jadi saya cuba membaca dan memahami fakta fakta
penting dan membuat nota saya sendiri. Nyatalah cara ini didapati lebih baik
apabila keputasaan peperiksaan diumumkan.
Satu lagi pemerhatian saya ialah ada guru yang tidak
mengajar dengan baik dan bersungguh dalam tiga tahun mulai dari Tingkatan Satu
hingga ke Tingkatan Tiga. Hanya beberapa hari sebelum peperiksaan guru
berkenaan mengadakan kelas mengulang kaji di Dewan untuk semua pelajar. Keputusan pelajar dalam mata pelajaran ini adalah keputusan
yang paling buruk jika dibandingkan dengan keputusan mata pelajaran lain.
Adalah difahamkan guru berkenaan ditukarkan kesekolah lain apabila sekolah
dibuka selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
Keputusan Peperiksaan LCE dihantar kepada pelajar
dalam cuti bulan Disember tahun 1959. Saya menunggu dan menerima keputusan saya dengan
penuh debaran. Dari 10 mata pelajaran
yang saya ambil, saya mendapat 9A dan satu B. Dan pangkat B itu adalah untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu! Saya beranggapan tentulah ramai kawan kawan yang
mendapat 10A sebab mata pelajaran Bahasa Melayu dikira mata pelajaran yang
senang bagi pelajar pelajar Melayu yang datang dari Sekolah Melayu. Alangkah
terperanjatnya saya apabila saya balik ke Sekolah saya dapati saya mendapat
keputusan terbaik dikalangan murid murid STAR,dengan 9A dan satu B itu. Saya dapati sebenarnya
lebih kurang 10 orang sahaja yang dapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tidak
dapat dielakkan saya merasa bangga dengan keputusan saya. Ini ada juga kesan
negatifnya. Saya dan juga kawan kawan yang lain yang mendapat keputusan
cemerlang menganggap Tingkatan Empat adalah “tahun berbulan madu (honeymoon
year)” yang tidak memerlukan pelajar pelajar belajar bersungguh sungguh lagi dan melakukan perkara perkara yang tidak baik.
Kami tidak mengambil kira bahawa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan
School Certificate adalah berdasarkan semua pelajaran yang diajar di Tingkatan
Emapt dan Tingkatan dan bukannya pelaran yang diajar di Tingkatan Lima.Dari 5
kelas Tingkatan Tiga empat kelas lulus dan dibenarkan meneruskan pelajaran ke Tingkatan
Empat pada tahun 1960. Satu kelas sahaja sama ada mendapat pangkat C sahaja atau gagal.Mereka
terpaksa meninggalkan Sekolah. Difahamkan mereka yang mendapat Pangkat C ini
meneruskan pelajaran mereka dengan mengikuti program latihan guru sama ada di
Maktab maktab perguruan dan Pusat Latihan Harian. Setelah tamat latihan
tersebut mereka menjadi guru sekolah rendah.
No comments:
Post a Comment