Sekolah Menengah Melayu, Ipoh 1957
Pada bulan Januari 1957 dengan perasaan yang berkobar
kobar saya naik keretapi ke Ipoh untuk masuk ke Sekolah Menengah Melayu di
Ashby Road. Ketibaan kami di Stesen keretapi
disambut oleh berapa orang guru. Yang saya ingat seorang daripadanya
ialah Mr Lau Hut Yee. Kami dibawa ke Sekolah dengan bas yang disewa khas.
Apabila samapai, saya terkejut bahawa sekolah dan hostel adalah rumah kayu satu
tingkat yang usang. Dengar dengarnya dahulu bangunan ini adalah Kem Tahanan Tentera British. Kemudahan
kemudahan di “kem tahanan” ini amatlah terhad. Tandas terletak diluar bangunan
hostel dan menggunakan tong! Bila hujan lebat tong tong ini dihanyutkan air dan
belayar ke kawasan kawasan lain dikawasan Sekolah. Bilik mandi adalah kolah
besar diluar bangunan asrama untuk mandi bramai ramai. Ada yang mengatakan ada
tong yang berlabuh di Dewan Makan. Sekolah tidak mempunyai Dewan
Perhimpunan dan padang sukan. Oleh yang
demikian pada tiap tiap hari Isnin perhimpunan mingguan diadakan dikawasan
lapang di kawasan Sekolah. Ini tidak menghalang Guru Besar memakai jubah dan
topi Universitinya apabila membuat ucapan kepada kami. Inilah pertama kali kami
melihat jubah dan topi yang seseorang perolehi apabila keluar dari Universiti.
Namun begitu kami masih menganggap kehidupan di Ashby
Road dengan kemudahan yang terhad itu
masih lebih baik dari kehidupan dikampung. Begitu juga dengan makanan yang
disediakan. Kami diberi sarapan pagi dan“snack” pada pukul 10 pagi. Ramai murid
murid yang belum mahir dengan Bahasa Inggeris menyebut ini sebagai “snake”!
Pembelajaran bermula dengan bersungguh sungguh, dalam
Bahasa Inggeris seperti dimana mana Sekolah Menengah Inggeris yang lain di
Negara ini. Hanya pelajaran Bahasa
Melayu dan Agama sahaja diajar dalam Bahasa Melayu. Saya percaya ini mestilah
merupakan satu cabaran besar kepada kebanyakan murid murid. Namun begitu
mengikut ingataan saya kami tidak sedikit pun membantah. Saya sendiri merasa
gembira mempelajari Bahasa Inggeris. Dari Sekolah Melayu lagi saya ingin sangat
hendak belajar di Sekolah Inggeris. Sebenarnya saya lulus peperiksaan untuk
memasuki Special Malay Class (SMC) semasa saya di Darjah Tiga. Walau bagaimana
pun emak tidak dapat membenarkan saya masuk ke SMC sebab kelas itu ada di
Government English School, Kuala Kubu Bharu yang terletak lebih kurang 12 batu
dari Hulu Yam kampong saya. Kita tak wang untuk tambang bas dan lain lain
perbelanjaa. Remuk hati saya. Tetapi apakan daya. Oleh yang demikian peluang
belajar di sekolah menengah adalah seolah olah saya mendapat peluang kedua dan
doa saya dimakbulkan Allah. Tidak dapat
dinafikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran lain termasuk Sains dan Mathematik membantu pembelajaran
Bahasa Inggeris itu sendiri. Mungkin ada orang yang tidak bersetuju. Mereka
berhujjah kalau pengetahuan Bahasa Inggeris murid murid sangat rendah bagaimana
mereka hendak memahami mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Debat
ini berterusan.
Aktiviti luar kelas juga sangat sangat digalakkan.
Persatuan Persatuan seperti Persatuan Sejarah, Geografi, Bahas dan lain lain
ditubuhkan dan menajalankan aktiviti dengan giat. Yang saya suka sekali ialah
lawatan lawatan luar seperti ke lombong bijih timah, ke Mengelunchur (satu
tempat perkelahan di daerah Kuala Kangsar), ke Cameron Highlands dan ke
Taiping.
Walau pun kami tidak ada kemudahan sukan, Encik Hamdan
menekankan mustahaknya murid murid aktif dalam bidang sukan. Kami membuat
Basketball Court sendiri disatu tempat
lapang berhanmpiran dengan Sekolah. Encik Hamdan sendiri yang mengajarnya.
Sebuah gelanggang “padder tennis” dibuat dalam kawasan Sekolah. Selain dari
pingpong saya suka permainan padder tennis ini. Permainan ini hampir serupa
dengan lawn tennis atau hard court tennis. Hanya court padder tennis kecil
sedikit dan raketnya adalah diperbuat dari kayu keseluruhan. Dari sinilah bermula minat saya terhadap tennis. Untuk
permainan lain seperti bola sepak dan hoki kami meminjam padang sekolah jiran,
iaitu Sekolah Anderson. Sukan atlethics juga diadakan di padang Sekolah
Anderson.
Negara menyambut Merdeka pada 31 Ogos 1957. Malangnya masa itu
Sekolah dalam cuti jadi tidak ada apa apa perayaan dibuat diperengkat Sekolah.
Saya bernasib baik dapat pergi ke Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur pada
malam 30 Ogos untuk menyaksikan penurunan bendera Union Jack melambangkan tamatnya penjajahan British keatas Malaya dan
dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sekarang adalah
sebuah Negara merdeka dan berdaulat. Inilah satu satunya peristiwa yang
bersejarah yang saya berpeluang menyaksikannya.
Kami sangat sangat tidak sabar berpindah kesekolah
baharu di Tiger Lane pada tahun 1958. Semasa di Ashby Road lagi kami melawat
tapak Sekolah di Tiger Lane dan mengikuti pembangunan sekolah baharu di sekeping
tanah seluas 40 ekar.
Dalam masa setahun di Ashby Road, banyak perkara
baharu yang kami pelajari. Yang paling mustahak dan berguna sekali ialah cara hidup yang teratur, atau lebih
tepat diaturkan. Semuanya mengikut jadual yang telah disediakan. Masa untuk
sarapan pagi telah ditetapkan. Begitu juga dengan masa makan yang lain seperti
snack, makan tengah hari dan makan malam. Dengan makanan berzat mengikut keperluan
kesihatan kami sentiasa sihat dan memabngun dengan cepat. Saya juga teringat masa Negara dilanda
epidemic Flu Asia. Hampir kesemua kami mengidap flu untuk lebih kurang 2 atau 3
minggu dan bilik bilik darjah dijadikan ward pesakit.
Satu perkara baharu yang kami alami ialah pada sebelah
malam kami kena balik semula ke bilik darjah untuk menjalankan “prep hours” (
“prep” ini adalah kependekan dari perkataan “preparation” yang bermakna
“persedian”). Ini ialah masa untuk
mengulangkaji pelajaran yang dipelajari hari itu, membuat kerja rumah yang
diberi oleh guru dan untuk membaca. Inilah bezanya bersekolah di sekloah
berasrama penuh. Kalau kita tinggal dirumah dengan keluarga ini mungkin tidak
berlaku. Inilah juga dianatra faedah
faedah besar tinggal diasrama.
Kepada kebanyakan kami
inilah permulaan perhubungan dengan guru guru bukan Melayu. Kebanyakan guru guru
kami adalah dari kalangan bukan Melayu. Apa yang ketara sangat ialah bahawa
mereka sangat baik hati dan begitu bersungguh sungguh mengajar kami. Mereka
tidak sedikit pun mengira bahawa kami
adalah dari bangsa Melayu beragama Islam dan bukan dari bangsa mereka dan
seagama dengan mereka. Malahan mereka menunjukkan bahawa mereka bersimpati
dengan kedudukan kami sebagai murid murid “under priviledged” dari keluarga
miskin dari kampong. Saya rasa begitu rapat dengan guru guru yang mengajar saya
seperti mendiang Cikgu Anthony Marshall, Cikgu Michael Liau Tet Loke, Cikgu
Baskaran dan Cikgu Sundrakarean. Seorang guru Melayu yang kami sangat kasihi
ialah Cikgu Mohamad Perdaus. Dia tidak
mengajar apa apa mata pelajaran oleh sebab pada masa itu dia bertugas sebagai
Steward dan Penolong Guru Besar. Dia juga adalah guru menjaga Prefects, bola
sepak dan warden. Diwaktu malam semasa prep hours dia akan datang kebilik
darjah kami untuk berkenalan lebih rapat dengan kami dan menolong kami dalam
mengulang kaji dan membuat kerja rumah. Kami merasa begitu terhutang budi
kepada guru guru kami ini.
Saya melihat kembali kepada satu tahun di Ashby Road
sebagai batu asas yang kukuh untuk pembangunan pengajian akademik dan character
saya.
LuckyClub | The home of slots, card games, poker, slots
ReplyDeleteLuckyClub offers the latest in luckyclub slots, card games, poker, slots, live entertainment and online betting. Register and start playing today.