Wednesday, December 25, 2013

KENANG KENANGAN BELAJAR DI LONDON


KENANG KENANGAN BELAJAR DI LONDON

Apabila keputusan peperiksaan akhir Bar diumumkan rasanya misi utama saya datang ke London tamatlah sudah. Saya telah lulus peperiksaan tersebut dan tetakluk kepada saya menghadiri upacara “Call to the Bar” saya layak diiktiraf sbeagai “Utter Barrister” yang bermakna “complete” Barrister. Kita gunakan perkataan “utter” dalam expression “utter rubbish”! Kelayakan  resmi saya ialah “Barrister-at-Law” of Lincoln’s Inn. Oleh kerana saya juga adalah seorang siswazah yang mempunyai  ijazah undang undang dari Universiti London, maka kelayakan penuh saya ialah LL.B (Hons.) LOND, Barrister-at-Law, of Lincoln’s Inn. Cukuplah itu berkenaan kelayakan saya yang amat sederhana sebenarnya. Namun begitu saya sangat bersyukur kepada Allah swt. Yang hanya dengan izinnya jua saya menerima kelayakan yang tidak sepertinya ini.

Kami terus berada di London untuk membolehkan saya menghadiri upacara Call to the Bar. Ini juga membolehkan kami berjalan jalan di United Kingdom dan benua Eropahsebelum pulang ke Malaysia.Namun begitu kami tidak sempat melawat Ireland dan banyak juga negara Eropah Timur seperti Hungary, Poland dan Cekoslavakia dan lain lain. Entah bila pula kami boleh datang balik ke UK dan Eropah? Alhamdulillah saya berpeluang setelah balik dan berkerja di Malysia datang balik ke UK beberapa kali. Kami juga berpeluang melawat Eropah lagi setelah berkerja.

Sebelum mengakhiri cerita saya belajar di London ada beberapa pandangan dan kenangan berkenaan England dan hal hal yang bersangkutan yang saya ingin rakamkan.

Dalam tahun pertama dan kedua saya berada di London saya belajar bersungguh mengenangkan belajar di Universiti adalah satu pengelaman baharu tambahan pula kursus undang undang memang dianggap susah. Namun begitu saya sempat juga mengambil bahagian agak aktif dalam International Society di Kolej dan persatuan penuntut Malaysia di United Kingdom seperti Kesatuan Melayu United Kingdom, Malayan Forum, Islamic Study Group dan Persatuan Penuntut Penuntut Undang Undang di United Kingdom. Hanya apabila isteri saya telah datang ke London dan juga sebab saya menghadapi peperiksaan akhir saya tidak lagi cergas dalam persatuan persatuan.

Adalah pandangan saya bahawa penuntut penuntut  Melayu yang belajar di England kebanyakannya datang dari keluarga atasan. Mereka adalah anak orang kenamaan atau keluarga diraja atau pegawai tinggi kerajaan atau orang kaya. Jarang jarang sekali saya berjumpa penuntut yang semiskin saya, seorang anak yatim berasal dari kampong. Mungkin kawan kawan saya dari STAR pun hampir hampir samalah keadaan mereka dengan saya. Kalaulah tidak kerana biasiswa Kerajaan mungkin kami tidak boleh  memimpikan dapat belajar di UK. Pelajar pelajar bidang undang undang pula kebanyakannya terdiri dari pelajar pelajar yang telah pun berkerja beberapa tahun sebelum mengambil keputusan melanjutkan pelajaran. Ini sangat ketara apabila MARA memberi  biasiswa dan pinjaman untuk mereka yang mengambil kursus undang undang. Kerajaan seingat saya pada masa itu tidak mengeluarkan biasiswa kepada penuntut penuntut yang baharu sahaja tamat sekolah menengah tetapi memberi biasiswa hanya kepada pegawai pegawai dalam perkhidmatan, iaitu juru bahasa. Ini Dari kalangan pelajar pelajar ini lahirnya agak ramai peguam peguam Melayu sama ada dalam perkhidmatan Kerajaan atau dalam profesyen undang undang.

Saya juga perhatikan perasaan kenegerian di antara pelajar pelajar negeri Kelantan sangat tebal. Mereka suka tinggal di kawasan tertentu ialah Vauxhall sehingga tempat itu dikenali sebagai “kampong Kelantan”. Seorang yang senior dianatara mereka arwah Dato Ariffin Daud dianggap Penghulu mereka. Mereka tolong menolong diantara satu sama lain. Saya tidak melihat ini sebagai sesuatu yang negatif. Malahan positif. Mereka tidaklah pula enggan berkawan dengan pelajar pelajar dari negeri negeri lain. Saya sendiri mempunyai beberapa orang sahabat baik dari kelangan pelajar pelajar dari Kelantan.  Keadaan ini hampir hampir sama semasa saya belajar di STAR, Ipoh dahulu. Perhubungan dianatara budak budak Kelantan sangat akrab tetapi mereka juga berkawan dengan budak budak dari negeri lain seperti saya.

                                                                                                       

Sedikit kenang kenangan dan pandangan berkenaan UK dan penduduknya. Orang British pada  pandangan mata kasar nampaknya sombong dan “individualistic”. Ada benarnya. Mereka tidak pedulikan sangat hal orang lain. Mereka lebih suka “mind their own business” Dan mereka ingin orang lain pun berbuat begitu juga. Oleh yang demikian mereka tidak peduli misalnya pakaian orang yang menjuluk mata atau anak anak muda mereka bercumbu cumbuan di khalayak ramai. Kita sebagai rakyak asing yang rasa tidak senang melihatnya. Tetapi disebalik itu pula mereka  hormat kepada orang lain termasuk orang asing. Misalnya mereka akan mengucapkan “Good Morning” walau pun kepada orang yang mereka tidak kenal dan kadang kadang menambah, “Good weather today, is n’t?. Begitu juga mereka berbudi Bahasa. Mereka mesti mengucapkan “thank you” atas perkara perkara bagaimana kecil sekali pun. Misalnya bila kita bayar tambang bas kondakter akan kata, “thank you, love”. Juga mereka akan menggunakan perkataan “please” bila meminta sesuatu, misalnya, “fare please!”. Bilalah agaknya kita dapat mencapai taraf budaya seperti tiu?

Walau pun pada perengkat perseorangan orang orang Inggeris nampaknya tidak mesra dan dianggap “cold” oleh orang orang asing,  tetapi sebagai satu bangsa atau pada perengkat masyarakat mereka sangat perihatin dan saya sangat tertarik hati dengan budaya mereka yang suka menolong orang. Saya menerima banyak budi baik mereka. Misalnya, dari masa diterima masuk belajar di UK lagi British Council di KL menghubungi saya  dan menesehatkan saya berkenaan keadaan di England terutamanya kedudukan perumahan. Jika dikehendaki mereka menguruskan perumahan dengan menempatkan pelajar pelajar asing di asrama asrama mereka, atau asrama NGO lain. Saya tidak memerlukan khidmat ini oleh sebab kolej saya King’s College mempunyai asrama asrama sendiri yang dikenali dengan nama Hall of Residence. Saya ditempatkan di “Platane” sebuah Hall of Residence di Denmark Hill, berhampiran dengan Greenwich Village, sebuah kawasan agak ternama iaitu yang memberi nama kepada Greenwich Meridian (0 degree) dan Greenwich Mean Time (GMT). Masa kami mula mula sampai di London Airport pegawai pegawai British Council menunggu ketibaan kami dan membawa kami ke Malaysia Hall. Ada yang dibawa ke British Council Hostel untuk tinggal disana untuk beberapa malam sebelum mendapat  tempat kediaman tetap. Ada juga yang tinggal tetap disitu. British Council juga menguruskan lawatan untuk pelajar pelajar asing di sekitar kota London dan kota kota lain. Saya pernah mengikuti trip mereka ke Glasgow di Scotland melawat loch loch yang masyhur seperti Loch Lomond dll. Mereka juga aturkan lawatan ke panggung panggung ternama. Saya berpeluang menuntun “The Black and White Minstrel Show” di Glasgow. Alangkah eloknya kalau kita ada NGO seperti British Council ini?

Persatuan seperti The Rotary Club juga memberi bantuan kepada pelajar pelajar. Saya pernah dijemput mereka ke jamuan teh mereka yang diadakan di hotel lima bintang dan memperkenalkan saya kepada ahli ahli Kelab itu. Mereka menjemput saya memberi sedikit ucapan berkenaan diri saya dan  Malaysia. Selain dari itu mereka menghadiahkan beberapa tikit untuk menuntun pertujukkan pentas seperti “play” di panggung panggung terkemuka di London. Tikit tikit ini mahal kalau dibeli sendiri. Pernah juga mereka mengaturkan kami menjadi “week end guests” di rumah mereka. Saya sangat hargai budi baik Mat Salleh ini.

Disebalik itu pula ada juga budaya pemuda pemudi Inggeris yang tidak baik yang berdasarkan prejudis mereka terhadap orang kulit hitam. Pada masa itu ada kumpulan yang di kenali sebagai “skin heads” (kepala botak) yang bencikan orang kulit hitam terutamanya orang Pakistan dan ada kalanya membelasah mereka. Ini dikenali sebagai “pakibashing”. Nasiblah mereka tidak mengganggu pelajar Malaysia setahu saya. Insiden insiden seperti ini malangnya masih berterusan hingga sekarang.

Pada keseluruhannya selain dari menerima pengajian tinggi yang bermutu di sebuah universiti bertaraf tinggi, saya sangat menghargai masa saya tinggal di London selama 4 tahun itu. Saya melalui banyak pengelaman hidup masa tnggal di sana yang mungkin tidak boleh didapati di lain lain tempat. London mempunyai begitu banyak tempat yang menarik kepada segala jenis manusia. Dikatakan,”If you are tired of London you are tired of life itself”. Ini membuatkan saya sentiasa rindukan London dan kalau ada peluang ingin “balik”kesana beberapa  kali lagi yang boleh! Saya boleh katakan, “I left my heart in London”!

Namun begitu hujan emas dinegeri orang hujan lembing dinegeri kita lebih baik lagi negeri kita.

Monday, December 23, 2013

KAWAN KAWAN SAYA YANG BELAJAR DI UNITED KINGDOM (1964 -68)


KAWAN KAWAN SAYA DI UNITED KINGDOM (1964 – 1968)

 

Kami dijemput makan tengah hari oleh Tuan Haji Hashim Ambia dan isterinya Hapipah kerumahnya di Bukit Antara Bangsa Kuala Lumpur hari ini (23hb Disember 2013). Dia memberitahu bahawa dia juga menjemput beberapa orang lagi yang belajar bersama sama kami di London dahulu. Kami sangat gembira menerima jemputan itu dan ingin sangat berjumpa kembali dengan kawan kawan lama kami di London lebih 40 dahulu.

Hashim berasal dari Kajang. Dia sudah ada di London masa saya sampai. Kami lekas mesra berkawan oleh sebab Hashim adalah “urang awak” iaitu orang Minangkabau seperti saya. Saya sebenarnya seperuh Minang dan separuh Rawa. Arwah emak orang Minang berasal dari Ulu Yam, Selangor  dan arwah bapa orang Rawa berasal dari Sungai Itik, Gopeng. Hashim boleh dkatakan melalui jalan yang berliku liku untuk menjadi seorang peguam. Saya tabik kepadanya atas kegigihanya. Dia mula mulanya melanjutkan pelajarannya ke India. Apabila didapatinya taraf pengajian disana amat rendah dia memutuskan untruk berhijrah ke London untuk belajar Undang Undang. Oleh sebah dia hanya memiliki School Certificate sahaja dan taraf kelulusannya tidak mencapai taraf Ordinary Level (O Level) dia terpaksa mengambil peperiksaan O Level di peringkat School Certificate terlebih dahulu dan kemudian baharu boleh mengambil Advance Level (A Level) pada peringkat Higher School Certificate. Lepas  itu baharulah dia boleh mendaftar untuk mengambil peperiksaan Ll.B (external) University of London. Pada permulaannya dia terpaksa berkerja untuk menampung belanja hidup dan yuran pengajian. Hanya pada peringkat akhir pengajiannya dia mendapat pinjaman MARA. Oleh yang demikian Hashim mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan pengajiannya.

Seorang lagi kawan di London dahulu yang saya jumpa di makan tengah hari itu ialah Dato (atau mungkinTan Sri!) Mohd Nor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau datang ke London masa saya hampir tamat pengajian. Dia telah berkhidmat sebagai Juru Bahasa Mahkamah sebelum mendapat biasiswa melanjutkan pelajaranya dalam bidang Undang Undang ke London. Dia fasih berbahasa Tamil!

Seorang lagi kawan lama saya yang datang kerumah Hashim tengah hari tadi ialah Tuan Haji Mohd Nor yang pernah berkhidmat dengan saya di Mahkamah Perusahaan. Rasanya dia datang ke London selepas saya dan juga adalah seorang “matured student” yang telah berkhidmat sebagai pegawai Kerajaan.

Seorang lagi kawan saya ialah Dato Adlan Daud, seorang peguam kanan yang rasanya masih berkhidmat lagi. Dia pun datang ke London sebelum saya. Dia adalah seorang Rawa dari Tanjung Malim. Dia berkahwin dengan YM Raja Fuziah Tun Uda yang juga belajar di Universiti London seperti saya.

Juga hadir di makan tengah hari tadi ialah Dato Ismail Yasin dari Rembau. Dia adalah seorang peguam yang pernah menjadi seorang Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Tuan Haji Mohd Som pula adalah dari Bukit Besi Terengganu. Dia adalah seorang peguam dan ahli perniagaan yang berjaya.

Kawan kawan saya di London dahulu adalah kebanyakannya penuntut Undang Undang. Masa saya mula mula sampai di London amat sedikit penuntut Melayu. Saya dengan Shukur Nagor juga kawan saya dari STAR adalah dua orang dari kumpulan kecil ini. Shukur dengan saya mengikuti kursus Bachelor Of Laws di Univeriti London. Penuntut penuntut lain mengikuti Bar-at-Law di Inn of Court. Sememangnya kursus Ll.B. ini adal lebih “prestigious” dari kursus Bar. Kelayakan masuk Universiti ialah HSC dan untuk Bar hanyalah School Certificate. Ada juga beberapa orang penuntut Accountancy dan Kejuruteraan dan Economics. Seorang kawan saya ialah arwah Tan Sri Nordin Sophie yang menuntut di London School of Economis, Universiti London yang mendapat ijazah Kelas Satu dan meneruskan pelajarannya ke peringkat Ph.D. Seorang lagi yang dapat Ijazah Kelas Pertama dalam bidang Kejuruteraan ialah Abdul Rahim Bidin.

Selain dari itu ada sekumpulan kawan kawan dari STAR yang belajar bersama sama saya di London dan bandar bandar lain  di United Kingdom. Mereka adalah Maamor Hj Ahmad (sekarang Dato) yang belajar Veteranary Medicine juga di London. Dato bersara sebagai Pengarah Jabatan Haiwan Kedah. Dengarnya dia menetap di Seremban sekarang. Mansor Saleh (sekarang Dato) juga pernah belajar di STAR hingga tingkatan tiga menuntut di Wales dalam bidang Matellurgy dan menyambung pelajarannya hingga ke perengkat Ph.D. Akhir sekali saya dengar dia bersara sebagai Dekan Kejuruteraan Marin, Universiti Kuala Lumpur. Arwah Abu @ Ahmad Said juga kawan saya dari STAR belajar mining engineering di Cambourne School of Engineering. Kami selalu mengusik dia bahawa dia tidak belajar di Universiti seperti kami. Dia pun selepas tamat pengajiannya di Sekolah Cambourne masuk ke Universiti London mengikuti kursus Masters of Engineering. Akhir sekali ada beberapa orang pelajar STAR yang belajar Electrical Engineering di Briton, kebanyakannya atas tajaan TNB. Misron Yusof seorang kawan baik saya adalah salah seorang daripadanya. Misron juga telah mengikuti kursus pada perengkat Masters. Selain dari Misron ada beberapa orang “juniors” dari STAR yang belajar Electrical Engineering di Brighton.

Saya dapati kebanyakan penuntut penuntut Melayu di London pada masa itu belajar Undang undang. Begitu juga pelajar pelajar Cina dan India dari Malaysia. Ada satu cerita lucu saya dengar berkenaan hakikat ini. Seorang pegawai Imigeresen British di London Airport berkata Malaysia mestilah mempunyai begitu ramai peguam sebab  pelajar pelajar yang datang ke UK semuanya belajar Law. Dia ditanya mengapa dia berpendapat begitu. Dia menjemput kawannya yang bertanya itu mendengar dia menyoal seorang pelajar Malaysia yang baharu sampai. Dia bertanya kepada pelajar itu,” What is the purpose of your coming to the UK?” Pelajar (Cina) itu menjawab, “TO STUDY LO!”

Wednesday, December 18, 2013

SAMBUNGAN CERITA SAYA BELAJAR DI LONDON


SAYA LAWAN JABATAN PENUNTUT  MALAYSIA LONDON DAN MENANG

Dengan keputusan peperiksaan LL.B saya yang membenarkan saya terus memasuki peperiksaan akhir Bar, saya berazam akan mengambil peperiksaan itu sama ada dibenarkan oleh Kerajaan atau tidak. Saya akan terus berkerja di Selfridges dan belajar sendiri.

Saya bernasib baik. Pada satu hari saya menghadiri solat sunat Hari Raya Idil Adha di Masjid Regent’s Park London. Saya berjumpa dengan seorang penunutut Melayu yang sudah lulus peperiksaan Bar Finalnya. Dia menggalakkan saya jangan putus asa dengan keputusan Jabatan Penuntut Penuntut Malaysia London yang mengarahkan saya balik ke Malaysia. Dia seterusnya memberitahu saya patut  pergi berjumpa YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia, yang kebetulan pada masa itu berada di London menghadiri Mesyuarat Perdana Menteri Komenwealth. Dia tinggal di York House. Saya sebenarnya kecil hati sedikit dengan Tunku. Di satu majlis jamuan teh di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, saya diperkenalkan kepada beliau. Dia bertanya,”Who is your father?” Saya tak tahu apa nak jawab. Hati kecil saya berkata, “my father is nobody and had passed away. Does he think my father is one of his friends or a high-ranking Government officer”. Saya jawab,” my father had passed away a long time ago and I don’t think you know him, Sir”. Dia pun tidak meneruskan perbualan itu.

Apa pun saya mengambil keputusan untuk pergi ke York House dan minta berjumpa dengan Tunku dan merayu supaya dibenarkan meneruskan pengajian saya keperingkat Bar Final. Saya disambut oleh Setia Usaha Sulit Tunku bernama Dato’ Nik  Hassan (kalau saya tak salah. Beliau kemudiannya menjadi Menteri Besar Terengganu). Saya menjelaskan tujuan saya hendak berjumpa Tunku. Dia memberitahu saya bahawa Tunku sedang tidur dan tidak boleh diganggu. Walau bagaimana pun dia baik hati juga. Dia nasehatkan saya menulis surat kepada Tunku berkenaan rayuan saya itu dan serahkan surat itu kepadanya. Dia berjanji akan menyampaikannya kepada Tunku. Saya berasa hampa juga. Walau bagaimana pun saya ikut nasihatnya dan membuat rayuan bertulis. Secara rengkas saya jelaskan kekudukan saya. Hujjah saya ialah saya hanya memerlukan setahun sahaja untuk menduduki peperiksaan Bar Final itu. Kalau saya lulus saya boleh berkhidmat dengan Malaysian Civil Service atau Judicial and Legal Service. Saya difahamkan Kerajaan lebih memerlukan calun untuk Perkhitmatan ini dari calun untuk Civil Service. Semua pemegang BA (Hons) layak memasuki Civil Service. Pada masa itu agak ramai  orang Melayu yang memiliki BA (hons) tetapi tidak ramai yang memiliki Barrister-At-Law DAN LL.B.

Alangkah terperanjatnya saya menerima surat dari Dato Nk Hassan yang memberitahu saya bahawa Tunku sangat bersimpati dengan saya. Dia  memberitahu bahawa Tunku sendiri telah melalui pengelaman yang sama.  Hanya selapas beberapa tahun dia lulus dengan ijazah undang undang dari Universiti Cambridge dia dibenarkan balik ke England mengambil peperiksaan Bar Final. Seterusnya dia berjanji apabila dia balik ke Malaysia dia akan meluluskan rayuan saya. Katanya dia sendiri adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Cabinet berkenaan Biasiswa.
Saya terus membawa surat itu dan dengan megahnya menunjukkan surat itu kepada Encik Ng Cheng Hong, Pengarah Jabatan Penuntut Penuntut Malaysia di London. Saya menjangka dia akan mengucapkan tahniah kepada saya.  Pendiriannya memeranjatkan dan membuat saya begitu marah. Dia mengtakan Tunku adalah seorang ahli politik dan suka memberi jawapan yang disukai oleh orang yang merayu. Keputusan dalam kes saya akan diputuskan oleh pegawai Kerajaan yang akan memutuskan mengikut kontrak biasiswa saya dan amalan biasa. Dia berkata dia percaya rayuan saya akan ditolak oleh Jabatan Petkhidmatan Awam (JPA). Biasanya dan hingga sekarang saya tidak menganggap diri saya racialist. Saya mempunyai ramai kawan Cina dan India yang saya senangi. Tetapi pada ketika itu hati saya berkata “You are a bloody racialist Chinese and anti-Malay. Because I am a Malay you want to sabotage me!”. Tetapi saya hanya berkata kepadanya kita tunggu dahulu jawapan JPA. Saya menambah apa pun saya tidak balik ke Malaysia tanpa menduduki peperiksaan Bar Final, kalau perlu dengan duit saya sendiri. Pengarah itu juga memarahi isteri saya yang berkerja dengan Jabatan itu dengan berkata saya tidak patut menulis surat kepada Perdana Menteri berkenaan perkara kecil itu. Isteri menjawab ini bukan perkara kecil kepada kami.

Untuk beberapa bulan saya terus berkerja di Selfridges diwaktu siang dan belajar sendiri diwaktu malam. Sebenarnya peperikasaan akhir Bar itu hampir sama sahaja dengan peperiksaan akhir Ll.B. Hanya approachnya berbeza. Peperiksaan Bar selain dari menguji pengetahuan undang undang juga menguji pengetahuan prosedur yang tidak diajar di Universiti. Saya mulai merasa risau juga. Mungkin apa yang dikatakan oleh Mr Ng sebenarnya berlaku atau Tunku lupakan kes saya apabila balik ke KL.

Pada satu hari semasa saya berkerja di Selfridges saya dipanggil oleh Ketua saya yang memberitahu saya saya ada panggilan talifon penting dan meminta saya datang kepejabat untuk menerima panggilan itu. Berdebar hati saya. Tentulah perkara penting. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Isteri saya menelifon bahawa Jabatan Penuntut menerima telegram dari JPA, KL bahawa biasiswa saya telah dilanjutkan untuk membolehkan saya menduduki peperiksan Bar Final. Allahu Akbar! Alhamdulillah. Terima kasih Tunku.

Apakah yang patut saya katakan kepada Encik Ng Cheng Hong?

Setelah mendapat berita gembira itu saya beritahu Ketua saya bahawa saya hendak balik cepat kerana ada perkara penting dan dibenarkanya. Saya keluar melalui pintu besar gedung  itu. Sebaik sahaja keluar saya ditahan oleh seorang lelaki yang saya tidak kenali dan berkata,”Mr Ahmad, you know you are not allowed to leave by the public entrance and that you must use the Employees’ Entrance. Please come to the Personnel Department tomorrow”. Mata gelap Syarikat itu rupanya. Saya tak peduli. Saya akan berhenti kerja besuk pagi juga. Dengan perlanjutan biasiswa saya, saya tidak perlu berkerja lagi. Besuknya saya pergi ke Jabatan Personnel dan diberitahu bahawa saya telah melakukan kesalahan dan akan diberhentikan. Saya memberitahu bahawa saya memang hendak berhenti. Pegawai itu bertanya mengapa dan saya beritahu bahawa saya telah pun mendapat biasiswa dan tidak perlu berkerja lagi. Orang putih itu sporting juga dan berkata, “well done, son, and all the best”. Kami bersalaman dan saya pun meninggalkan Selfridges.

Dengan perlanjutan biasiswa saya masa depan saya berubah. Saya lulus peperiksaan Bar Final itu dan balik ke Malaysia untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Undang Undang dan Kehakiman dan seterusnya sebagai peguambela dan peguancara dan akhirnya sebagai Hakim dengan jawatan Yang Di Pertua Mahkamah Perusahaan.

Tuesday, December 10, 2013

BAGAIMANA HENDAK MENJADI PEGUAM


BAGAIMANA HENDAK MENJADI PEGUAM?

Masa dalam tahun akhir pengajian Ll.B saya selain dari menjadi film extra dalam film You only Live Twice saya menumpukan segala tenaga dan masa saya belajar bersungguh sungguh untuk menghadapi peperiksaan akhir. Ini akan menetukan kelas ijazah saya. Saya berazam mesti mendapat ijazah kepujian.

Saya  telah memutuskan bahawa selain dari mendapat ijazah  Ll.B saya mestilah juga  mendapat ijazah Barrister-at-Law. Apa bezanya diantara kedua dua ijazah ijazah ini? Ijazah Ll.B. adalah ijazah akademik sahaja yang melayakkan pemegangnya untuk perlantikan ke jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan seperti Perkhidmatan  Tadbir Dalam dan Luar Negeri (PTD). Ijazah itu juga melayakkan pemegangnya ke jawatan jawatan eksekutif di bidang swasta. Ijazah itu serupalah seperti B.A. dan Bachelor of Economics. Ijazah ijazah tersebut tidak melayakkan pemegangnya memasuki profesion seperti profesion undang undang ( dikenali sebagai The Bar) atau profesion accountancy. Dengan ijazah Ll.B. sahaja saya juga tidak layak memasuki Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia. Tujuan Kerajaan memberi saya biasiswa ialah untuk melayakkan saya masuk PTD dan bukannya Perkidmatan Undang Undang dan Kekhakiman. Saya bercita cita untuk memasuki Perkhidmatan Undang Undang dan Kehakiman dan kalau boleh menjadi seorang peguam swata dan menjadi ahli profesion undang undang (the Bar).

Untuk mencapai objektif  menjadi seorang peguam saya mestilah mendapat ijazah Barrister-at-Law, selain dari Ll.B. Kerajaan tidak merestuinya. Untuk mendapat ijazah Barrister-at-Law ini saya mesti masuk sebuah  Inn. Ini bukannya hotel, tetapi adalah sebuah Inn of Court. Ada empat buah Inns of Court di London iaitu Lincoln’s Inn, Middle Temple, Inner Temple dan Gray’s Inn. Saya memilih Lincoln’s Inn. Gray’s Inn adalah Inn yang paling  berprestig (dan snobbish!) Ini adalah disebabkan dia ada kelayakan istemewa iaitu calun mestilah mempunyai kelakayan dalam bahasa Latin. Biasanya penuntut penuntut dari Cambridge dan Oxford Universities yang layak masuk Inn ini. Saya meneluarkan wang sendiri untuk membayar yuran yuran untuk memasuki Lincoln’s Inn, yang agak tinggi juga. Inilah salah satu sebab saya mesti memmbuat kerja sambilan. Satu lagi keperluan sebagai penuntut di Inn ini ialah penuntut mestilah datang makan malam sekurang kurangnya tiga kali dalam sepenggal dan selama dua tahun pengajian. Pada majlis makan malam ini bukan sahaja penuntut yang hadir tetapi juga peguam peguam yang menjalankan peraktis termasuk peguam peguam terkemuka. Tujuan makan malam ini ialah untuk memberi peluang kepada penuntut berkenalan dengan peguam peguam dan pegawai kehakiman kanan dan mempelajari sedikit sebanyak berkenaan profesion undang undang secara dekat. Tanpa menghadiri makan malam ini sebanyak kali yang ditetapkan penuntut tidak dibenarkan memnduduki Peperiksaan Akhir Bar yang melayakkan pemegangnya menjadi seorang peguam. Apabila lulus peperksaan ini baharulah penuntut itu diterima sebagai peguam. Istiadat ini dipanggil “called to the Bar (the English Bar)”. Untuk menjadi peguam di Malaysia, setelah “called to the (English) Bar”, calun  mestilah kena “called to Bar” sekali lagi di Malaysia. Ini hanya boleh dilakukan setelah dia menjalani  latihan selama enam bulan dengan seorang peguam kanan . Ini pula dikenali sebagai “reading in Chambers” Susah juga hendak menjadi peguam!

Saya memnduduki peperiksaan akhir kursus Ll.B sebelum musim panas bermula. Sementara menunggu keputusannya saya berkerja sebagai juru jual di Selfrides sebuah Departmental Store yang besar dan masyhur di Oxford Street London. Saya menjaga sebuah counter yang menjual barang barang permainan indoor seperti playing cards, monopoly set dan barang barang lain seperti itu. Kerjanya senang sahaja dan seronok juga melayan pelanggan, termasuklah rakyat Malaysia yang datang melancung dan shopping di London. Masaalahnya kena sentiasa berdiri semasa berkerja seelama lebih kurang 8 jam sehari.

Keputusan peperiksaan Ll.B Finals akan menentukan juga sama ada saya boleh terus mengambil peperiksaan akhir Bar Finals yang akan diambil setahun selepas itu. Sekiranya saya mencapai gred kepujian dalam kertas kertas (subjek) dalam peperiksaan Ll.B. saya dikecualikan dari mengambil kertas yang sama di peperiksaan Bar perengkat permulaan dan boelh terus mengambil peperiksaan akhir. Ini akan menjimatkan masa. Saya yakin akan mendapat markah kepujian dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Ll.B. melainkan mata pelajaran English Land Law. Sekiranya saya hanya lulus tanpa kepujian saya terpaksa mengambil peperiksaan dalam mata pelajaran ini di peperiksaan awalan Bar dan tidak boleh terus masuk peperiksaan akhir. Untuk mebolehkan saya masuk peperiksaan akhir Bar saya mengambil kertas Land Law ini di peperiksaan awalan Bar yang diadakan selepas peperiksaan Ll.B. pada penhujung musim panas. Ini bermakna saya mestilah membuat persedian. Saya mengajak kawan kawan Malayisia yang juga akan mengambil kertas ini menubuhkan study group untuk belajar dan berbincang bersama sama. Saya dapati cara ini sangat berfaedah.

Apabila keputusan peperiksaan Ll.B. diumumkan saya lulus dengan Kepujian Kelas Bawah. Tidaklah hebat mana, tetapi syukur. Juga saya dapat gred kepujian dalam semua mata pelajaran termasuk mata pelajaran Land Law yang saya takuti itu. Ini bermakna saya dikecualikan dari semua kertas kertas dalam peperiksaan awalan Bar. Sia sia sahaja mengambil kertas itu di peperiksaan awalan Bar. Namun begitu saya dapati pelajaran English Land Law ini sedikit sebanyak menolong saya masa saya menjalankan praktis sebagai peguam di Malaysia. Undang undang tanah England dan Malaysia sangat berbeza. England pada masa itu menggunakan common law yang memerlukan setiap transeksi tanah ditulis dalam satu perjanjian yang dipanggil “conveyancing”.  Transeksi ini tidak didaftarkan di mana mana. Di Malaysia semua transeksi tanah mestilah didaftarkan di pejabat  tanah atau pejabat pendaftaran tanah Negeri. Sistem ini dikenali sebagai system Torens yang dipinjam dari Australia. Di Malaysia undang undang tanah terkandung dalam Kanun Tanah Negara dan Enakmen Tanah Negeri negeri. Di England tidak ada Kanun seperti melainkan beberapa Akta tertentu.

Bolehkah saya mengambil Peperiksaan Akhir Bar?

Saturday, December 7, 2013

MENYESUAIKAN DIRI DENGAN CARA HIDUP BARU DI LONDON – 1966/67


 

 

Hidup berumah tangga dan belajar adalah baharu bagi saya. Begitu juga bagi H, bekerja dan melayani suami adalah baharu baginya. Apatah lagi di Kota Raya London yang jauh berbeza dengan Pengkalan Baharu, Pantai Remis. Namun begitu, Alhamdulillah, kami tidak menghadapi apa apa masaalah.

Kami dapati penduduk London tidak ada pada zahirnya prejudis terhadap orang asing. Jiran jiran kami, pekerja pekerja kedai,  pekerja sistem penganngkutan, teman sekerja, penuntut penuntut temapatan semuanya menghormati kami. Mungkin mereka tidak begitu mesra dan seolah olah, “mind their own business”.  Hanya kami dapati kelakuan anak anak muda mereka ganjil kepada kami. Mereka tidak segan silu berpeluk cium di khalayak ramai dan pakaian merkera agak menjolok mata. Kita juga terpaksalah mengambil sikap, “mind our own business”.

Pada peringkat masyarakat orang orang Inggeris sangatlah bertimbang rasa dan suka menolong orang asing seperti kami. Melalui British Council (Badan Bukan Kerajaan), kami menerima jemputan untuk menjadi tetamu kepada keluarga Inggeris tempatan. Kami dijemput dengan kereta dari rumah kami dan dibawa tinggal bersama mereka dua malam pada hujung minggu. Mereka melalui satu persatuan sukarela tempatan mengaturkan majlis makan tengah hari, minum teh untuk berkenal kenalan dengan mereka dan membawa kami melawat ketempat tempat menarik di kawasan mereka, misalnya Pinewood Studio diantara tempat tempat lain. Mereka menjemput lebih kurang 20 orang tetamu terdiri dari penuntut penuntut asing bersama kami. Selepas itu kami dihantar balik dan diberi pula cendera hati. Ini adalah seperti tinggal di “homestay” dengan percuma. Saya rasa kita di Malaysia belum sampai ketaraf ini dalam budaya kita. Apabila kami balik ke Malaysia kami cuba membalas budi orang Inggeris ini dengan menjemput orang orang asing tinggal bersama kami. Sekali kami menjemput empat lima orang pemuda Inggeris tinggal bersama kami beberapa malam sebab mereka terkandas di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur. Sekali lagi kami menerima beberapa orang penuntut Inggeris lepasan sekolah menengah tinggal beberapa hari dengan kami. Mereka baharu sampai di negara ini untuk memulakan satu tahun berkhidmat sebagai sukarelawan dalam skim yang dikenali sebagai “Gap Year”. Dibawah skim ini mereka berkhidmat sebagai sukarelawan dalam beberapa bidang sebelum masuk universiti atau selepas keluar dari universiti sebelum mula berkerja. Kami juga pernah menjemput satu keluarga dari Sudan tinggal bersama sama kami dari masa kesemasa. Suaminya berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antara Bangsa Kuala Lumpur.

Kami juga mengambil peluang terus melawat tempat tempat menarik sama ada di London sendiri atau di luar London. Untuk trip jauh dari London biasanya kami pergi dalam satu kumpulan terdiri dari penuntut penuntut Melayu yang sudah berkeluarga. Kami pernah membuat trip ke Isle of Wright dengan hoover craft dan menikmati pemandangan yang indah disana. Saya suka memakan scones tempatan disana. Kami juga pernah melawat Univeriti Cambridge dan Oxford. Tidak ketinggalan juga ialah lawatan ketempat lahir William Shakespeare di Stratford Upon Avon.

Orang Barat termasuklah orang Inggeris walau apa pun taraf social mereka suka berjalan jalan semasa cuti mereka. Apabila mereka balik berkerja mereka akan ceritakan kemana mereka bercuti! (Walau pun kawan kawan tidak minat pun minat mendengarnya) Orang Inggeris suka bercuti ke Benua Eropah terutamanya Sepanyul dan Itali. Ada tempat tempat perangain itu khusus untuk orang Inggeris! Kami berpeluang mengikuti bercuti mengikut mereka ke Itali termasuk Venice yang masyhur dengan canals nya. Kami juga pernah mengikut “conducted tours” pergi ke Sepanyul dan menuntun pertunjukan “bull fights” yang sangat popular di Sepanyul.

Kami agak “popular” dikalangan kawan kawan dari Malaysia mahu pun dari negara lain. Begitu juga dengan kawan kawan dari Malaysia yang datang melawat London. Saya percaya ini adalah disebabkan masakan H. Bukan sahaja dia pandai memsak masakan Melayu yang biasa seperti gulai dan kari, samabal tumis dan lain lain tetapi juga masakan yang saya panggil “exotic” seperti kerabu daging yang saya sendiri belum pernah rasa sebelum berkahwin dengannya. Kerabu daging ini adalah masakan Perak. Daging lembu itu dipanggang kemudian dihiris nipis nipis dan digaul dengan kerisik kelapa, serai, halia, cili merah, perahan limau nipis, pati santan dan sedikit garam dan gula. Sampai sekarang inilah kegemaran saya dan anak anak kami. Ramai juga kawan kawan kami yang terpikat dengan masakan ini, sehinggalah sekarang!

 

SAYA MENJADI PELAKUN FILM EXTRA DALAM FILEM JAMES BOND ''YOU ONLY LIVE TWICE"


SAYA MENJADI PELAKUN FILM EXTRA  DALAM FILEM  JAMES BOND “YOU ONLY LIVE TWICE’

 

Kebanyakan penunutut penuntut tempatan di Universiti di UK membuat kerja sambilan dimasa lapang mereka untuk menambah pendapatan, memandangkan elaun yang mereka terima tidak begitu tinggi dan bergantung kepada keadaan kewangan keluarga mereka. Mereka melalui apa yang dikenali sebagai “means test”.  Ini bermakna penuntut dari kelaurga miskin dapat elaun lebih dari penuntut dari kelaurga kaya. Elaun ini diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Penuntut penuntut asing pun dibenarkan berkerja sambilan. Saya dan kawan kawan dari Malaysia dan negara negara lain pun mengikut budaya ini. Cafeteria di Kolej saya banyak bergantung kepada penuntut penuntut berkerja sambialan untuk mendapatkan tenaga kerja.

Pada cuti musim panas pertama saya berkerja sebagai operator kilang di Brighton, sebuah pekan di Selatan England yang juga sebuah pekan peranginan. Saya mempunyai agak ramai kawan kawan yang datang dari STAR belajar disana. Salah seorang dari mereka ialah MY. Dia mengikuti kursus jurutera letrik dibawah tajaan TNB. Saya dan ASN menumpang di flatnya dan melaluinya juga kami dapat pekerjaan di kilang Metal Box di sana. Syarikat ini juga ada kilang di Petaling Jaya. Seronok betul musim panas itu. Saya berkerja sebagai operator memasukkan kepingan kepingan alluminium kedalan mesin untuk membuat punutup “can” seperti hair sprayer. Entah berapa keping saya masukkan sehari. Kerja ini memanglah membosakkan. Oleh itu saya pelajari helah pekerja pekerja yang nakal. Bila sudah bosan sangat mereka masukkan kedalam mesin yang memotong kepinangan alluminium yang dibengkokkan sedidikit! Ini akan menyebabkan mesin itu berhenti sebentar dan seorang pekerja penyelenggara akan datang untuk membetulkan mesin itu. Bolehlah berehat seketika dan bersembang dengan pekerja pekerja lain.  Kebanyakan pekerja pekerja dikilang itu adalah wanita wanita seperuh umur. Mereka tidak mempunyai pelajaan tinggi dan apa apa skill tertentu. Mereka bekerja untuk menambah pendapatan keluarga atau yang tiada mempunya suami. Kesian mengenangkan mereka terpaksa membuat kerja kerja bosan ini tiap tiap hari. Sebagai pekerja sambilan kami hanya berkeja sebulan dua sahaja setahun. Tetapi mereka sentiasa gembira dan suka berkenalaan dengan kami dan sentiasa bertanya berkenaan keadaan di Malysia dan kagum bila kami ceritakan, “in Malaysia it is summer all the year round”! Mereka ingin sangat kalau dapat tinggal di Malaysia! Saya sendiri selalu ditanya apa pekerjaan saya nanti bila balik ke Malaysia setelah tamat pengajian. Saya beritahu mungkin saya akan menjadi DPP (deputy public prosecutor) (ini sebenarnya jawatan pertama saya!). Entah sebab mereka kurang faham (DPP di England ialah Director of Public Prosecution, hampir hampir sama dengan Peguam Negara) mereka kagum dan sangat hormat kepada saya!

Dengan gaji yang saya terima sebagai pekerja sambilan ini (yang agak lumayan juga) dan wang biasiswa saya dan seorang lagi “budak” STAR, AMMN, melancung ke Eropah hampir sebulan menaiki tren dengan tambang murah untut penuntut. Saya masa di Malaysia lagi suka berjalan dan agaknya salah seorang dari bilangan yang kecil yang pernah menggunakan youth hostel di Jalan Ipoh Kuala Lumpur, Port Dickson dan Melaka. Dengan pengelaman ini kami tinggal di youth hostel  di merata rata pekan kecil dan besar di Perancis, Germany dan Italy. Di Bavaria kami singgah disebuah pekan kecil yang ditunjukkan dalam peta ada youth hostel. Bila kami turun dari tren kami dikurumuni oleh sekumpulan anak anak kecil dan mereka mengikuti kami dan cuba bersembang denagn kami.  Seolah olah mereka tidak pernah melihat orang asing berkulit hitam! Tiada siapa yang tahu dimana youth hostel itu. Setelah lama mencarinya dan bertanya kepada orang temapatan kami dibawa disebuah sekolah kecil. Rupanya garej kereta sekolah itu dijadikan youth hostel dalam musim panas semasa sekolah bercuti!

Saya juga pernah berkerja sebagai posman dimasa cuti Krismas. Kerja ini berat juga. Kami dibawa dalam sebuah bas khas yang sarat dengan surat, kad Krismas dan parcel mengandungi hadiah Krismas. Kami akan turun ditempat tempat tertentu dan pikul satu guni barang barang ini dan hantarkan barang barang itu dari rumah kerumah. Ada juga sedikit masaalah. Penerima parcel parcel ini tidak ada dirumah. Saya cuba serahkan kepada jirannya. Ada yang menjawab, “Why should I help him. He doesn’t ever help me”! Ada juga manusia seperti ini. Yang saya tidak suka sekali ialah menghantar ayam “turkey” yang sudah disembelih tetapi tidak dibungkus dengan apa apa pun! Tag alamat penerimanya diikatkan pada kaki binatang itu. Biasanya penghantar ayam ini adalah orang negara Ireland dan menghantar ayam ini untuk saudara mereka di London untuk dimasak dan dihidangkan semasa Christmas Dinner. Ada yang seberat 5 kg atau lebih. Bila balik kerumah selepas kerja berat ini  saya kena minta H mengurut kaki saya. Tetapi wang tambahan dari gaji postman sementara ini sangat berguna! Biasanya untuk belanja percutian.

Ada tiga lagi jenis kerja sambilan yang pernah saya buat semasa menuntut di London, semuanya menarik belaka. Saya pernah menjadi juruhebah sambilan di Malay Service BBC, Jurujual di Department Store terkemuka Selfridges di Oxford Street, London dan akhirnya sebagai pelakun  film tambahan (extra) dalam film James Bond “You Only Live Twice” yang dibintangi oleh Sean Connery dan di arahkan oleh Lewis Gilbert.  Sebahagian film itu  dibuat di Pinewood Studio,  di Buckinghamshire, diluar London. Kami penuntut Malayisa melihat satu iklan di Malaysia Hall menjemput orang Asia menjadi pelakun extra dalam film James Bond. Sebabnya ialah filem itu menceritakan James Bond bergerak di Negeri Jepun dan melibatkan tentera Jepun!  Dan kami akan berlakun sebagai tentera Jepun. Ramai pelajar Malaysia dan Hong Kong “ponteng”Kolej untuk mengambil peluang keemasan ini. Termasuklah saya sendiri. Gajinya sungguh lumayan iaitu lebih kurang 10 paun GB sehari! (Untuk perbandingan wang biasiswa ialah 40 puan sebulan). Malahan seorang peguam Malaysia terkenal yang sedang bercuti di London pada masa itu pun tidak melepaskan peluang ini. Jadi pagi pagi lagi dalam pukul 5 saya akan naik tube pergi ke Pinewood Studio, satu perjalanan mengambil masa lebih satu jam.. Sarapan percuma disediakan pula. Sesampai sahaja di kawasan studio kami (rasanya kebih kurang 200 orang) akan berbaris mengambil uniform tentera Jepun berwarna kuning dan tukar pakaian. Sebenarnya waktu shooting hanya 30 minit hingga satu jam sahaja sehari. Kami ditugaskan berlakun menjaga  kawsan dimana sebuah roket akan dilancarkan.Semasa menunggu itu kami duduk dalam sebuah khemah. Kalau hendak membaca buku pun boleh. Tetapi kebanyakan “pelakun” Cina saya lihat main pakau seharian!. Makan tengah hari dan minum the pun disediakan dengan percuma. Lebih kurang pukul 5 petang kami berbaris memulangkan uniform tentera Jepun itu dan menerima gaji!

Ada dua perkara yang menarik berlaku. Pertama Kesatuan Sekerja Actors, “Equity” rasanya nama Kesatuan itu, membantah tindakan  Producer film itu menggunakan actors yang bukan ahli Kesatuan. Ini dikenali sebagai “Closed Shop” policy. Mereka akan melancarkan mogok kalau Producer itu meneruskan menggunakan kami dalam  pembuatan film itu. Setelah dirunding dipersetujui supaya kami mestilah menjadi ahli Kesatuan Sekerja itu dengan membayar yuran keahlian, ini lebih kurang satu paun sehari. Kami tidak bersetuju sebab ini akan mengurangkan “take home pay” kami. Producer akhirnya menaikkan gaji kami untuk membayar yuran Kesatuan dan kami mendapat sedikit penambahan gaji! Baguslah, ini yang dalam terminologi  Industrial Law  dikenali sebagai “win-win situation” yang dihasilkan melalui perundingan!  Sebagai President Mahkamah Perusahan pengelaman terlibat sendiri dalam pertelinggan perindustrian dianata Majikan dan Kesatuan Pekerja menfaatkan dan senang saya mehami isu ini.

Perkara yang menarik yang lagi satu saya perhatikan ialah ada beberapa pelakun extra dari Hong Kong menipu majikan! Mereka ambil unform pagi pagi dengan kami dan lepas itu meninggalkan studo dan balik ke Kolej atau ketempat kerja biasa mereka. Mereka kumudian akan datang balik untuk menyerahkan uniform dan mengambil gaji mereka! Hairan juga bahawa sisitem keselamatan majikan tidak dapat mengesan penipuan ini.

Rasanya saya ponteng Kolej dua minggu. Bila balik ke Kolej semula saya terpaksa berhempas pulas mempelajari topik topik pengajian saya yang saya miss. Tetapi rasanya agak brrbaloi sebab upah berlakun ini sangat tinggi. Selain dari pengelaman itu amat seronok termasuk melihat Sean Connery dari jarak kekat. Sepatutnya saya meneruskan kerjaya sampingan sebagai pelakun film tambahan bila balik ke Malaysia. Tetapi isteri tidak akan benarkan agaknya!

 
Apabila film itu ditunjukkan untuk tuntunan orang ramai di West End, isteri saya dan saya adalah dianatara merekayang mula mula pergi menuntunnya. Saya hendak sangat melihat muka saya dalam film itu! Begitu juga isteri saya. Alangkah kecewanya kami. Kami tidak boleh pun mengenali yang mana muka saya dalam ramai ramai askar askar Jepun  itu. Rupa kami serupa sahaja!                                                         

Budaya pelajar pelajar Universiti membuat kerja sambilan ini agaknya tidak begitu diterima di Malaysia. Tidak seperti di United Kingdom. Saya berpendapat budaya ini baik untuk dipraktikkan di Malaysia. Pengelaman berkerja dalam apa pekerjaan pun itu penting.  Pendapatan tambahan itu pula boleh dimenfaatkan untuk melancung misalnya atau membeli alat alat pembelajaran atau hobby yang berguna. Budaya mengharapkan semuanya mesti disediakan oleh Kerajaan atau ibubapa adalah tidak sihat. Itulah sebabnya kita terpaksa bergantung sangat kepada pekerja asing. Remaja kita lebih suka lepak dan merempit. Sayang!

Monday, December 2, 2013

HIDUP SEBAGAI PENUNTUT DAN SUAMI - LONDON 1966


HIDUP SEBAGAI PENUNTUT DAN SUAMI – LONDON 1966

Setelah puas berlagak sebagai pelancung dalam dua minggu pertama sejak ketibaan H di London musim mulai bertukar dari musim autumn ke musim winter. Suhu mulai menurun. Kesejukan mulai dirasa. Kami mebuat sedikit shopping untuk keperluan musim sejuk. Teringat satu kelucuan! Selain dari pakaian panas seperti sweater, over coat dan pants kami juga membeli  beberapa pasang stockings nylon untuk H. Balk dari kerja hari pertama H berkerja dengan memakai stocking baharunya H mengadu bahawa stockingnya sentiasa menurun dan kena ditarik naik dari masa kemasa! Payah saya memikirkan bagaimana hendak mengelakkan ini berlaku. Stocking lelaki tidak macam ini! Keesokan harinya H memberitahu dia  telah bertseorang kawanya dipejabat dan diberitahu kena pakai alat untuk menyangkutkan stocking itu! Macam suspender. Manalah saya tahu!

Bila musim Winter tiba H melihat salji pertama kalinya. Bila kami bersiar siar ke public park pada hujung minggu kami melihat kanak kanak membuat snowmen dan berperang melontar snowballs. Inilah kelebihan negara negara sejuk, iaitu adanya pertukaran musim dari autumn ke winter dari winter ke spring dan dari spring ke summer, dengan tiap tiap musim mempunyai sifat sifatnya yang tertentu. Autumn dengan keluruhan daun pokok pokok kayu. Agaknya itu juga sebabnya musim autumn juga dikenali sebagai musim Fall. Cuacanya tidak begitu panas dan tidak begitu sejuk. Winter biasanya didatangi salji. Ini mendatangkan masaalah juga kadang kadang dengan jalan raya diselimuti oleh salji tebal yang menyulitkan pergerakan pengangkutan dan keperluan menggunakan heater dirumah. Pada masa itu masih banyak bangunan dan rumah di London yang tidak ada central heating dan memerlukan heater yang menggunakan kuasa letrik atau arang batu atau minyak tanah (yang paling murah, tetapi mempunyai resiko kebakaran). Kami menggunakan heater jenis ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Musim spring nanti akan membawa keindahan dengan berkembangnya segala macam bunga. Musim panas pula membawa suasana gembira, masa pergi bercuti dan untuk aktiviti outdoor.

H suka dengan kerjanya. Dia mudah menyeuaikan dirinya dengan pegawai pegawai pejabatnya mau pun dengan kakitangan yang sama sama berkerja dengannya. Walaupun kebanyakan pegawai pegawai Jabatan Penuntut Penuntut Malaysia di London adalah pegawai Malaysia ada juga pegawai Inggeris. Kakitangan sokongan lebih ramai lagi dari kalangan rakyat British temapatan yang juga ada dari rakyat bangsa lain seperti West Indian Negeria dan seorang dari Jerman. H tidak ada masaalah bergaul dengan mereka. Saya hairan juga dalam sedikit masa sahaja H boleh memahami sebutan bahasa Inggeris seperti yang disebutkan oleh orang orang tempatan. Ini meluaskan pengelamannya dan sesuatu yang bermenfaat.

Balik dari berkerja sama ada dengan bas atau tube, H akan  singgah di kedai berdekatan rumah kami untuk membeli  barang barang untuk dimasak biasannya ayam atau daging lembu, ikan, sayur dan buah buahan. H cepat memahami berat barang barang dalam kiraan metrik dan matawang Inggeris. Kalau dia hendak membeli setengah kilo sayur dia akn ambil hampir betul betul setengah kilo. Ini menyebabkan pekedai itu memberitahunya kalau dia perlukan kerja dia boleh berkerja dikedai itu!

H akan menyediakan makanan malam biasanya nasi, sejenis lauk ikan atau daging dan sejenis sayur. Makanan rengkas untuk menjimatkan masa dan perbelanjaan. Tetapi tentu lebih sedap lagi dari masakan saya dahulu  dan jauh lebih sedap dari makan di luar walaupun di Malaysia Hall sendiri. Lepas makan saya berehat sebentar dan kemudian mentelaah pelajaran, membaca dan menyediakn assignment. H akan membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan dan menggosok kain. Dari pandangan saya sungguh senang hidup saya sekarang. H juga senang dengan cara hidup baharunya ini ( agak sayalah!)

Tahun pengajian 1966/67 adalah tahun akhir pengajian universiti saya. Peperiksaan tahun ini bersama dengan peperiksaan tahun kedua akan dikira untuk ijazah LL.B. Dengan keputusan tahun kedua yang memuaskan saya mengharapkan keputusan yang lebih baik tahun ini (dengan adanya isteri bersama) dan akan dapat ijazah dengan kepujian. Tahun ini saya mempelajari empat mata pelajaran melalui satu syarahan dan satu tutorial tiap tiap minggu. Syarahan tidak wajib dihadiri tetapi tutorial wajib. Selain dari itu assignment berupa satu essay panjang diatas topik topik tertentu kena disediakan dan akan dibincangkan semasa tutorial. Pada keseluruhanya saya dapati belajar disini tidaklah susah sangat. Dalam seminggu hanya ada empat lecture sejam tiap tiap satu dan emapt tutorial juga sejam tiap tiap satu dan menyiapkan assignment.  Saya pernah berbincang dengan kawan kawan yang belajar di universiti tempatan dan dapati mereka belajar terlalu banyak mata pelajaran dan terpaksa berada di universiti sampai malam untuk menghadiri lecture dan tutorial. Saya tak pernah berada di universiti melebihi pukul 6 petang dengan banyak masa lapang dianatara lecture dan tutorial untuk membaca di liabrari.

Friday, November 29, 2013

KEDATANGAN H KE LONDON


KEDATANGAN H KE LONDON

 

Mula mulanya kapal terbang sewa khas yang akan membawa H dan penumpang penumpang lain dari KL ke London dijadualkan akan mendarat di Stansted Airport. Bila saya tiba di Stansted, ada pemberitahuan bahawa kapal terbang itu akan turun di Gatwick pula keesokaan harinya. Cemas dan hampa hati rasanya. Rasa tak tahan menunggu dua puluh empat jam lagi.  Selalunya saya jarang menuntun film dipawagam, tetapi  pada malam itu saya menuntun film di pawagam  dan saya masih ingat lagi jodol film itu iaitu, “The Russians are Coming”!  Apabila H sampai keesokan harinya saya diberitahu bahawa kapal terbang itu mengalami kerosakan enjin dan terpaksa mendarat dan bermalam di Athens sementara enjin itu diperbaiki.

Dengan kedatangan H ke London untuk menemani saya hidup kami menjalani perubahan yang sangat besar. Selamat tinggal hidup berseorangan sebagai seorang bujang! Bermulalah hidup baharu.

Dari Gatwick kami menaiki tren ke London. H begitu gembira melihat kotaraya London yang dahulunya dia ketahui melalui surat surat saya sahaja. Selain dari gembira berada disamaping saya! Saya pun begitu. Terubat rasa rindu berpisah hampir hampir dua tahun. London belum begitu sejuk lagi pada masa itu.  Masa itu penghujung Musim Panas dan akan masuk ke musim autumn tidak lama lagi. Masih banyak masa untuk bersiar siar sebelum saya memulakan tahun pengajian baharu yang akan bermula dalam bulan Oktober 1963.

 Nasiblah H tidak terperanjat dengan bedsitter kecil  kami yang akan menjadi tempat tinggal kami sehingga tamat pengajian saya. Yang pentingnya ada tempat tidur,  ada dapur kecil dan ada meja tempat makan dan tempat saya membaca dan menulis. Bilik air dan bilik mandi diluar, berkongsi dengan penyewa lain yang tinggal sama di tingkat itu.  Tidak ada central heating. Kami  terpaksa gunakan heater yang menggunakan minyak tanah. Tetapi bedsitter itu mencukupilah untuk keperluan kami. Tempat itu pun dekat dengan stesen bas dan stesen keretapi bawah tanah. Berkekatan juga dengan kedai. High Gate pada keselurannya adalah sebuah pecan kecil yang cantik. Di High Gate Village yang berhampiran, ramai orang orang kenamaan tinggal termasuk seorang pemusik terkenal bernama Yahudi Manuhen pada masa itu Conductor London Symphony Orchestra. Di High Gate juga ada Tanah Perkuburan yang terkenal dan di situlah terletaknya kubur Karl Marx. High Gate Woods juga terkenal sebagai sebuah public park. Dan ada banyak lagi park yang lain.

Perkara pertama yang saya mula ajar H ialah memasak! Saya sudah mempunyai dua tahun pengelaman memasak di London.  Pelajaran  pertama, di London tidak ada santan kelapa untuk memasak kari dan gulai lemak. Tetapi ini boleh digantikan  dengan susu cair. Yang lain serupa sahaja. H ada membawa lesung batu. Bolehlah menumbuk cili untuk menbuat sambal belacan! H belajar nama ikan yang boleh didapati dikedai ditempat kami. Ikan yang biasa kami beli ialah ikan halibut dan herring. Daging dan ayam halal tidak boleh di dapati di London pada masa itu. Kami menganggap kami berada dalam darurat oleh itu  makanlah ayam dan daging bukan halal yang terdapat pada masa itu. (Bila anak kami belajar di United Kingdom dalam tahun lapan puluhan alhamdulillah daging dan ayam halal mudah didapati). Sayur sayuran tidak banyak bezanya dengan sayur sayuran di Malaysia. Terung pun boleh didapati. Kita panggil terung “brinjal” dalam bahasa Inggeris di Malaysia. Disini mereka panggil “eggplant” atau dengan nama Perancisnya, “aubergine”. (ada beberapa perkataan Inggeris yang lain  yang kita gunakan di Malaysia tetapi tidak digunakan di England. Misalnya mereka tidak tahu “latrine”, Mereka hanya tahu “toilet”). Tetapi tidak berapa lama sahaja H sudah pandai memasak masakan Melayu di London, termasuk membuat satay pada musim Raya. Boleh masak pajri (nenas, terung atau “cooking apples”) iaitu masakan kegemaran  Satu lagi kegemaran saya ialah masakan kerabu daging, iaitu masakan Perak yang saya tidak pernah rasa sebelum itu.  Senang dan selesa hidup saya dapat makan makanan Melayu di London. Senang saya belajar.

Dua atau tiga minggu pertama sejak kedatangan H kami melancung sepuas puasnya  ke tempat tempat masyhur di London. Yang saya ingat sekali ialah lawatan kami ke Kew Gardens dengan menaiki tourist boat dari London. Satu trip yang begitu indah menggunakan Sunagi  Thames. Saya sangat suka boat trip dan tiap tiap kali kami bercuti sekarang ini mesti ada boat trip. Kemuncak boat trips kami ialah Cruise mengelilingi Baltic Sea dari Copenhagen ke St Petersburge Russia dan balik sepuluh tahun yang lalu. Kami juga melawat Buckingham Palace, Westminster Parliament, St Paul’s Cathederal, Tagalfar Square, London Bridge, Tower Bridge dan lain lain tempat bersejarah yang masyhur.

H juga belajar menggunakan bas dan tren London Transport. Sebenarnya pengangkutan sangat mudah dan teratur di London.  Kita boleh pergi kemana mana  tempat menggunakan public transport. Dengan peta public transport yang sangat jelas H boleh pergi dan balik ketempat kerja dengan keretapi bawah tanah yang di panggil “tube”. Untuk pergi kerja di Malaysian Students Department di Bryanston Square dia naik tren dari High Gate ke Oxford Circus dan tukar tren ke Marble Arch. Sungguh senang.  Tambang pada masa itu agak murah.

Kami juga kena membuat bajet kewangan. Saya mendapat elaun sebanyak lebih kurang GBP (Pound Great Britain) 40 sebulan. Masa itu satu paun lebih kurang RM8.40 kalau tak salah. H dapat gaji lebih kuarang GBP 10 seminggu. Dengan pendapatan ini kami bolehlah hidup secara sederhana di London. H juga dapat Luncheon Voucher dari majikannya yang boleh digunakan untuk membayar makan tengah hari.Kadang kadang saya menggunakannya! Ini juga boleh digunakan untuk membayar barang barang makanan dll di supermarket.. Di London ada Malaysia Hall iaitu hostel untuk pelajar pelajar Malaysia. Makanan di kantin Malaysia Hall sangat murah. Sewa bedsitter kami sekitar 3 paun seminggu. Air percuma tetapi air panas untuk mandi kena bayar dengan memasukkan duit shilling kedalam meter yang disediakan. Tetapi disana tidak payah mandi 2 kali sehari seperti disini. Kalau musim sejuk sekali seminggu pun mencukupi.

Saya berasa tenang dengan adanya isteri saya bersama sama saya di London. Saya boleh menumpukan masa untuk belajar. Tidak perlu lagi menguruskan tugas tugas domestic seperti memasak membasuh pinggan (yang saya tidak suka sekali) mengemas rumah dan lain lain. Untuk mencuci pakaian kami pergi ke self service laundret yang banyak terdapat dimana mana. Inilah pengorbanan H untuk saya yang saya sangat terhutang budi kepadanya sampai bila bila. Dia berkerja dan disamping itu juga menjaga keperluan saya. Tahun itu saya dalam tahun ketiga dan tahun akhir pengajian saya. Dengan ketenangan fikiran dan sokongan isteri saya tidak ada masaalah untuk mendapat ijazah bachelor undang undang dengan kepujian. Kawan  Sekolah saya ASN hanya mendapat general degree sahaja! Mungkin sebab dia belum berkahwin lagi pada masa itu. Ha ha ha!

Sunday, November 24, 2013

ISTERI AKAN DATANG KE LONDON!


ISTERI AKAN DATANG KE LONDON!

Saya tidak berapa ingat bagaimana tercetusnya rancangan untuk membawa isteri saya menyertai saya di London sehingga saya tamat pengajaian.

Mungkin faktor faktor berikut mempengaruhi kami membuat keputusan itu. Kami sudah pun menikah. Adalah lebih sesuai untuk suami isteri tinggal bersama. Memang ada adat Melayu pasangan yang hanya nikah gantung tidak tinggal bersama. Diantara adat dengan agama kami memilih untuk mematuhi kehendak agama. Saya perhatikan ada agak ramai juga pelajar yang sudah berumah tangga mengikuti kursus pengajian tinggi. Para isteri mereka senang sahaja mendapat pekerjaan di London. Dengan adanya isteri saya bersama sama dengan saya di London ini sudah tentu menyenangkan saya. Dia boleh membantu saya dengan kerja rumah seperti memasak berkemas rumah dan lain lain. Saya akan mempunyai lebih banyak lagi masa untuk belajar.

Di pihak isteri pula ada juga faktor positif. Selepas tamat pengajiannya di Maktab Perguruan Bahasa dia ditempatkan sebagai guru di Pengkalan Baharu. Ini bukannya Pengkalan Baharu kampongnya tetapi Pangkalan Baharu, Beruas. Tempat itu jauh dari rumahnya. Dan tempat itu sangat primitif. Dia terpaksa menumpang di rumah orang  sebab tidak ada rumah guru bagi guru sekolah menengah. Malahan tidak ada sekolah menengah lagi di kawasan itu. Kelas menengah yang isteri ditempatkan itu pun menumpang di sekolah rendah Cina. Mula mulanya dia menumpang di quarters sekolah Melayu berdekatan dan membawa opahnya tinggal bersama samanya. Timbul satu masaalah. Guru Besar sekolah Melayu itu mencuba nasibnya dengan H dengan mengajaknya keluar malam dengannya! H dengan segera meninggalkan quartes itu. Dia kemudiannya menumpang di rumah lain di kampong itu. Timbul pula masaalah lain. Rumah tumpangan itu agak dhaif dengan perigi mandi dan tandasnya jauh dari rumah. Nyamuk pun banyak! Ini menybabkan H mengidap penyakit Malaria. Dia bernasib baik kerana seorang jururawat yang ada quarters Kerajaan berhampiran menerimanya berkongsi bilik dengannya di quarters tersebut. Bukan itu sahaja jururawat tersebut telah memberi H rawatan untuk pulih dari penyakit malaria. Jururawat baik hati S hingga sekarang adalah sahabat karib H. H juga memberitahu bahawa doctor yang merawatnya menesehatkannya berpindah kekawasan yang tidak ada nyamuk malaria kerana penyakit malarianya agak serius.

Jadi kami sepakat supaya H datang ke London menemani saya sehingga saya tamat belajar. Pada masa itu saya dalam tahun dua pengajian saya. Tetapi timbul pula beberapa masaalah. Bapa mertua  tidak membenarkan dengan alasan masyarakat tidak mengetahui bahawa kami sudah menikah dan kalau kami balik nanti dengan membawa cahaya mata tentulah orang menyangka kanak kanak itu kanak kanak luar nikah! Ada juga benarnya. Nasiblah ibu mertua sangat bersimpati dengan kami dan dia menyokong rancangan kami dengan syarat kami tidak balik nanti dengan membawa cahaya mata. Mungkin dia tidak tahu adanya perancang keluarga! Akhirnya bapa mertua beralah dan merestui rancangan kami.

Apabila sampai masanya untuk H memohon kebenaran dari Kementerian Pelajaran untuk menggantung perjanjian untuk membolehkan dia berhenti mengajar sementara dan pergi menemani saya di London dia kena membuktikan bahawa dia sudah berkahwin. Tetapi sijil nikah kami akan menunjukkan kami menikah semasa H masih lagi dalam Maktab. Ini adalah melanggar syarat perjanjian! Ada satu jalan keluar. H mestilah mendapatkan sijil nikah yang bertarikh selepas dia tamat pengajian Maktab. Ini boleh diatur dengan sogokan diberi kepada seorang kadi untuk mengeluarkan sijil palsu.

Ada lagi masaalah. Saya tidak mempunyai wang untuk membayar harga tikit kapalterbang untuk penerbangan KL ke London walau pun pada masa itu sudah ada Chartered Flight yang diusahakan orang orang persaorangan di London dan harga tikitnya yang jauh lebih murah dari tikit penerbangan biasa. Nasiblah seorang kawan saya yang sama sama menuntut dengan saya dan pernah berkongsi Flat dengan saya setuju meminjamkan saya wang untuk membeli tikit tersebut, dengan syarat yang paling mudah iaitu pinjaman itu dibayar balik “payble when able”. Kawan saya itu berbangsa Cina berasal dari Penang dan datang dari keluarga kaya. Saya sangat terhutang budi kepadanya. Saya begitu sedih sahabat baik saya itu sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas.

Saya juga mendapat  banyak pertolongan daripada Timbalan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di London, Tuan ASY. Dia menulis surat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong kuat permohonan H untuk berhenti mengajar buat sementara dan datang ke London menemani saya. Beliau mengatakan ini adalah untuk kebaikan saya dan menjamin saya berjaya dalam pengajian saya. Saya sangat bersetuju dengannya! Permohonan itu diluluskan. Bukan itu sahaja. Beliau seterusnya menawarkan H pekerjaan sebagai kerani di Jabatan Penuntut Malaysia di London. Apa lagi yang saya hendak?

Akhirnya tinggal hanya satu masaalah sahaja lagi. Pada masa itu saya berkongsi menyewa sebuah flat dengan tiga orang lagi penuntut Malaysia. Sekarang saya terpaksa mencari tempat tinggal sendiri untuk saya dan isteri. Untuk mendapat “bedsitter” berdekatan dengan Central London memanglah susah dan sangat mahal.  (Bedsitter ialah satu bilik yang mengandungi katil yang boleh dilipat menjadi sofa jika perlu dan mempunya dapur dan meja untuk menulis). Lagi pun tuanpunya temapt kediaman tidak berapa suka menyewakan kepada penuntut asing terutama kepada yang sudah beristeri. Apatah lagi kalau bakal penyewa itu dudah mepunyai anak. Setelah mencari dibeberapa tempat saya berjaya mendapat sebuah bedsitter di High Gate di Utara London dengan kadar penyewaan yang saya mampu.

Sekarang hanya menunggu kedatangan H ke London. Tidak sabar sabar lagi!

Friday, November 22, 2013

BERLEPAS KE LONDON


BERLEPAS KE LONDON

Sedikit demi sedikit masa untuk saya bertolak ke London hampir tiba. Saya mula merasa tertekan. Saya mula merasa ragu ragu. Apakah saya boleh menanggung perpisahan yang begitu lama. Tidakkah ini akan menjejaskan pengajian saya. Saya menjadi murung dibuatnya. Rasa rasa hendak saya batalkan sahaja rancangan belajar ke London dan belajar di tanah air sahaja. Akhirnya dengan sokongan kuat dari keluarga kami dan  dalam keadaan murung dan sedih yang amat sangat itu saya teruskan juga rancangan asal untuk  pergi ke London dan meninggalkan H ditanah air. Kami bertawakkal sahaja kepada Allah swt. Dia maha mengetahui segala galanya. Dan Dia tidak akan mengabaikan hamba hambaNya yang memohon pertolonganNya. Saya dengan beberpa orang kawan lain (termasuk ASN dari STAR) bertolak pada waktu malam dalam bulan September 1964 dari lapangan terbang Sungai Besi menuju ke Singapura. Dari Singapura kami akan meneruskan perjalanan ke London dengan pesawat Qantas keesukan harinya.

Ketibaan kami dilapangan terbang Changi, Singapura disambut oleh beberapa orang yang kami tidak kenal. Kami dibawa dari lapangan terbang menuju ke hotel dengan diiring oleh kereta Polis. Kami mendapat tahu selepasnya bahawa ada rusuhan yang agak serious berlaku di Singapura. Saya tidak berapa ingat apakah isu yang menyebabkan rusuhan itu. Hanya saya berharap rusuhan itu tidak seserius dengan rusuhan Natrah yang berlaku dalam tahun lima puluhan dahulu.

Kami dibawa menginap di Raffles Hotel, hotel paling terkemuka di Singapura pada masa itu. Disebabkan rusuhan yang berlaku kami tidak dibenarkan keluar dari hotel malam itu. Makan malam disediakan di Hotel. Kami pun turunlah ke dewan makan dan mengambil tempat dimeja yang disediakan. Kami dihidangkan dengan makan Barat yang kami belum pernah lihat dan rasa sebelum ini. Kami juga teragak agak hendak menggunakan  garfu, sudu dan lain lain perkakas yang ada diadats meja makan itu.  Kami cuba juga menjamah makanan yang terhidang itu sedikit sedikit. Tidak berselera hendak memakannya.  Lagi pun kami tidak tahu sama ada makanan itu halal atau tidak. Melihat gelagat kami pelayan tua berbangsa Cina agaknya kesihan melihat keadaan kami dan datang kemeja kami bertanyakan sama ada kami mahu makan nasi  dan kari. Cepat cepat kami mengguk bersetuju. Walau pun  makanan gantian tidaklah sesedap mana rasanya boleh jugalah kami makan sedikit supaya tidak lapar sangat malam itu! Alangkah baiknya kalau sebelum ini diberi sedikit pendedahan berkenaan makan Barat dan etiket dan cara menggunakan alat alat dimeja makan. Terlintas juga dalam hati saya di London nanti bagaimana pula kedudukannnya dengan makanan.

Pagi besuknya kami berlepas dari Singapura menuju ke London menaiki pesawat Boeing 707 dengan singgah di Colombo dan Tehran. Walau pun ini adalah pertama kalinya saya naik kapalterbang saya tidak ada masaalah. Layanan anak kapalnya pun baik. Saya tidak putus putus meminta poskad dan kertastulis memnulis surat kepada isteri yang tinggal ditanah air dan kepada Kakak. Agaknya pihak yang menguruskan perjalanan kami telah membuat urusan dengan syarikat penerbangan itu supaya kami dihidangkan dengan makanan halal. Jadi makanan kali ini tidak menjadi masaalah lagi. Pada keseluluranya perjalanan dengan kapal terbang itu merupakan satu pengelaman baharu yang agak menyeronokkan. Saya teringat cerita isteri saya bahawa dia dan kawan kawannya dari Negeri Perak masa pertama kali pergi ke sekolah menengah di Melaka mereka naik kapal terbang dari Ipoh ke Melaka. Masa itu dia baharu berumur 12 tahun. Saya hanya berumur 21 tahun baharu merasa naik kapal terbang!

Apabila kami transit di Colombo saya dapati lapangan terbangnya tidaklah semoden lapangan terbang Sungai Besi. Saya teringat dari kapal terbang ke bangunan terminal ada lopak lopak air dan becak. Kami terpaksa berjalan diatas keping kepingan papan supaya kasut kami tidak kotor.

Kami juga transit di Tehran ibu Negara Iran. Baharulah saya tahu bagaimana panasnya cuaca di negara negara Timur Tengah dimusim panas walau pun pada masa itu sudah bulan September. Saya tidak pernah merasa cuaca sepanas. Itu sahajalah yang saya ingat berkenaan Tehran sekarang.

Rasanya selepas perjalanan selama 18 jam kami pun mendarat di Lapangan Terbang Heathrow  London.

LEPAS SEKOLAH NIKAH


LEPAS SEKOLAH

Alangkah gembiranya apabila habis belajar di Tingkatan Enam. Bebas seketika dari belajar! Boleh berkerja. Boleh berjumpa H selalu! Tentu segala galanya manis.

Sebelum meninggalkan Sekolah lagi saya telah mendapat berita dari King’s College University of London bahawa saya  telah diterima masuk ke College itu tertakluk kepada saya mendapat 2 kelulusan Principal  gred B dlam pepereksaan HSC. Saya juga telah  beebrapa  pekerjaan sementara kerana saya hanya perlu berangkat ke England dalam bulan September 1964. Tawaran pekerjaan yang pertama saya t erima ialah sebagai guru sementara di Methodist English School Tanjong Malim, tidak jauh dari Hulu Yam kampong saya. Saya terus menerima tawaran itu. Tempat itu  tidak terlalu jauh untuk saya mengulangi H di KL selalu selalu. Saya kemudian menerima tawaran yang sama dari Sekolah Menengah Melayu, Kuala Kubu Bharu dan sebagai Juruhebah di Radio Malaysia. Tetapi saya teruskan sahaja dengan pekerjaan sebagai guru sementara di Tanjong Malim. Saya percaya H  tentu lapang dadanya dengan keputusan saya itu. Maalum sahajalah peluang mengenali juruhebah wanita di Radio Malaysia tentu sahaja banyak dan mencabar!

Dalam bulan March tahun 1963 keputusan peperiksaan HSC dihebabhkan dalam akhbar. Alhamdulillah saya lulus dengan mendapat Sijil Penuh dan mendapat  satu gred A dua gred B dan satu gred D. Yang pentingnya saya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh King’s College. Saya masa di Sekolah lagi sangat berminat untuk belajar Undang Undang. Sekolah pernah menjemput seorang peguam memberi syarahan berkenaan profesyen Undang Undang. Syarahannya itu menarik minat saya. (saya masih ingat namanya iaitu Mr Sharma. Dia kemudian menjadi seorang Hakim Mahkamah Tinggi) Diatas daya usaha saya sendiri saya beberapa kali menghadiri perbicaraan di Mahkamah Magistrate Ipoh. Saya terpikat dengan cara seorang peguam yang terkenal pada masa itu Mr D.R. Senivasagam membela anak guamnya. Oleh sebab tawaran biasiswa Kerajaan membenarkan saya mengikuti mana mana kursus ijazah pertama yang melayakkan saya memasuki MCS saya memilih untuk melanjutkan pengajian Undang Undang dengan harapan mendapat ijazah kepujian Bachelor of Laws (Ll.B Hons). Kerajaan tiada bantahan.

Sebagai seorang guru sementara tidak terlatih saya dapati agak susah untuk mengajar budak budak dari Tingkatan Satu hinggan ke Tingkatan Tiga. Ramai yang nakal. Ini membuatkan saya  tidak sabar menunggu hari Sabtu apabila saya boleh pergi ke KL untuk berjumpa H. Itulah yang berlaku untuk beberapa bulan.

Setelah beberapa bulan kemudian kami memutuskan untuk menikah sebelum saya bertolak ke England. Ini adalah untuk menghalalkan pergaulan kami dan memperkuatkan lagi perhubungan kami mengenangkan kami akan berpisah sekurang kurangnya selama tiga tahun. Kami bernasib baik kerana salah seorang kawan H di Maktab ialah seorang pemimpin pelajar FH. Dia pun baik dengan saya. Dia selalu membenarkan saya bermalam di biliknya di Maktab apabila saya mungkin ketinggalan bas hendak balik ke Tangjong Malim. Bapa FH pula ialah seorang ustaz  sama sama mengajar dengan saya di MES Tanjong Malim. Dia juga seorang juru nikah bertauliah. Dengan persetujuan keluarga kami, kami pun dinikahkan pada satu malam dirumah ustaz H di Slim River. Malam itu kami pun menjadi sepasang suami isteri yang sah dan  yang sedang mabuk dalam percintaan. Segala galanya nampak indah, walau pun tindakan kami menikah sebelum tamat pengajian itu jarang jarang dilakukan orang.  Kami percaya itu adalah langkah yang baik untuk kami dengan keadaan kami pada maa itu. Bagi H ini adalah satu kesalahan dibawah perjanjiannya dengan Kerajaan apabila menerima tawaran masuk Maktab.  Salah satu syarat masuk ke Maktab ialah bahawa pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum tamat pengajiannya.  Oleh sebab itu kami akan merahsiakan pernikahan kami.

Dengan pernikahan kami itu kami merasa senang untuk berjumpa dan berjalan jalan tanpa mersa bersalah disisi agama. H pun boleh mengikut saya kerumah Kakak pada cuti hujung minggu. Kami juga pernah pergi ke Melaka menziarahi seorang lagi kakak saya yang tinggal disana.

Inilah juga masa kami mengenali diantara satu dengan yang lain dengan lebih rapat lagi. Misalnya baharu saya tahu bahawa  H tidak boleh tahan lapar. Saya boleh lupakan makanan jika bersamanya. Dia tidak. Masa makan mesti makan! Dia pernah mengangis bila lambat makan. Saya geli hati pun ada!