KEMBALI KETANAH AIR
Setelah menghadiri upacara “Call to the Bar” di
Lincoln’s Inn dimana saya menerima Ijazah Barrister-At- Law kami pun membuat persedian untuk kembali ke
tanah air dengan perasaan sungguh gembira dan bersyukur. Ini adalah ijazah
profesyenal saya manakala ijazah Bachelor of Law yang saya dapati dari
Universitity of London adalah ijazah akademik sahaja. Ini adalah sekitar bulan
September 1968.
Kami sempat juga pergi melawat Italy sebelum balik ke
Malaysia. Kami melawat Bandar Venice yang masyur dengan sistem pengangkutan
menggunakan canals. Kami mengambil peluang menaiki gondola dan dihibur oleh
penyanyi. Venice mengingatkan saya karya William Shakespear, “Merchant of
Venice” yang dipelajari semasa di STAR.
Dua urusan penting yang saya perlu buat sebaik sampai
di tanah air ialah mendapatkan pekerjaan dan mengadakan majlis perkahwinan. Walau pun saya seorang pemegang biasiswa
Kerajaan Persekutuan dan pekerjaan adalah terjmain kes saya berlainanan sedikit
dari kes biasa. Saya sepatutnya memohon untuk memasuki Perkhidmatan Tadbir
Dalam dan Luar Negeri (PTD) tetapi saya lebih cenderong memasuki Perkhidmatan
Perundangan dan Keadilan. Saya berjumpa dengan Tun Mohd Salleh Abas yang pada
masa itu ialah Peguamcara Negara. Beliau sangat setuju saya memasuki Jabatan
Peguam Negara dan menesehatkan saya jangan pergi melapurkan diri kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam yang sudah tentu akan menempatkan saya di PTD. Tun Salleh berjanji
akan menguruskan supaya saya dilantik sebagai Pegawai Undang Undang dan
Keadilan dan ditempatkan di Jabatan Peguam Negara.
Urusan mengadakan majlis persandingan dan perkahwinan
juga diuruskan dengan seberapa segara. Kebanyakan saudara mara kami tidak
mengetahui bahawa kami sudah pun dinikahkan dan sudah pun tinggal bersama
selama dua tahun di London. Untuk
menjaga nama dan adat majlis itu perlu juga diadakan. Disebelah saya majlis itu
diadakan dirumah Kak Long Zahrah di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Bharu, Selangor
dan di sebelah Chah pula diadakan dirumahnya di Kampong Pengkalan Bharu,
Kampong Kepayang Perak. Kami sebenarnya tidak boleh dipanggil “pengantin baru”.
Alhamdulillah kedua dua majlis itu telah dijalankan dengan sempurnanya. Saya
gembira kerana beberapa orang rakan rakan saya dari STAR dapat menghadiri
majlis itu. Dengan itu rasmilah perkahwinan kami dari segi agama dan adat.
Betul seperti yang dijanjikan oleh Tun Salleh saya
menerima tawaran jawatan sebagai Pegawai Undang Undang dan Keadilan (Sementara)
dan ditempatkan di Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Pendakwa Raya di
Bahagian Jenayah. Tugas jawatan itu ialah menesihatkan Jabatan Polis setelah mereka merujukkan Kertas Siasatan terhadap
satu kesalahan sama ada mereka mempunyai kes untuk mendakwa orang yang disyakki
melakukan kesalahan. Dalam menjalankan tugas ini saya menerima beberapa kertas
siasatan terhadap pegawai pegawai tinggi Kerajaan dan orang kenamaan. Kesalahan
yang mereka lakukan tidaklah begitu sirius seperti kesalahan trafik dan jenayah
ringan. Bukti bukti yang dikemukakan oleh Polis biasanya mencukupi untuk
mendakwa mereka. Walau bagaimana pun apabila saya meminta nasihat Ketua Jabatan
saya, nasihatnya ialah N.F.A. (No further action atau Tidak Ada Tindakan
Seterusnya). Itulah sebenarnya berlaku dalam kehidupan ini.
Saya juga dikehendaki menjalankan pendakwaan kes
jenayah berat seperti kesalahan membunuh dan perah ugut. Saya akan diberi kes
kes yang lemah untuk didakwa. Rasionalnya ialah sebagai Timbalan Pendakwa Raya
muda kalau saya kalah tidak mengapa. Tetapi kalau kes itu didakwa oleh seorang
Timbalan Pendakwa Raya kanan dan dia kalah, dia akan berasa malu dikalangan
peguam peguam. Dalam satu kes saya diminta pendakwa seorang muda dengan
kesalahan membunuh. Bukti yang ada hanyalah kenyataan orang kena tuduh itu kepada
seorang bakal saksi yang sama sama kena
tahan (remand) di dalam lock-up semasa penyiasatan dijalankan bahawa dia memang
telah melakukan pembunuhan itu. Semuanya ini sudah dirakamkan di dalam kertas
siasatan dan saksi ini telah menandangani kenyataannya ini. Semasa perbicaraan dijalan saya pun panggillah
saksi ini. Dia pada masa itu menafikan segala segalanya. Dia bersumpah
mengatakan dia tidak kenal orang kena tuduh. Saya soal dia berkali kali
berkenaan pengakuan orang kena tuduh kepadanya bahawa dia telah membunuh
mangsa. Dia berkeras menafikannya. Hakim mula menyindir dan berkata, “Mr. Deputy, I think you are flogging
a dead horse!” (“Tuan Penolong Pendakwa, tuan memukul kuda yang sudah mati”).
Maksudnya saksi ini tidak akan memberi keterangan yang dikehendaki. Saya pun
memberitahu Hakim, “I have no further question My Lord”. Ini bermakna saya
tidak ada apa soalan lagi. Hakim pun membuat keputusannya dan memberitahu orang
kena tuduh bahawa mengikut undang undang jenayah, sesuatu kesalahan itu
mestilah dibuktikan dengan bukti yang kuat hingga keperengkat tiada lagi
keraguan yang menesabah (beyond reasonable doubt). Dalam kes ini katanya hanya
ada syak sahaja yang orang kena tuduh melakukan kesalahan membunuh dan tidak
ada bukti kukuh hingga keperingkat tiada keraguan yang menesabah. Oleh yang
demikian orang kena tuduh dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan itu. Begitulah
nasib Timbalan Pendakwa Raya muda!