KENANG KENANGAN BELAJAR DI LONDON
Apabila
keputusan peperiksaan akhir Bar diumumkan rasanya misi utama saya datang ke
London tamatlah sudah. Saya telah lulus peperiksaan tersebut dan tetakluk
kepada saya menghadiri upacara “Call to the Bar” saya layak diiktiraf sbeagai
“Utter Barrister” yang bermakna “complete” Barrister. Kita gunakan perkataan “utter”
dalam expression “utter rubbish”! Kelayakan
resmi saya ialah “Barrister-at-Law” of Lincoln’s Inn. Oleh kerana saya
juga adalah seorang siswazah yang mempunyai ijazah undang undang dari Universiti London,
maka kelayakan penuh saya ialah LL.B (Hons.) LOND, Barrister-at-Law, of
Lincoln’s Inn. Cukuplah itu berkenaan kelayakan saya yang amat sederhana
sebenarnya. Namun begitu saya sangat bersyukur kepada Allah swt. Yang hanya
dengan izinnya jua saya menerima kelayakan yang tidak sepertinya ini.
Kami
terus berada di London untuk membolehkan saya menghadiri upacara Call to the
Bar. Ini juga membolehkan kami berjalan jalan di United Kingdom dan benua
Eropahsebelum pulang ke Malaysia.Namun begitu kami tidak sempat melawat Ireland
dan banyak juga negara Eropah Timur seperti Hungary, Poland dan Cekoslavakia
dan lain lain. Entah bila pula kami boleh datang balik ke UK dan Eropah?
Alhamdulillah saya berpeluang setelah balik dan berkerja di Malysia datang
balik ke UK beberapa kali. Kami juga berpeluang melawat Eropah lagi setelah
berkerja.
Sebelum
mengakhiri cerita saya belajar di London ada beberapa pandangan dan kenangan
berkenaan England dan hal hal yang bersangkutan yang saya ingin rakamkan.
Dalam
tahun pertama dan kedua saya berada di London saya belajar bersungguh
mengenangkan belajar di Universiti adalah satu pengelaman baharu tambahan pula
kursus undang undang memang dianggap susah. Namun begitu saya sempat juga
mengambil bahagian agak aktif dalam International Society di Kolej dan persatuan
penuntut Malaysia di United Kingdom seperti Kesatuan Melayu United Kingdom,
Malayan Forum, Islamic Study Group dan Persatuan Penuntut Penuntut Undang
Undang di United Kingdom. Hanya apabila isteri saya telah datang ke London dan
juga sebab saya menghadapi peperiksaan akhir saya tidak lagi cergas dalam
persatuan persatuan.
Adalah
pandangan saya bahawa penuntut penuntut
Melayu yang belajar di England kebanyakannya datang dari keluarga
atasan. Mereka adalah anak orang kenamaan atau keluarga diraja atau pegawai
tinggi kerajaan atau orang kaya. Jarang jarang sekali saya berjumpa penuntut
yang semiskin saya, seorang anak yatim berasal dari kampong. Mungkin kawan
kawan saya dari STAR pun hampir hampir samalah keadaan mereka dengan saya. Kalaulah
tidak kerana biasiswa Kerajaan mungkin kami tidak boleh memimpikan dapat belajar di UK. Pelajar
pelajar bidang undang undang pula kebanyakannya terdiri dari pelajar pelajar
yang telah pun berkerja beberapa tahun sebelum mengambil keputusan melanjutkan
pelajaran. Ini sangat ketara apabila MARA memberi biasiswa dan pinjaman untuk mereka yang
mengambil kursus undang undang. Kerajaan seingat saya pada masa itu tidak
mengeluarkan biasiswa kepada penuntut penuntut yang baharu sahaja tamat sekolah
menengah tetapi memberi biasiswa hanya kepada pegawai pegawai dalam
perkhidmatan, iaitu juru bahasa. Ini Dari kalangan pelajar pelajar ini lahirnya
agak ramai peguam peguam Melayu sama ada dalam perkhidmatan Kerajaan atau dalam
profesyen undang undang.
Saya
juga perhatikan perasaan kenegerian di antara pelajar pelajar negeri Kelantan
sangat tebal. Mereka suka tinggal di kawasan tertentu ialah Vauxhall sehingga
tempat itu dikenali sebagai “kampong Kelantan”. Seorang yang senior dianatara
mereka arwah Dato Ariffin Daud dianggap Penghulu mereka. Mereka tolong menolong
diantara satu sama lain. Saya tidak melihat ini sebagai sesuatu yang negatif.
Malahan positif. Mereka tidaklah pula enggan berkawan dengan pelajar pelajar
dari negeri negeri lain. Saya sendiri mempunyai beberapa orang sahabat baik
dari kelangan pelajar pelajar dari Kelantan.
Keadaan ini hampir hampir sama semasa saya belajar di STAR, Ipoh dahulu.
Perhubungan dianatara budak budak Kelantan sangat akrab tetapi mereka juga
berkawan dengan budak budak dari negeri lain seperti saya.
Sedikit
kenang kenangan dan pandangan berkenaan UK dan penduduknya. Orang British
pada pandangan mata kasar nampaknya
sombong dan “individualistic”. Ada benarnya. Mereka tidak pedulikan sangat hal
orang lain. Mereka lebih suka “mind their own business” Dan mereka ingin orang
lain pun berbuat begitu juga. Oleh yang demikian mereka tidak peduli misalnya
pakaian orang yang menjuluk mata atau anak anak muda mereka bercumbu cumbuan di
khalayak ramai. Kita sebagai rakyak asing yang rasa tidak senang melihatnya.
Tetapi disebalik itu pula mereka hormat
kepada orang lain termasuk orang asing. Misalnya mereka akan mengucapkan “Good
Morning” walau pun kepada orang yang mereka tidak kenal dan kadang kadang
menambah, “Good weather today, is n’t?. Begitu juga mereka berbudi Bahasa.
Mereka mesti mengucapkan “thank you” atas perkara perkara bagaimana kecil
sekali pun. Misalnya bila kita bayar tambang bas kondakter akan kata, “thank
you, love”. Juga mereka akan menggunakan perkataan “please” bila meminta
sesuatu, misalnya, “fare please!”. Bilalah agaknya kita dapat mencapai taraf
budaya seperti tiu?
Walau
pun pada perengkat perseorangan orang orang Inggeris nampaknya tidak mesra dan
dianggap “cold” oleh orang orang asing, tetapi sebagai satu bangsa atau pada perengkat
masyarakat mereka sangat perihatin dan saya sangat tertarik hati dengan budaya
mereka yang suka menolong orang. Saya menerima banyak budi baik mereka.
Misalnya, dari masa diterima masuk belajar di UK lagi British Council di KL
menghubungi saya dan menesehatkan saya
berkenaan keadaan di England terutamanya kedudukan perumahan. Jika dikehendaki
mereka menguruskan perumahan dengan menempatkan pelajar pelajar asing di asrama
asrama mereka, atau asrama NGO lain. Saya tidak memerlukan khidmat ini oleh
sebab kolej saya King’s College mempunyai asrama asrama sendiri yang dikenali
dengan nama Hall of Residence. Saya ditempatkan di “Platane” sebuah Hall of
Residence di Denmark Hill, berhampiran dengan Greenwich Village, sebuah kawasan
agak ternama iaitu yang memberi nama kepada Greenwich Meridian (0 degree) dan
Greenwich Mean Time (GMT). Masa kami mula mula sampai di London Airport pegawai
pegawai British Council menunggu ketibaan kami dan membawa kami ke Malaysia
Hall. Ada yang dibawa ke British Council Hostel untuk tinggal disana untuk
beberapa malam sebelum mendapat tempat
kediaman tetap. Ada juga yang tinggal tetap disitu. British Council juga
menguruskan lawatan untuk pelajar pelajar asing di sekitar kota London dan kota
kota lain. Saya pernah mengikuti trip mereka ke Glasgow di Scotland melawat
loch loch yang masyhur seperti Loch Lomond dll. Mereka juga aturkan lawatan ke
panggung panggung ternama. Saya berpeluang menuntun “The Black and White
Minstrel Show” di Glasgow. Alangkah eloknya kalau kita ada NGO seperti British
Council ini?
Persatuan
seperti The Rotary Club juga memberi bantuan kepada pelajar pelajar. Saya
pernah dijemput mereka ke jamuan teh mereka yang diadakan di hotel lima bintang
dan memperkenalkan saya kepada ahli ahli Kelab itu. Mereka menjemput saya
memberi sedikit ucapan berkenaan diri saya dan Malaysia. Selain dari itu mereka menghadiahkan
beberapa tikit untuk menuntun pertujukkan pentas seperti “play” di panggung
panggung terkemuka di London. Tikit tikit ini mahal kalau dibeli sendiri.
Pernah juga mereka mengaturkan kami menjadi “week end guests” di rumah mereka.
Saya sangat hargai budi baik Mat Salleh ini.
Disebalik
itu pula ada juga budaya pemuda pemudi Inggeris yang tidak baik yang
berdasarkan prejudis mereka terhadap orang kulit hitam. Pada masa itu ada
kumpulan yang di kenali sebagai “skin heads” (kepala botak) yang bencikan orang
kulit hitam terutamanya orang Pakistan dan ada kalanya membelasah mereka. Ini
dikenali sebagai “pakibashing”. Nasiblah mereka tidak mengganggu pelajar
Malaysia setahu saya. Insiden insiden seperti ini malangnya masih berterusan
hingga sekarang.
Pada
keseluruhannya selain dari menerima pengajian tinggi yang bermutu di sebuah universiti
bertaraf tinggi, saya sangat menghargai masa saya tinggal di London selama 4
tahun itu. Saya melalui banyak pengelaman hidup masa tnggal di sana yang
mungkin tidak boleh didapati di lain lain tempat. London mempunyai begitu
banyak tempat yang menarik kepada segala jenis manusia. Dikatakan,”If you are
tired of London you are tired of life itself”. Ini membuatkan saya sentiasa
rindukan London dan kalau ada peluang ingin “balik”kesana beberapa kali lagi yang boleh! Saya boleh katakan, “I
left my heart in London”!
Namun
begitu hujan emas dinegeri orang hujan lembing dinegeri kita lebih baik lagi
negeri kita.
No comments:
Post a Comment