SAYA MENJADI PELAKUN FILM
EXTRA DALAM FILEM JAMES BOND “YOU ONLY LIVE TWICE’
Kebanyakan penunutut penuntut
tempatan di Universiti di UK membuat kerja sambilan dimasa lapang mereka untuk
menambah pendapatan, memandangkan elaun yang mereka terima tidak begitu tinggi
dan bergantung kepada keadaan kewangan keluarga mereka. Mereka melalui apa yang
dikenali sebagai “means test”. Ini
bermakna penuntut dari kelaurga miskin dapat elaun lebih dari penuntut dari
kelaurga kaya. Elaun ini diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Penuntut penuntut
asing pun dibenarkan berkerja sambilan. Saya dan kawan kawan dari Malaysia dan
negara negara lain pun mengikut budaya ini. Cafeteria di Kolej saya banyak
bergantung kepada penuntut penuntut berkerja sambialan untuk mendapatkan tenaga
kerja.
Pada cuti musim panas pertama
saya berkerja sebagai operator kilang di Brighton, sebuah pekan di Selatan
England yang juga sebuah pekan peranginan. Saya mempunyai agak ramai kawan
kawan yang datang dari STAR belajar disana. Salah seorang dari mereka ialah MY.
Dia mengikuti kursus jurutera letrik dibawah tajaan TNB. Saya dan ASN menumpang
di flatnya dan melaluinya juga kami dapat pekerjaan di kilang Metal Box di
sana. Syarikat ini juga ada kilang di Petaling Jaya. Seronok betul musim panas
itu. Saya berkerja sebagai operator memasukkan kepingan kepingan alluminium
kedalan mesin untuk membuat punutup “can” seperti hair sprayer. Entah berapa keping
saya masukkan sehari. Kerja ini memanglah membosakkan. Oleh itu saya pelajari
helah pekerja pekerja yang nakal. Bila sudah bosan sangat mereka masukkan kedalam
mesin yang memotong kepinangan alluminium yang dibengkokkan sedidikit! Ini akan
menyebabkan mesin itu berhenti sebentar dan seorang pekerja penyelenggara akan
datang untuk membetulkan mesin itu. Bolehlah berehat seketika dan bersembang
dengan pekerja pekerja lain. Kebanyakan
pekerja pekerja dikilang itu adalah wanita wanita seperuh umur. Mereka tidak
mempunyai pelajaan tinggi dan apa apa skill tertentu. Mereka bekerja untuk
menambah pendapatan keluarga atau yang tiada mempunya suami. Kesian
mengenangkan mereka terpaksa membuat kerja kerja bosan ini tiap tiap hari.
Sebagai pekerja sambilan kami hanya berkeja sebulan dua sahaja setahun. Tetapi
mereka sentiasa gembira dan suka berkenalaan dengan kami dan sentiasa bertanya
berkenaan keadaan di Malysia dan kagum bila kami ceritakan, “in Malaysia it is
summer all the year round”! Mereka ingin sangat kalau dapat tinggal di
Malaysia! Saya sendiri selalu ditanya apa pekerjaan saya nanti bila balik ke
Malaysia setelah tamat pengajian. Saya beritahu mungkin saya akan menjadi DPP
(deputy public prosecutor) (ini sebenarnya jawatan pertama saya!). Entah sebab
mereka kurang faham (DPP di England ialah Director of Public Prosecution,
hampir hampir sama dengan Peguam Negara) mereka kagum dan sangat hormat kepada
saya!
Dengan gaji yang saya terima
sebagai pekerja sambilan ini (yang agak lumayan juga) dan wang biasiswa saya
dan seorang lagi “budak” STAR, AMMN, melancung ke Eropah hampir sebulan menaiki
tren dengan tambang murah untut penuntut. Saya masa di Malaysia lagi suka
berjalan dan agaknya salah seorang dari bilangan yang kecil yang pernah
menggunakan youth hostel di Jalan Ipoh Kuala Lumpur, Port Dickson dan Melaka.
Dengan pengelaman ini kami tinggal di youth hostel di merata rata pekan kecil dan besar di
Perancis, Germany dan Italy. Di Bavaria kami singgah disebuah pekan kecil yang
ditunjukkan dalam peta ada youth hostel. Bila kami turun dari tren kami
dikurumuni oleh sekumpulan anak anak kecil dan mereka mengikuti kami dan cuba bersembang
denagn kami. Seolah olah mereka tidak
pernah melihat orang asing berkulit hitam! Tiada siapa yang tahu dimana youth
hostel itu. Setelah lama mencarinya dan bertanya kepada orang temapatan kami
dibawa disebuah sekolah kecil. Rupanya garej kereta sekolah itu dijadikan youth
hostel dalam musim panas semasa sekolah bercuti!
Saya juga pernah berkerja
sebagai posman dimasa cuti Krismas. Kerja ini berat juga. Kami dibawa dalam
sebuah bas khas yang sarat dengan surat, kad Krismas dan parcel mengandungi
hadiah Krismas. Kami akan turun ditempat tempat tertentu dan pikul satu guni
barang barang ini dan hantarkan barang barang itu dari rumah kerumah. Ada juga
sedikit masaalah. Penerima parcel parcel ini tidak ada dirumah. Saya cuba
serahkan kepada jirannya. Ada yang menjawab, “Why should I help him. He doesn’t
ever help me”! Ada juga manusia seperti ini. Yang saya tidak suka sekali ialah
menghantar ayam “turkey” yang sudah disembelih tetapi tidak dibungkus dengan
apa apa pun! Tag alamat penerimanya diikatkan pada kaki binatang itu. Biasanya
penghantar ayam ini adalah orang negara Ireland dan menghantar ayam ini untuk
saudara mereka di London untuk dimasak dan dihidangkan semasa Christmas Dinner.
Ada yang seberat 5 kg atau lebih. Bila balik kerumah selepas kerja berat ini saya kena minta H mengurut kaki saya. Tetapi
wang tambahan dari gaji postman sementara ini sangat berguna! Biasanya untuk
belanja percutian.
Ada tiga lagi jenis kerja
sambilan yang pernah saya buat semasa menuntut di London, semuanya menarik
belaka. Saya pernah menjadi juruhebah sambilan di Malay Service BBC, Jurujual
di Department Store terkemuka Selfridges di Oxford Street, London dan akhirnya
sebagai pelakun film tambahan (extra)
dalam film James Bond “You Only Live Twice” yang dibintangi oleh Sean Connery
dan di arahkan oleh Lewis Gilbert.
Sebahagian film itu dibuat di
Pinewood Studio, di Buckinghamshire, diluar
London. Kami penuntut Malayisa melihat satu iklan di Malaysia Hall menjemput orang
Asia menjadi pelakun extra dalam film James Bond. Sebabnya ialah filem itu
menceritakan James Bond bergerak di Negeri Jepun dan melibatkan tentera Jepun! Dan kami akan berlakun sebagai tentera Jepun.
Ramai pelajar Malaysia dan Hong Kong “ponteng”Kolej untuk mengambil peluang
keemasan ini. Termasuklah saya sendiri. Gajinya sungguh lumayan iaitu lebih
kurang 10 paun GB sehari! (Untuk perbandingan wang biasiswa ialah 40 puan
sebulan). Malahan seorang peguam Malaysia terkenal yang sedang bercuti di
London pada masa itu pun tidak melepaskan peluang ini. Jadi pagi pagi lagi
dalam pukul 5 saya akan naik tube pergi ke Pinewood Studio, satu perjalanan
mengambil masa lebih satu jam.. Sarapan percuma disediakan pula. Sesampai
sahaja di kawasan studio kami (rasanya kebih kurang 200 orang) akan berbaris
mengambil uniform tentera Jepun berwarna kuning dan tukar pakaian. Sebenarnya
waktu shooting hanya 30 minit hingga satu jam sahaja sehari. Kami ditugaskan
berlakun menjaga kawsan dimana sebuah
roket akan dilancarkan.Semasa menunggu itu kami duduk dalam sebuah khemah.
Kalau hendak membaca buku pun boleh. Tetapi kebanyakan “pelakun” Cina saya
lihat main pakau seharian!. Makan tengah hari dan minum the pun disediakan
dengan percuma. Lebih kurang pukul 5 petang kami berbaris memulangkan uniform
tentera Jepun itu dan menerima gaji!
Ada dua perkara yang menarik
berlaku. Pertama Kesatuan Sekerja Actors, “Equity” rasanya nama Kesatuan itu,
membantah tindakan Producer film itu
menggunakan actors yang bukan ahli Kesatuan. Ini dikenali sebagai “Closed Shop”
policy. Mereka akan melancarkan mogok kalau Producer itu meneruskan menggunakan
kami dalam pembuatan film itu. Setelah
dirunding dipersetujui supaya kami mestilah menjadi ahli Kesatuan Sekerja itu
dengan membayar yuran keahlian, ini lebih kurang satu paun sehari. Kami tidak
bersetuju sebab ini akan mengurangkan “take home pay” kami. Producer akhirnya
menaikkan gaji kami untuk membayar yuran Kesatuan dan kami mendapat sedikit
penambahan gaji! Baguslah, ini yang dalam terminologi Industrial Law dikenali sebagai “win-win situation” yang
dihasilkan melalui perundingan! Sebagai
President Mahkamah Perusahan pengelaman terlibat sendiri dalam pertelinggan
perindustrian dianata Majikan dan Kesatuan Pekerja menfaatkan dan senang saya
mehami isu ini.
Perkara yang menarik yang lagi
satu saya perhatikan ialah ada beberapa pelakun extra dari Hong Kong menipu
majikan! Mereka ambil unform pagi pagi dengan kami dan lepas itu meninggalkan
studo dan balik ke Kolej atau ketempat kerja biasa mereka. Mereka kumudian akan
datang balik untuk menyerahkan uniform dan mengambil gaji mereka! Hairan juga
bahawa sisitem keselamatan majikan tidak dapat mengesan penipuan ini.
Rasanya saya ponteng Kolej dua
minggu. Bila balik ke Kolej semula saya terpaksa berhempas pulas mempelajari topik
topik pengajian saya yang saya miss. Tetapi rasanya agak brrbaloi sebab upah
berlakun ini sangat tinggi. Selain dari pengelaman itu amat seronok termasuk
melihat Sean Connery dari jarak kekat. Sepatutnya saya meneruskan kerjaya
sampingan sebagai pelakun film tambahan bila balik ke Malaysia. Tetapi isteri
tidak akan benarkan agaknya!
Apabila film itu ditunjukkan untuk tuntunan orang ramai di West End, isteri saya dan saya adalah dianatara merekayang mula mula pergi menuntunnya. Saya hendak sangat melihat muka saya dalam film itu! Begitu juga isteri saya. Alangkah kecewanya kami. Kami tidak boleh pun mengenali yang mana muka saya dalam ramai ramai askar askar Jepun itu. Rupa kami serupa sahaja!
Budaya pelajar pelajar Universiti
membuat kerja sambilan ini agaknya tidak begitu diterima di Malaysia. Tidak
seperti di United Kingdom. Saya berpendapat budaya ini baik untuk dipraktikkan
di Malaysia. Pengelaman berkerja dalam apa pekerjaan pun itu penting. Pendapatan tambahan itu pula boleh
dimenfaatkan untuk melancung misalnya atau membeli alat alat pembelajaran atau hobby
yang berguna. Budaya mengharapkan semuanya mesti disediakan oleh Kerajaan atau
ibubapa adalah tidak sihat. Itulah sebabnya kita terpaksa bergantung sangat
kepada pekerja asing. Remaja kita lebih suka lepak dan merempit. Sayang!
No comments:
Post a Comment