SAYA
LAWAN JABATAN PENUNTUT MALAYSIA LONDON
DAN MENANG
Dengan
keputusan peperiksaan LL.B saya yang membenarkan saya terus memasuki
peperiksaan akhir Bar, saya berazam akan mengambil peperiksaan itu sama ada
dibenarkan oleh Kerajaan atau tidak. Saya akan terus berkerja di Selfridges dan
belajar sendiri.
Saya
bernasib baik. Pada satu hari saya menghadiri solat sunat Hari Raya Idil Adha
di Masjid Regent’s Park London. Saya berjumpa dengan seorang penunutut Melayu
yang sudah lulus peperiksaan Bar Finalnya. Dia menggalakkan saya jangan putus
asa dengan keputusan Jabatan Penuntut Penuntut Malaysia London yang mengarahkan
saya balik ke Malaysia. Dia seterusnya memberitahu saya patut pergi berjumpa YTM Tunku Abdul Rahman Putra,
Perdana Menteri Malaysia, yang kebetulan pada masa itu berada di London
menghadiri Mesyuarat Perdana Menteri Komenwealth. Dia tinggal di York House.
Saya sebenarnya kecil hati sedikit dengan Tunku. Di satu majlis jamuan teh di
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, saya diperkenalkan kepada
beliau. Dia bertanya,”Who is your father?” Saya tak tahu apa nak jawab. Hati
kecil saya berkata, “my father is nobody and had passed away. Does he think my
father is one of his friends or a high-ranking Government officer”. Saya jawab,”
my father had passed away a long time ago and I don’t think you know him, Sir”.
Dia pun tidak meneruskan perbualan itu.
Apa
pun saya mengambil keputusan untuk pergi ke York House dan minta berjumpa
dengan Tunku dan merayu supaya dibenarkan meneruskan pengajian saya keperingkat
Bar Final. Saya disambut oleh Setia Usaha Sulit Tunku bernama Dato’ Nik Hassan (kalau saya tak salah. Beliau
kemudiannya menjadi Menteri Besar Terengganu). Saya menjelaskan tujuan saya
hendak berjumpa Tunku. Dia memberitahu saya bahawa Tunku sedang tidur dan tidak
boleh diganggu. Walau bagaimana pun dia baik hati juga. Dia nasehatkan saya
menulis surat kepada Tunku berkenaan rayuan saya itu dan serahkan surat itu
kepadanya. Dia berjanji akan menyampaikannya kepada Tunku. Saya berasa hampa
juga. Walau bagaimana pun saya ikut nasihatnya dan membuat rayuan bertulis.
Secara rengkas saya jelaskan kekudukan saya. Hujjah saya ialah saya hanya
memerlukan setahun sahaja untuk menduduki peperiksaan Bar Final itu. Kalau saya
lulus saya boleh berkhidmat dengan Malaysian Civil Service atau Judicial and
Legal Service. Saya difahamkan Kerajaan lebih memerlukan calun untuk
Perkhitmatan ini dari calun untuk Civil Service. Semua pemegang BA (Hons) layak
memasuki Civil Service. Pada masa itu agak ramai orang Melayu yang memiliki BA (hons) tetapi
tidak ramai yang memiliki Barrister-At-Law DAN LL.B.
Alangkah
terperanjatnya saya menerima surat dari Dato Nk Hassan yang memberitahu saya
bahawa Tunku sangat bersimpati dengan saya. Dia memberitahu bahawa Tunku sendiri telah melalui
pengelaman yang sama. Hanya selapas
beberapa tahun dia lulus dengan ijazah undang undang dari Universiti Cambridge
dia dibenarkan balik ke England mengambil peperiksaan Bar Final. Seterusnya dia
berjanji apabila dia balik ke Malaysia dia akan meluluskan rayuan saya. Katanya
dia sendiri adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Cabinet berkenaan Biasiswa.
Saya terus membawa surat itu dan dengan megahnya menunjukkan surat itu kepada Encik Ng Cheng Hong, Pengarah Jabatan Penuntut Penuntut Malaysia di London. Saya menjangka dia akan mengucapkan tahniah kepada saya. Pendiriannya memeranjatkan dan membuat saya begitu marah. Dia mengtakan Tunku adalah seorang ahli politik dan suka memberi jawapan yang disukai oleh orang yang merayu. Keputusan dalam kes saya akan diputuskan oleh pegawai Kerajaan yang akan memutuskan mengikut kontrak biasiswa saya dan amalan biasa. Dia berkata dia percaya rayuan saya akan ditolak oleh Jabatan Petkhidmatan Awam (JPA). Biasanya dan hingga sekarang saya tidak menganggap diri saya racialist. Saya mempunyai ramai kawan Cina dan India yang saya senangi. Tetapi pada ketika itu hati saya berkata “You are a bloody racialist Chinese and anti-Malay. Because I am a Malay you want to sabotage me!”. Tetapi saya hanya berkata kepadanya kita tunggu dahulu jawapan JPA. Saya menambah apa pun saya tidak balik ke Malaysia tanpa menduduki peperiksaan Bar Final, kalau perlu dengan duit saya sendiri. Pengarah itu juga memarahi isteri saya yang berkerja dengan Jabatan itu dengan berkata saya tidak patut menulis surat kepada Perdana Menteri berkenaan perkara kecil itu. Isteri menjawab ini bukan perkara kecil kepada kami.

Untuk
beberapa bulan saya terus berkerja di Selfridges diwaktu siang dan belajar
sendiri diwaktu malam. Sebenarnya peperikasaan akhir Bar itu hampir sama sahaja
dengan peperiksaan akhir Ll.B. Hanya approachnya berbeza. Peperiksaan Bar
selain dari menguji pengetahuan undang undang juga menguji pengetahuan prosedur
yang tidak diajar di Universiti. Saya mulai merasa risau juga. Mungkin apa yang
dikatakan oleh Mr Ng sebenarnya berlaku atau Tunku lupakan kes saya apabila
balik ke KL.
Pada
satu hari semasa saya berkerja di Selfridges saya dipanggil oleh Ketua saya
yang memberitahu saya saya ada panggilan talifon penting dan meminta saya
datang kepejabat untuk menerima panggilan itu. Berdebar hati saya. Tentulah
perkara penting. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Isteri saya menelifon
bahawa Jabatan Penuntut menerima telegram dari JPA, KL bahawa biasiswa saya
telah dilanjutkan untuk membolehkan saya menduduki peperiksan Bar Final. Allahu
Akbar! Alhamdulillah. Terima kasih Tunku.
Apakah
yang patut saya katakan kepada Encik Ng Cheng Hong?
Setelah
mendapat berita gembira itu saya beritahu Ketua saya bahawa saya hendak balik
cepat kerana ada perkara penting dan dibenarkanya. Saya keluar melalui pintu
besar gedung itu. Sebaik sahaja keluar
saya ditahan oleh seorang lelaki yang saya tidak kenali dan berkata,”Mr Ahmad,
you know you are not allowed to leave by the public entrance and that you must
use the Employees’ Entrance. Please come to the Personnel Department tomorrow”.
Mata gelap Syarikat itu rupanya. Saya tak peduli. Saya akan berhenti kerja
besuk pagi juga. Dengan perlanjutan biasiswa saya, saya tidak perlu berkerja
lagi. Besuknya saya pergi ke Jabatan Personnel dan diberitahu bahawa saya telah
melakukan kesalahan dan akan diberhentikan. Saya memberitahu bahawa saya memang
hendak berhenti. Pegawai itu bertanya mengapa dan saya beritahu bahawa saya
telah pun mendapat biasiswa dan tidak perlu berkerja lagi. Orang putih itu
sporting juga dan berkata, “well done, son, and all the best”. Kami bersalaman
dan saya pun meninggalkan Selfridges.
Dengan
perlanjutan biasiswa saya masa depan saya berubah. Saya lulus peperiksaan Bar
Final itu dan balik ke Malaysia untuk berkhidmat dengan Perkhidmatan Undang
Undang dan Kehakiman dan seterusnya sebagai peguambela dan peguancara dan
akhirnya sebagai Hakim dengan jawatan Yang Di Pertua Mahkamah Perusahaan.
No comments:
Post a Comment