BAGAIMANA
HENDAK MENJADI PEGUAM?
Masa
dalam tahun akhir pengajian Ll.B saya selain dari menjadi film extra dalam film
You only Live Twice saya menumpukan segala tenaga dan masa saya belajar
bersungguh sungguh untuk menghadapi peperiksaan akhir. Ini akan menetukan kelas
ijazah saya. Saya berazam mesti mendapat ijazah kepujian.
Saya
telah memutuskan bahawa selain dari
mendapat ijazah Ll.B saya mestilah juga mendapat ijazah Barrister-at-Law. Apa bezanya
diantara kedua dua ijazah ijazah ini? Ijazah Ll.B. adalah ijazah akademik
sahaja yang melayakkan pemegangnya untuk perlantikan ke jawatan dalam
perkhidmatan Kerajaan seperti Perkhidmatan Tadbir Dalam dan Luar Negeri (PTD). Ijazah itu
juga melayakkan pemegangnya ke jawatan jawatan eksekutif di bidang swasta.
Ijazah itu serupalah seperti B.A. dan Bachelor of Economics. Ijazah ijazah
tersebut tidak melayakkan pemegangnya memasuki profesion seperti profesion
undang undang ( dikenali sebagai The Bar) atau profesion accountancy. Dengan
ijazah Ll.B. sahaja saya juga tidak layak memasuki Perkhidmatan Perundangan dan
Kehakiman Malaysia. Tujuan Kerajaan memberi saya biasiswa ialah untuk
melayakkan saya masuk PTD dan bukannya Perkidmatan Undang Undang dan
Kekhakiman. Saya bercita cita untuk memasuki Perkhidmatan Undang Undang dan
Kehakiman dan kalau boleh menjadi seorang peguam swata dan menjadi ahli
profesion undang undang (the Bar).
Untuk
mencapai objektif menjadi seorang peguam
saya mestilah mendapat ijazah Barrister-at-Law, selain dari Ll.B. Kerajaan
tidak merestuinya. Untuk mendapat ijazah Barrister-at-Law ini saya mesti masuk sebuah Inn. Ini bukannya hotel, tetapi adalah sebuah
Inn of Court. Ada empat buah Inns of Court di London iaitu Lincoln’s Inn,
Middle Temple, Inner Temple dan Gray’s Inn. Saya memilih Lincoln’s Inn. Gray’s
Inn adalah Inn yang paling berprestig
(dan snobbish!) Ini adalah disebabkan dia ada kelayakan istemewa iaitu calun
mestilah mempunyai kelakayan dalam bahasa Latin. Biasanya penuntut penuntut
dari Cambridge dan Oxford Universities yang layak masuk Inn ini. Saya
meneluarkan wang sendiri untuk membayar yuran yuran untuk memasuki Lincoln’s Inn,
yang agak tinggi juga. Inilah salah satu sebab saya mesti memmbuat kerja
sambilan. Satu lagi keperluan sebagai penuntut di Inn ini ialah penuntut mestilah
datang makan malam sekurang kurangnya tiga kali dalam sepenggal dan selama dua
tahun pengajian. Pada majlis makan malam ini bukan sahaja penuntut yang hadir
tetapi juga peguam peguam yang menjalankan peraktis termasuk peguam peguam
terkemuka. Tujuan makan malam ini ialah untuk memberi peluang kepada penuntut
berkenalan dengan peguam peguam dan pegawai kehakiman kanan dan mempelajari
sedikit sebanyak berkenaan profesion undang undang secara dekat. Tanpa
menghadiri makan malam ini sebanyak kali yang ditetapkan penuntut tidak
dibenarkan memnduduki Peperiksaan Akhir Bar yang melayakkan pemegangnya menjadi
seorang peguam. Apabila lulus peperksaan ini baharulah penuntut itu diterima
sebagai peguam. Istiadat ini dipanggil “called to the Bar (the English Bar)”.
Untuk menjadi peguam di Malaysia, setelah “called to the (English) Bar”,
calun mestilah kena “called to Bar”
sekali lagi di Malaysia. Ini hanya boleh dilakukan setelah dia menjalani latihan selama enam bulan dengan seorang
peguam kanan . Ini pula dikenali sebagai “reading in Chambers” Susah juga
hendak menjadi peguam!
Saya
memnduduki peperiksaan akhir kursus Ll.B sebelum musim panas bermula. Sementara
menunggu keputusannya saya berkerja sebagai juru jual di Selfrides sebuah Departmental
Store yang besar dan masyhur di Oxford Street London. Saya menjaga sebuah
counter yang menjual barang barang permainan indoor seperti playing cards,
monopoly set dan barang barang lain seperti itu. Kerjanya senang sahaja dan
seronok juga melayan pelanggan, termasuklah rakyat Malaysia yang datang
melancung dan shopping di London. Masaalahnya kena sentiasa berdiri semasa
berkerja seelama lebih kurang 8 jam sehari.
Keputusan
peperiksaan Ll.B Finals akan menentukan juga sama ada saya boleh terus
mengambil peperiksaan akhir Bar Finals yang akan diambil setahun selepas itu.
Sekiranya saya mencapai gred kepujian dalam kertas kertas (subjek) dalam
peperiksaan Ll.B. saya dikecualikan dari mengambil kertas yang sama di
peperiksaan Bar perengkat permulaan dan boelh terus mengambil peperiksaan
akhir. Ini akan menjimatkan masa. Saya yakin akan mendapat markah kepujian
dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Ll.B. melainkan mata pelajaran
English Land Law. Sekiranya saya hanya lulus tanpa kepujian saya terpaksa
mengambil peperiksaan dalam mata pelajaran ini di peperiksaan awalan Bar dan
tidak boleh terus masuk peperiksaan akhir. Untuk mebolehkan saya masuk
peperiksaan akhir Bar saya mengambil kertas Land Law ini di peperiksaan awalan
Bar yang diadakan selepas peperiksaan Ll.B. pada penhujung musim panas. Ini
bermakna saya mestilah membuat persedian. Saya mengajak kawan kawan Malayisia
yang juga akan mengambil kertas ini menubuhkan study group untuk belajar dan
berbincang bersama sama. Saya dapati cara ini sangat berfaedah.
Apabila
keputusan peperiksaan Ll.B. diumumkan saya lulus dengan Kepujian Kelas Bawah.
Tidaklah hebat mana, tetapi syukur. Juga saya dapat gred kepujian dalam semua
mata pelajaran termasuk mata pelajaran Land Law yang saya takuti itu. Ini
bermakna saya dikecualikan dari semua kertas kertas dalam peperiksaan awalan
Bar. Sia sia sahaja mengambil kertas itu di peperiksaan awalan Bar. Namun
begitu saya dapati pelajaran English Land Law ini sedikit sebanyak menolong
saya masa saya menjalankan praktis sebagai peguam di Malaysia. Undang undang
tanah England dan Malaysia sangat berbeza. England pada masa itu menggunakan
common law yang memerlukan setiap transeksi tanah ditulis dalam satu perjanjian
yang dipanggil “conveyancing”. Transeksi
ini tidak didaftarkan di mana mana. Di Malaysia semua transeksi tanah mestilah
didaftarkan di pejabat tanah atau pejabat
pendaftaran tanah Negeri. Sistem ini dikenali sebagai system Torens yang
dipinjam dari Australia. Di Malaysia undang undang tanah terkandung dalam Kanun
Tanah Negara dan Enakmen Tanah Negeri negeri. Di England tidak ada Kanun
seperti melainkan beberapa Akta tertentu.
Bolehkah
saya mengambil Peperiksaan Akhir Bar?
assalamulaikum dan hi, boleh tak saya nak minta pendapat tentang law dari admin. kalau tak keberatan, boleh tak saya dapatkan instagram encik untuk memudahkan lagi proses pertanyaan.maaf menganggu tapi saya betul2 perlukan nasihat untuk sambungan pengajian saya.
ReplyDelete