KAWAN
KAWAN SAYA DI UNITED KINGDOM (1964 – 1968)
Kami
dijemput makan tengah hari oleh Tuan Haji Hashim Ambia dan isterinya Hapipah
kerumahnya di Bukit Antara Bangsa Kuala Lumpur hari ini (23hb Disember 2013).
Dia memberitahu bahawa dia juga menjemput beberapa orang lagi yang belajar
bersama sama kami di London dahulu. Kami sangat gembira menerima jemputan itu
dan ingin sangat berjumpa kembali dengan kawan kawan lama kami di London lebih
40 dahulu.
Hashim
berasal dari Kajang. Dia sudah ada di London masa saya sampai. Kami lekas mesra
berkawan oleh sebab Hashim adalah “urang awak” iaitu orang Minangkabau seperti
saya. Saya sebenarnya seperuh Minang dan separuh Rawa. Arwah emak orang Minang berasal
dari Ulu Yam, Selangor dan arwah bapa
orang Rawa berasal dari Sungai Itik, Gopeng. Hashim boleh dkatakan melalui
jalan yang berliku liku untuk menjadi seorang peguam. Saya tabik kepadanya atas
kegigihanya. Dia mula mulanya melanjutkan pelajarannya ke India. Apabila
didapatinya taraf pengajian disana amat rendah dia memutuskan untruk berhijrah
ke London untuk belajar Undang Undang. Oleh sebah dia hanya memiliki School
Certificate sahaja dan taraf kelulusannya tidak mencapai taraf Ordinary Level
(O Level) dia terpaksa mengambil peperiksaan O Level di peringkat School
Certificate terlebih dahulu dan kemudian baharu boleh mengambil Advance Level
(A Level) pada peringkat Higher School Certificate. Lepas itu baharulah dia boleh mendaftar untuk
mengambil peperiksaan Ll.B (external) University of London. Pada permulaannya
dia terpaksa berkerja untuk menampung belanja hidup dan yuran pengajian. Hanya
pada peringkat akhir pengajiannya dia mendapat pinjaman MARA. Oleh yang
demikian Hashim mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan pengajiannya.
Seorang
lagi kawan di London dahulu yang saya jumpa di makan tengah hari itu ialah Dato
(atau mungkinTan Sri!) Mohd Nor Abdullah, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan.
Beliau datang ke London masa saya hampir tamat pengajian. Dia telah berkhidmat
sebagai Juru Bahasa Mahkamah sebelum mendapat biasiswa melanjutkan pelajaranya
dalam bidang Undang Undang ke London. Dia fasih berbahasa Tamil!
Seorang
lagi kawan lama saya yang datang kerumah Hashim tengah hari tadi ialah Tuan
Haji Mohd Nor yang pernah berkhidmat dengan saya di Mahkamah Perusahaan. Rasanya
dia datang ke London selepas saya dan juga adalah seorang “matured student”
yang telah berkhidmat sebagai pegawai Kerajaan.
Seorang
lagi kawan saya ialah Dato Adlan Daud, seorang peguam kanan yang rasanya masih
berkhidmat lagi. Dia pun datang ke London sebelum saya. Dia adalah seorang Rawa
dari Tanjung Malim. Dia berkahwin dengan YM Raja Fuziah Tun Uda yang juga
belajar di Universiti London seperti saya.
Juga
hadir di makan tengah hari tadi ialah Dato Ismail Yasin dari Rembau. Dia adalah
seorang peguam yang pernah menjadi seorang Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri
Sembilan.
Tuan
Haji Mohd Som pula adalah dari Bukit Besi Terengganu. Dia adalah seorang peguam
dan ahli perniagaan yang berjaya.
Kawan
kawan saya di London dahulu adalah kebanyakannya penuntut Undang Undang. Masa
saya mula mula sampai di London amat sedikit penuntut Melayu. Saya dengan
Shukur Nagor juga kawan saya dari STAR adalah dua orang dari kumpulan kecil
ini. Shukur dengan saya mengikuti kursus Bachelor Of Laws di Univeriti London.
Penuntut penuntut lain mengikuti Bar-at-Law di Inn of Court. Sememangnya kursus
Ll.B. ini adal lebih “prestigious” dari kursus Bar. Kelayakan masuk Universiti
ialah HSC dan untuk Bar hanyalah School Certificate. Ada juga beberapa orang
penuntut Accountancy dan Kejuruteraan dan Economics. Seorang kawan saya ialah
arwah Tan Sri Nordin Sophie yang menuntut di London School of Economis,
Universiti London yang mendapat ijazah Kelas Satu dan meneruskan pelajarannya
ke peringkat Ph.D. Seorang lagi yang dapat Ijazah Kelas Pertama dalam bidang
Kejuruteraan ialah Abdul Rahim Bidin.
Selain
dari itu ada sekumpulan kawan kawan dari STAR yang belajar bersama sama saya di
London dan bandar bandar lain di United
Kingdom. Mereka adalah Maamor Hj Ahmad (sekarang Dato) yang belajar Veteranary
Medicine juga di London. Dato bersara sebagai Pengarah Jabatan Haiwan Kedah.
Dengarnya dia menetap di Seremban sekarang. Mansor Saleh (sekarang Dato) juga
pernah belajar di STAR hingga tingkatan tiga menuntut di Wales dalam bidang
Matellurgy dan menyambung pelajarannya hingga ke perengkat Ph.D. Akhir sekali
saya dengar dia bersara sebagai Dekan Kejuruteraan Marin, Universiti Kuala
Lumpur. Arwah Abu @ Ahmad Said juga kawan saya dari STAR belajar mining
engineering di Cambourne School of Engineering. Kami selalu mengusik dia bahawa
dia tidak belajar di Universiti seperti kami. Dia pun selepas tamat
pengajiannya di Sekolah Cambourne masuk ke Universiti London mengikuti kursus
Masters of Engineering. Akhir sekali ada beberapa orang pelajar STAR yang
belajar Electrical Engineering di Briton, kebanyakannya atas tajaan TNB. Misron
Yusof seorang kawan baik saya adalah salah seorang daripadanya. Misron juga
telah mengikuti kursus pada perengkat Masters. Selain dari Misron ada beberapa
orang “juniors” dari STAR yang belajar Electrical Engineering di Brighton.
Saya
dapati kebanyakan penuntut penuntut Melayu di London pada masa itu belajar
Undang undang. Begitu juga pelajar pelajar Cina dan India dari Malaysia. Ada
satu cerita lucu saya dengar berkenaan hakikat ini. Seorang pegawai Imigeresen
British di London Airport berkata Malaysia mestilah mempunyai begitu ramai
peguam sebab pelajar pelajar yang datang
ke UK semuanya belajar Law. Dia ditanya mengapa dia berpendapat begitu. Dia
menjemput kawannya yang bertanya itu mendengar dia menyoal seorang pelajar
Malaysia yang baharu sampai. Dia bertanya kepada pelajar itu,” What is the
purpose of your coming to the UK?” Pelajar (Cina) itu menjawab, “TO STUDY LO!”
Saya amat suka mengenai nostalgia yg dato lalui. Boleh share dgn saya ke. Apa email dato ya
ReplyDelete