LEPAS SEKOLAH
Alangkah gembiranya apabila habis belajar di Tingkatan
Enam. Bebas seketika dari belajar! Boleh berkerja. Boleh berjumpa H selalu!
Tentu segala galanya manis.
Sebelum meninggalkan Sekolah lagi saya telah mendapat
berita dari King’s College University of London bahawa saya telah diterima masuk ke College itu tertakluk
kepada saya mendapat 2 kelulusan Principal
gred B dlam pepereksaan HSC. Saya juga telah beebrapa pekerjaan sementara kerana saya hanya perlu
berangkat ke England dalam bulan September 1964. Tawaran pekerjaan yang pertama
saya t erima ialah sebagai guru sementara di Methodist English School Tanjong
Malim, tidak jauh dari Hulu Yam kampong saya. Saya terus menerima tawaran itu.
Tempat itu tidak terlalu jauh untuk saya
mengulangi H di KL selalu selalu. Saya kemudian menerima tawaran yang sama dari
Sekolah Menengah Melayu, Kuala Kubu Bharu dan sebagai Juruhebah di Radio Malaysia.
Tetapi saya teruskan sahaja dengan pekerjaan sebagai guru sementara di Tanjong
Malim. Saya percaya H tentu lapang dadanya
dengan keputusan saya itu. Maalum sahajalah peluang mengenali juruhebah wanita
di Radio Malaysia tentu sahaja banyak dan mencabar!
Dalam bulan March tahun 1963 keputusan peperiksaan HSC
dihebabhkan dalam akhbar. Alhamdulillah saya lulus dengan mendapat Sijil Penuh
dan mendapat satu gred A dua gred B dan
satu gred D. Yang pentingnya saya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh King’s
College. Saya masa di Sekolah lagi sangat berminat untuk belajar Undang Undang.
Sekolah pernah menjemput seorang peguam memberi syarahan berkenaan profesyen
Undang Undang. Syarahannya itu menarik minat saya. (saya masih ingat namanya
iaitu Mr Sharma. Dia kemudian menjadi seorang Hakim Mahkamah Tinggi) Diatas
daya usaha saya sendiri saya beberapa kali menghadiri perbicaraan di Mahkamah
Magistrate Ipoh. Saya terpikat dengan cara seorang peguam yang terkenal pada
masa itu Mr D.R. Senivasagam membela anak guamnya. Oleh sebab tawaran biasiswa
Kerajaan membenarkan saya mengikuti mana mana kursus ijazah pertama yang
melayakkan saya memasuki MCS saya memilih untuk melanjutkan pengajian Undang
Undang dengan harapan mendapat ijazah kepujian Bachelor of Laws (Ll.B Hons).
Kerajaan tiada bantahan.
Sebagai seorang guru sementara tidak terlatih saya
dapati agak susah untuk mengajar budak budak dari Tingkatan Satu hinggan ke
Tingkatan Tiga. Ramai yang nakal. Ini membuatkan saya tidak sabar menunggu hari Sabtu apabila saya
boleh pergi ke KL untuk berjumpa H. Itulah yang berlaku untuk beberapa bulan.
Setelah beberapa bulan kemudian kami memutuskan untuk
menikah sebelum saya bertolak ke England. Ini adalah untuk menghalalkan
pergaulan kami dan memperkuatkan lagi perhubungan kami mengenangkan kami akan
berpisah sekurang kurangnya selama tiga tahun. Kami bernasib baik kerana salah
seorang kawan H di Maktab ialah seorang pemimpin pelajar FH. Dia pun baik
dengan saya. Dia selalu membenarkan saya bermalam di biliknya di Maktab apabila
saya mungkin ketinggalan bas hendak balik ke Tangjong Malim. Bapa FH pula ialah
seorang ustaz sama sama mengajar dengan
saya di MES Tanjong Malim. Dia juga seorang juru nikah bertauliah. Dengan
persetujuan keluarga kami, kami pun dinikahkan pada satu malam dirumah ustaz H
di Slim River. Malam itu kami pun menjadi sepasang suami isteri yang sah dan yang sedang mabuk dalam percintaan. Segala
galanya nampak indah, walau pun tindakan kami menikah sebelum tamat pengajian
itu jarang jarang dilakukan orang. Kami
percaya itu adalah langkah yang baik untuk kami dengan keadaan kami pada maa
itu. Bagi H ini adalah satu kesalahan dibawah perjanjiannya dengan Kerajaan
apabila menerima tawaran masuk Maktab. Salah satu syarat masuk ke Maktab ialah bahawa
pelajar tidak dibenarkan berkahwin sebelum tamat pengajiannya. Oleh sebab itu kami akan merahsiakan
pernikahan kami.
Dengan pernikahan kami itu kami merasa senang untuk
berjumpa dan berjalan jalan tanpa mersa bersalah disisi agama. H pun boleh
mengikut saya kerumah Kakak pada cuti hujung minggu. Kami juga pernah pergi ke
Melaka menziarahi seorang lagi kakak saya yang tinggal disana.
Inilah juga masa kami mengenali diantara satu dengan
yang lain dengan lebih rapat lagi. Misalnya baharu saya tahu bahawa H tidak boleh tahan lapar. Saya boleh lupakan
makanan jika bersamanya. Dia tidak. Masa makan mesti makan! Dia pernah
mengangis bila lambat makan. Saya geli hati pun ada!
Cerita yg menarik.
ReplyDelete