ISTERI
AKAN DATANG KE LONDON!
Saya
tidak berapa ingat bagaimana tercetusnya rancangan untuk membawa isteri saya
menyertai saya di London sehingga saya tamat pengajaian.
Mungkin
faktor faktor berikut mempengaruhi kami membuat keputusan itu. Kami sudah pun
menikah. Adalah lebih sesuai untuk suami isteri tinggal bersama. Memang ada
adat Melayu pasangan yang hanya nikah gantung tidak tinggal bersama. Diantara
adat dengan agama kami memilih untuk mematuhi kehendak agama. Saya perhatikan
ada agak ramai juga pelajar yang sudah berumah tangga mengikuti kursus
pengajian tinggi. Para isteri mereka senang sahaja mendapat pekerjaan di
London. Dengan adanya isteri saya bersama sama dengan saya di London ini sudah
tentu menyenangkan saya. Dia boleh membantu saya dengan kerja rumah seperti memasak
berkemas rumah dan lain lain. Saya akan mempunyai lebih banyak lagi masa untuk
belajar.
Di
pihak isteri pula ada juga faktor positif. Selepas tamat pengajiannya di Maktab
Perguruan Bahasa dia ditempatkan sebagai guru di Pengkalan Baharu. Ini bukannya
Pengkalan Baharu kampongnya tetapi Pangkalan Baharu, Beruas. Tempat itu jauh dari
rumahnya. Dan tempat itu sangat primitif. Dia terpaksa menumpang di rumah
orang sebab tidak ada rumah guru bagi
guru sekolah menengah. Malahan tidak ada sekolah menengah lagi di kawasan itu.
Kelas menengah yang isteri ditempatkan itu pun menumpang di sekolah rendah
Cina. Mula mulanya dia menumpang di quarters sekolah Melayu berdekatan dan
membawa opahnya tinggal bersama samanya. Timbul satu masaalah. Guru Besar
sekolah Melayu itu mencuba nasibnya dengan H dengan mengajaknya keluar malam
dengannya! H dengan segera meninggalkan quartes itu. Dia kemudiannya menumpang
di rumah lain di kampong itu. Timbul pula masaalah lain. Rumah tumpangan itu
agak dhaif dengan perigi mandi dan tandasnya jauh dari rumah. Nyamuk pun
banyak! Ini menybabkan H mengidap penyakit Malaria. Dia bernasib baik kerana
seorang jururawat yang ada quarters Kerajaan berhampiran menerimanya berkongsi
bilik dengannya di quarters tersebut. Bukan itu sahaja jururawat tersebut telah
memberi H rawatan untuk pulih dari penyakit malaria. Jururawat baik hati S hingga
sekarang adalah sahabat karib H. H juga memberitahu bahawa doctor yang
merawatnya menesehatkannya berpindah kekawasan yang tidak ada nyamuk malaria
kerana penyakit malarianya agak serius.
Jadi
kami sepakat supaya H datang ke London menemani saya sehingga saya tamat
belajar. Pada masa itu saya dalam tahun dua pengajian saya. Tetapi timbul pula
beberapa masaalah. Bapa mertua tidak
membenarkan dengan alasan masyarakat tidak mengetahui bahawa kami sudah menikah
dan kalau kami balik nanti dengan membawa cahaya mata tentulah orang menyangka
kanak kanak itu kanak kanak luar nikah! Ada juga benarnya. Nasiblah ibu mertua
sangat bersimpati dengan kami dan dia menyokong rancangan kami dengan syarat
kami tidak balik nanti dengan membawa cahaya mata. Mungkin dia tidak tahu
adanya perancang keluarga! Akhirnya bapa mertua beralah dan merestui rancangan
kami.
Apabila
sampai masanya untuk H memohon kebenaran dari Kementerian Pelajaran untuk
menggantung perjanjian untuk membolehkan dia berhenti mengajar sementara dan
pergi menemani saya di London dia kena membuktikan bahawa dia sudah berkahwin.
Tetapi sijil nikah kami akan menunjukkan kami menikah semasa H masih lagi dalam
Maktab. Ini adalah melanggar syarat perjanjian! Ada satu jalan keluar. H
mestilah mendapatkan sijil nikah yang bertarikh selepas dia tamat pengajian
Maktab. Ini boleh diatur dengan sogokan diberi kepada seorang kadi untuk
mengeluarkan sijil palsu.
Ada
lagi masaalah. Saya tidak mempunyai wang untuk membayar harga tikit kapalterbang
untuk penerbangan KL ke London walau pun pada masa itu sudah ada Chartered
Flight yang diusahakan orang orang persaorangan di London dan harga tikitnya
yang jauh lebih murah dari tikit penerbangan biasa. Nasiblah seorang kawan saya
yang sama sama menuntut dengan saya dan pernah berkongsi Flat dengan saya
setuju meminjamkan saya wang untuk membeli tikit tersebut, dengan syarat yang
paling mudah iaitu pinjaman itu dibayar balik “payble when able”. Kawan saya
itu berbangsa Cina berasal dari Penang dan datang dari keluarga kaya. Saya sangat
terhutang budi kepadanya. Saya begitu sedih sahabat baik saya itu sudah
meninggal dunia beberapa tahun yang lepas.
Saya
juga mendapat banyak pertolongan
daripada Timbalan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di London, Tuan ASY. Dia
menulis surat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong kuat permohonan H
untuk berhenti mengajar buat sementara dan datang ke London menemani saya.
Beliau mengatakan ini adalah untuk kebaikan saya dan menjamin saya berjaya
dalam pengajian saya. Saya sangat bersetuju dengannya! Permohonan itu
diluluskan. Bukan itu sahaja. Beliau seterusnya menawarkan H pekerjaan sebagai
kerani di Jabatan Penuntut Malaysia di London. Apa lagi yang saya hendak?
Akhirnya
tinggal hanya satu masaalah sahaja lagi. Pada masa itu saya berkongsi menyewa
sebuah flat dengan tiga orang lagi penuntut Malaysia. Sekarang saya terpaksa
mencari tempat tinggal sendiri untuk saya dan isteri. Untuk mendapat “bedsitter”
berdekatan dengan Central London memanglah susah dan sangat mahal. (Bedsitter ialah satu bilik yang mengandungi
katil yang boleh dilipat menjadi sofa jika perlu dan mempunya dapur dan meja
untuk menulis). Lagi pun tuanpunya temapt kediaman tidak berapa suka menyewakan
kepada penuntut asing terutama kepada yang sudah beristeri. Apatah lagi kalau
bakal penyewa itu dudah mepunyai anak. Setelah mencari dibeberapa tempat saya
berjaya mendapat sebuah bedsitter di High Gate di Utara London dengan kadar
penyewaan yang saya mampu.
Sekarang
hanya menunggu kedatangan H ke London. Tidak sabar sabar lagi!
No comments:
Post a Comment