BERLEPAS KE LONDON
Sedikit demi
sedikit masa untuk saya bertolak ke London hampir tiba. Saya mula merasa
tertekan. Saya mula merasa ragu ragu. Apakah saya boleh menanggung perpisahan
yang begitu lama. Tidakkah ini akan menjejaskan pengajian saya. Saya menjadi
murung dibuatnya. Rasa rasa hendak saya batalkan sahaja rancangan belajar ke
London dan belajar di tanah air sahaja. Akhirnya dengan sokongan kuat dari
keluarga kami dan dalam keadaan murung
dan sedih yang amat sangat itu saya teruskan juga rancangan asal untuk pergi ke London dan meninggalkan H ditanah
air. Kami bertawakkal sahaja kepada Allah swt. Dia maha mengetahui segala
galanya. Dan Dia tidak akan mengabaikan hamba hambaNya yang memohon
pertolonganNya. Saya dengan beberpa orang kawan lain (termasuk ASN dari STAR)
bertolak pada waktu malam dalam bulan September 1964 dari lapangan terbang
Sungai Besi menuju ke Singapura. Dari Singapura kami akan meneruskan perjalanan
ke London dengan pesawat Qantas keesukan harinya.
Ketibaan
kami dilapangan terbang Changi, Singapura disambut oleh beberapa orang yang
kami tidak kenal. Kami dibawa dari lapangan terbang menuju ke hotel dengan
diiring oleh kereta Polis. Kami mendapat tahu selepasnya bahawa ada rusuhan
yang agak serious berlaku di Singapura. Saya tidak berapa ingat apakah isu yang
menyebabkan rusuhan itu. Hanya saya berharap rusuhan itu tidak seserius dengan
rusuhan Natrah yang berlaku dalam tahun lima puluhan dahulu.
Kami dibawa
menginap di Raffles Hotel, hotel paling terkemuka di Singapura pada masa itu.
Disebabkan rusuhan yang berlaku kami tidak dibenarkan keluar dari hotel malam
itu. Makan malam disediakan di Hotel. Kami pun turunlah ke dewan makan dan
mengambil tempat dimeja yang disediakan. Kami dihidangkan dengan makan Barat
yang kami belum pernah lihat dan rasa sebelum ini. Kami juga teragak agak
hendak menggunakan garfu, sudu dan lain
lain perkakas yang ada diadats meja makan itu.
Kami cuba juga menjamah makanan yang terhidang itu sedikit sedikit.
Tidak berselera hendak memakannya. Lagi
pun kami tidak tahu sama ada makanan itu halal atau tidak. Melihat gelagat kami
pelayan tua berbangsa Cina agaknya kesihan melihat keadaan kami dan datang
kemeja kami bertanyakan sama ada kami mahu makan nasi dan kari. Cepat cepat kami mengguk bersetuju.
Walau pun makanan gantian tidaklah
sesedap mana rasanya boleh jugalah kami makan sedikit supaya tidak lapar sangat
malam itu! Alangkah baiknya kalau sebelum ini diberi sedikit pendedahan
berkenaan makan Barat dan etiket dan cara menggunakan alat alat dimeja makan.
Terlintas juga dalam hati saya di London nanti bagaimana pula kedudukannnya
dengan makanan.
Pagi besuknya
kami berlepas dari Singapura menuju ke London menaiki pesawat Boeing 707 dengan
singgah di Colombo dan Tehran. Walau pun ini adalah pertama kalinya saya naik
kapalterbang saya tidak ada masaalah. Layanan anak kapalnya pun baik. Saya
tidak putus putus meminta poskad dan kertastulis memnulis surat kepada isteri
yang tinggal ditanah air dan kepada Kakak. Agaknya pihak yang menguruskan
perjalanan kami telah membuat urusan dengan syarikat penerbangan itu supaya
kami dihidangkan dengan makanan halal. Jadi makanan kali ini tidak menjadi
masaalah lagi. Pada keseluluranya perjalanan dengan kapal terbang itu merupakan
satu pengelaman baharu yang agak menyeronokkan. Saya teringat cerita isteri
saya bahawa dia dan kawan kawannya dari Negeri Perak masa pertama kali pergi ke
sekolah menengah di Melaka mereka naik kapal terbang dari Ipoh ke Melaka. Masa
itu dia baharu berumur 12 tahun. Saya hanya berumur 21 tahun baharu merasa naik
kapal terbang!
Apabila kami
transit di Colombo saya dapati lapangan terbangnya tidaklah semoden lapangan
terbang Sungai Besi. Saya teringat dari kapal terbang ke bangunan terminal ada
lopak lopak air dan becak. Kami terpaksa berjalan diatas keping kepingan papan
supaya kasut kami tidak kotor.
Kami juga
transit di Tehran ibu Negara Iran. Baharulah saya tahu bagaimana panasnya cuaca
di negara negara Timur Tengah dimusim panas walau pun pada masa itu sudah bulan
September. Saya tidak pernah merasa cuaca sepanas. Itu sahajalah yang saya
ingat berkenaan Tehran sekarang.
Rasanya
selepas perjalanan selama 18 jam kami pun mendarat di Lapangan Terbang
Heathrow London.
What is a Casino Bonus? - Klahomacasinoguru
ReplyDeleteWhat 바카라 사이트 is a 벳 이스트 Casino Bonus? 바카라싸이트 — Casino bonuses can be a welcome bonus for new 크루즈 베컴 players that 1xbetapp are looking for a better experience. You get to choose your bonus