KEDATANGAN H KE LONDON
Mula
mulanya kapal terbang sewa khas yang akan membawa H dan penumpang penumpang
lain dari KL ke London dijadualkan akan mendarat di Stansted Airport. Bila saya
tiba di Stansted, ada pemberitahuan bahawa kapal terbang itu akan turun di Gatwick
pula keesokaan harinya. Cemas dan hampa hati rasanya. Rasa tak tahan menunggu
dua puluh empat jam lagi. Selalunya saya
jarang menuntun film dipawagam, tetapi pada malam itu saya menuntun film di pawagam dan saya masih ingat lagi jodol film itu iaitu,
“The Russians are Coming”! Apabila H
sampai keesokan harinya saya diberitahu bahawa kapal terbang itu mengalami kerosakan
enjin dan terpaksa mendarat dan bermalam di Athens sementara enjin itu
diperbaiki.
Dengan
kedatangan H ke London untuk menemani saya hidup kami menjalani perubahan yang
sangat besar. Selamat tinggal hidup berseorangan sebagai seorang bujang!
Bermulalah hidup baharu.
Dari
Gatwick kami menaiki tren ke London. H begitu gembira melihat kotaraya London
yang dahulunya dia ketahui melalui surat surat saya sahaja. Selain dari gembira
berada disamaping saya! Saya pun begitu. Terubat rasa rindu berpisah hampir
hampir dua tahun. London belum begitu sejuk lagi pada masa itu. Masa itu penghujung Musim Panas dan akan masuk
ke musim autumn tidak lama lagi. Masih banyak masa untuk bersiar siar sebelum
saya memulakan tahun pengajian baharu yang akan bermula dalam bulan Oktober
1963.
Nasiblah H tidak terperanjat dengan bedsitter
kecil kami yang akan menjadi tempat
tinggal kami sehingga tamat pengajian saya. Yang pentingnya ada tempat tidur, ada dapur kecil dan ada meja tempat makan dan
tempat saya membaca dan menulis. Bilik air dan bilik mandi diluar, berkongsi
dengan penyewa lain yang tinggal sama di tingkat itu. Tidak ada central heating. Kami terpaksa gunakan heater yang menggunakan
minyak tanah. Tetapi bedsitter itu mencukupilah untuk keperluan kami. Tempat
itu pun dekat dengan stesen bas dan stesen keretapi bawah tanah. Berkekatan
juga dengan kedai. High Gate pada keselurannya adalah sebuah pecan kecil yang
cantik. Di High Gate Village yang berhampiran, ramai orang orang kenamaan
tinggal termasuk seorang pemusik terkenal bernama Yahudi Manuhen pada masa itu Conductor
London Symphony Orchestra. Di High Gate juga ada Tanah Perkuburan yang terkenal
dan di situlah terletaknya kubur Karl Marx. High Gate Woods juga terkenal
sebagai sebuah public park. Dan ada banyak lagi park yang lain.
Perkara
pertama yang saya mula ajar H ialah memasak! Saya sudah mempunyai dua tahun pengelaman
memasak di London. Pelajaran pertama, di London tidak ada santan kelapa
untuk memasak kari dan gulai lemak. Tetapi ini boleh digantikan dengan susu cair. Yang lain serupa sahaja. H
ada membawa lesung batu. Bolehlah menumbuk cili untuk menbuat sambal belacan! H
belajar nama ikan yang boleh didapati dikedai ditempat kami. Ikan yang biasa
kami beli ialah ikan halibut dan herring. Daging dan ayam halal tidak boleh di
dapati di London pada masa itu. Kami menganggap kami berada dalam darurat oleh
itu makanlah ayam dan daging bukan halal
yang terdapat pada masa itu. (Bila anak kami belajar di United Kingdom dalam
tahun lapan puluhan alhamdulillah daging dan ayam halal mudah didapati). Sayur
sayuran tidak banyak bezanya dengan sayur sayuran di Malaysia. Terung pun boleh
didapati. Kita panggil terung “brinjal” dalam bahasa Inggeris di Malaysia.
Disini mereka panggil “eggplant” atau dengan nama Perancisnya, “aubergine”.
(ada beberapa perkataan Inggeris yang lain yang kita gunakan di Malaysia tetapi tidak
digunakan di England. Misalnya mereka tidak tahu “latrine”, Mereka hanya tahu “toilet”).
Tetapi tidak berapa lama sahaja H sudah pandai memasak masakan Melayu di
London, termasuk membuat satay pada musim Raya. Boleh masak pajri (nenas,
terung atau “cooking apples”) iaitu masakan kegemaran Satu lagi kegemaran saya ialah masakan kerabu
daging, iaitu masakan Perak yang saya tidak pernah rasa sebelum itu. Senang dan selesa hidup saya dapat makan
makanan Melayu di London. Senang saya belajar.
Dua
atau tiga minggu pertama sejak kedatangan H kami melancung sepuas puasnya ke tempat tempat masyhur di London. Yang saya
ingat sekali ialah lawatan kami ke Kew Gardens dengan menaiki tourist boat dari
London. Satu trip yang begitu indah menggunakan Sunagi Thames. Saya sangat suka boat trip dan tiap
tiap kali kami bercuti sekarang ini mesti ada boat trip. Kemuncak boat trips
kami ialah Cruise mengelilingi Baltic Sea dari Copenhagen ke St Petersburge
Russia dan balik sepuluh tahun yang lalu. Kami juga melawat Buckingham Palace,
Westminster Parliament, St Paul’s Cathederal, Tagalfar Square, London Bridge,
Tower Bridge dan lain lain tempat bersejarah yang masyhur.
H
juga belajar menggunakan bas dan tren London Transport. Sebenarnya pengangkutan
sangat mudah dan teratur di London. Kita
boleh pergi kemana mana tempat
menggunakan public transport. Dengan peta public transport yang sangat jelas H
boleh pergi dan balik ketempat kerja dengan keretapi bawah tanah yang di
panggil “tube”. Untuk pergi kerja di Malaysian Students Department di Bryanston
Square dia naik tren dari High Gate ke Oxford Circus dan tukar tren ke Marble
Arch. Sungguh senang. Tambang pada masa
itu agak murah.
Kami
juga kena membuat bajet kewangan. Saya mendapat elaun sebanyak lebih kurang GBP
(Pound Great Britain) 40 sebulan. Masa itu satu paun lebih kurang RM8.40 kalau
tak salah. H dapat gaji lebih kuarang GBP 10 seminggu. Dengan pendapatan ini
kami bolehlah hidup secara sederhana di London. H juga dapat Luncheon Voucher
dari majikannya yang boleh digunakan untuk membayar makan tengah hari.Kadang
kadang saya menggunakannya! Ini juga boleh digunakan untuk membayar barang
barang makanan dll di supermarket.. Di London ada Malaysia Hall iaitu hostel
untuk pelajar pelajar Malaysia. Makanan di kantin Malaysia Hall sangat murah.
Sewa bedsitter kami sekitar 3 paun seminggu. Air percuma tetapi air panas untuk
mandi kena bayar dengan memasukkan duit shilling kedalam meter yang disediakan.
Tetapi disana tidak payah mandi 2 kali sehari seperti disini. Kalau musim sejuk
sekali seminggu pun mencukupi.
Saya
berasa tenang dengan adanya isteri saya bersama sama saya di London. Saya boleh
menumpukan masa untuk belajar. Tidak perlu lagi menguruskan tugas tugas domestic
seperti memasak membasuh pinggan (yang saya tidak suka sekali) mengemas rumah
dan lain lain. Untuk mencuci pakaian kami pergi ke self service laundret yang
banyak terdapat dimana mana. Inilah pengorbanan H untuk saya yang saya sangat
terhutang budi kepadanya sampai bila bila. Dia berkerja dan disamping itu juga
menjaga keperluan saya. Tahun itu saya dalam tahun ketiga dan tahun akhir
pengajian saya. Dengan ketenangan fikiran dan sokongan isteri saya tidak ada
masaalah untuk mendapat ijazah bachelor undang undang dengan kepujian. Kawan Sekolah saya ASN hanya mendapat general degree
sahaja! Mungkin sebab dia belum berkahwin lagi pada masa itu. Ha ha ha!