PEPERIKSAAN SIJIL PELARAN MALAYSIA DAN CAMBRIDGE
SCHOOL CERTIFICATE
Peristiwa paling penting tahun 1961 semestinyalah peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaya dan Overseas Cambridge School Certifacate. Inilah kali pertamanya pelajar STAR
memnduduki peperiksaan ini. Inilah segala
galanya. Mengenangkan banyak masa
terbuang semasa di Tingkatan Empat saya tidak dapat mengatakan sama ada saya
sudah bersedia menghadapi peperiksaan itu atau belum bersedia. Saya sebenarnya
masa di Tingkatan Empat bercadang
mengambil mata mata pelajaran sains untuk membolehkan saya memasuki Tingkatan
Enam sains. Sebaik baiknya seorang pelajar sains mestilah mengambil mata pelajaran seperti Biology, Chemistry dan
Physics, dan Pure dan Applied Mathematics. Tetapi di Sekolah masa itu hanya
diajar General Science One and General
Science Two dan Mathematics dan Additional Mathematics. Memikirkan bahawa apa
yang diajar di Sekolah tidak begitu mendalam saya mengambil keputusan
meninggalkan mata pelajaran sains tambahan itu dan mengambil mata pelajran
sastera biasa dengan hanya mengambil
matapelajaran Additional Mathematics . Begitu juga dengan peperiksaan untuk
memasuki Tingkatan Enam. Saya pilih untuk mengambil peperiksaan untuk memasuki
Arts Stream.
Pada masa itu,
mendapat Gred Pertama dalam peperiksaan Cambridge School Certificate sangatlah
penting. Selain dari mendapat aggregate tertentu dari mata pelajaran yang
diambil, calun mestilah juga mendapat pangkat credit dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris untuk mendapat Gred Pertama Cambridge School Certificate. Inilah
yang menyebabkan ramai kawan kawan saya yang hanya mendapat Grade Pertama dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Grade Kedua sahaja di Cambridge School Certificate. Mereka tidak mendapat credit dalam Bahasa
Inggeris. Pada masa itu keputusan peperiksaan ini disiarkan diakhbar akhbar.
Dikalangan pelajar pelajar Melayu tidak ramai yang mendapat Cambridge School
Certificate Grade Pertama. Mereka yang mendapat Gred Pertama akan diketahui
oleh seluruh Negara oleh sebab penyiaran keputusan itu diakhbar akhbar. Pada
tahun 1961 ada empat kelas Tingkatan Lima yang akan mengambil peperiksaan ini,
iaitu lebih kurang 160 orang murid. Adalah sangat penting STAR mencapai
keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan SC sulungnya ini. Kami yang
berada dalam Tingkatan Lima “A” berharap sangat lulus dengan mendapat Gred
Pertama dan Berjaya masuk ke Tingkatan Enam.
Bila saya mengimbas kembali period persekolahan
menengah saya, iaitu di STAR, saya kira itulah masa yang sangat penting dalam
hidup saya. Masa dimana saya menerima pendidikan yang sangat baik. Ini adalah
hasil pendidikan yang diterima dari kalangan guru guru yang tidak tolok bandingnya.
Selain dari Guru Besar arwah Tun Hamdan, saya mestilah sebutkan guru guru lain
yang saya anggap sebagai guru guru terbaik saya. Mereka ialah Cikgu cikgu
Mohammad Perdaus, Lau Hut Yee, Michael Liau, Anthony Marshall, Choong Swee Chin
dan Baskaran. Saya juga menganggap arwah Ustaz Mohammad Haji Hashim adalah
seorang ustaz yang banyak sekali mempengaruhi peribadi saya. Dialah yang
mencetuskan minat saya mempelajari Bahasa Arab yang saya rasa adalah sangat penting
kepada seorang Islam. Ada juga guru guru lain yang tidak mengajar saya tetapi
terlibat sebagai guru guru aktiviti luar darjah yang saya anggap adalah guru
yang sangat baik. Diantara mereka ialah Cikgu cikgu Roslan Ahmad, Tan Teong
Leong, Tan Chew Kiang dan Jerome Andrew David.
Walau pun saya tidak menyerlah dalam bidang sukan
tetapi masa di STAR saya mempunyai minat dalam permainan tennis dan table
tennis. Saya memahami permainan rughby, hockey dan cricket dan mengikuti permainan
permainan ini sehingga sekarang. Disebabkan umur yang sudah meningkat saya
hanya terlibat dengan permainan golf sahaja sekarang.
Tidak kurang
pentingnya inilah masanya saya mendapat sahabat sahabat dikalangan murid murid sesama
sekolah yang terus menjadi sahabat bertambah karib selepas meninggalkan Sekolah.
Mempunyai sahabat dimerata rata pelusuk
tanah air adalah satu keunikan kita yang
pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh. Sahabat saya yang saya dampingi
sekarang kebanyakannya adalah sahabat dari STAR. Ada yang semasa dengan saya di
STAR iaitu dari tahun 1957 hingga 1963 dan ada yang dari kumpulan selepas saya
meninggalkan Sekolah. Saya tidak mahu menyebutkan nama sahabat sahabat itu
disini sebab mereka terlalu ramai dan takut pula saya mungkin terlupa beberapa nama mereka
dan mereka mungkin akan kecil hati!
Segala galanya ini mencorakkan peribadi saya,
pendidikan akademik, pendidikan agama, penglibatan dalam aktiviti luar bilik
darjah, jawatan jawatan dalam Persatuan dan pergaulan dengan guru guru, kakitangan
Sekolah dan kawan kawan. Dari pencapaian
saya dalam bidang akademik saya dapat peluang mengikuti pengajian di universiti
luar negeri yang membolehkan akhirnya menceburi profeyen yang agak baik, pengajian
agama Islam melalui pengajaran Ustaz Muhammad saya rasa menjadikan saya seorang
Muslim yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Saya mempunyai ramai kawan kawan sebab bersekolah di STAR.
STAR sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang telah
ujud selama lima tahun sejak 1957 sudah terkenal bukan sahaja di Perak malahan
diseluruh negara bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang
sukan terutamanya rughby.
Pada penhujung tahun 1961 rakan rakan yang sama sama
masuk Sekolah Menengah Melayu pada tahun 1957 akan meninggalkan STAR. Kami pada
masa tidak mengetahui sama ada kami akan balik ke Sekolah untuk melanjutkan
pelajaran ke Tingkatan Enam atau pun tidak. Ramai yang mengucapkan selamat
tinggal kepada alma mater dengan perasaan sedih tetapi sangat berterima kasih
kepada STAR guru guru dan kakitangannya.
No comments:
Post a Comment