Friday, November 22, 2013

SEKOLAH MENENGAH (bahagian kelapan) - PEPERIKSAAN SPM DAN CAMBRIDGE SCHOOL CERTIFICATE


PEPERIKSAAN SIJIL PELARAN MALAYSIA DAN CAMBRIDGE SCHOOL CERTIFICATE

Peristiwa paling penting tahun 1961 semestinyalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaya dan Overseas Cambridge School Certifacate.  Inilah kali pertamanya pelajar STAR memnduduki peperiksaan ini.  Inilah segala galanya.  Mengenangkan banyak masa terbuang semasa di Tingkatan Empat saya tidak dapat mengatakan sama ada saya sudah bersedia menghadapi peperiksaan itu atau belum bersedia. Saya sebenarnya masa di Tingkatan Empat  bercadang mengambil mata mata pelajaran sains untuk membolehkan saya memasuki Tingkatan Enam sains. Sebaik baiknya seorang pelajar sains mestilah mengambil  mata pelajaran seperti Biology, Chemistry dan Physics, dan Pure dan Applied Mathematics. Tetapi di Sekolah masa itu hanya diajar General Science  One and General Science Two dan Mathematics dan Additional Mathematics. Memikirkan bahawa apa yang diajar di Sekolah tidak begitu mendalam saya mengambil keputusan meninggalkan mata pelajaran sains tambahan itu dan mengambil mata pelajran sastera biasa dengan  hanya mengambil matapelajaran Additional Mathematics . Begitu juga dengan peperiksaan untuk memasuki Tingkatan Enam. Saya pilih untuk mengambil peperiksaan untuk memasuki Arts Stream.

 Pada masa itu, mendapat Gred Pertama dalam peperiksaan Cambridge School Certificate sangatlah penting. Selain dari mendapat aggregate tertentu dari mata pelajaran yang diambil, calun mestilah juga mendapat pangkat credit dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk mendapat Gred Pertama Cambridge School Certificate. Inilah yang menyebabkan ramai kawan kawan saya yang hanya mendapat Grade Pertama dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Grade Kedua sahaja di Cambridge  School Certificate.  Mereka tidak mendapat credit dalam Bahasa Inggeris. Pada masa itu keputusan peperiksaan ini disiarkan diakhbar akhbar. Dikalangan pelajar pelajar Melayu tidak ramai yang mendapat Cambridge School Certificate Grade Pertama. Mereka yang mendapat Gred Pertama akan diketahui oleh seluruh Negara oleh sebab penyiaran keputusan itu diakhbar akhbar. Pada tahun 1961 ada empat kelas Tingkatan Lima yang akan mengambil peperiksaan ini, iaitu lebih kurang 160 orang murid. Adalah sangat penting STAR mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan SC sulungnya ini. Kami yang berada dalam Tingkatan Lima “A” berharap sangat lulus dengan mendapat Gred Pertama dan Berjaya masuk ke Tingkatan Enam.

Bila saya mengimbas kembali period persekolahan menengah saya, iaitu di STAR, saya kira itulah masa yang sangat penting dalam hidup saya. Masa dimana saya menerima pendidikan yang sangat baik. Ini adalah hasil pendidikan yang diterima dari kalangan guru guru yang tidak tolok bandingnya. Selain dari Guru Besar arwah Tun Hamdan, saya mestilah sebutkan guru guru lain yang saya anggap sebagai guru guru terbaik saya. Mereka ialah Cikgu cikgu Mohammad Perdaus, Lau Hut Yee, Michael Liau, Anthony Marshall, Choong Swee Chin dan Baskaran. Saya juga menganggap arwah Ustaz Mohammad Haji Hashim adalah seorang ustaz yang banyak sekali mempengaruhi peribadi saya. Dialah yang mencetuskan minat saya mempelajari Bahasa  Arab yang saya rasa adalah sangat penting kepada seorang Islam. Ada juga guru guru lain yang tidak mengajar saya tetapi terlibat sebagai guru guru aktiviti luar darjah yang saya anggap adalah guru yang sangat baik. Diantara mereka ialah Cikgu cikgu Roslan Ahmad, Tan Teong Leong, Tan Chew Kiang dan Jerome Andrew David.

Walau pun saya tidak menyerlah dalam bidang sukan tetapi masa di STAR saya mempunyai minat dalam permainan tennis dan table tennis. Saya memahami permainan rughby,  hockey dan cricket dan mengikuti permainan permainan ini sehingga sekarang. Disebabkan umur yang sudah meningkat saya hanya terlibat dengan permainan golf sahaja sekarang.

 Tidak kurang pentingnya inilah masanya saya mendapat sahabat sahabat dikalangan murid murid sesama sekolah yang terus menjadi sahabat bertambah karib selepas meninggalkan Sekolah. Mempunyai sahabat  dimerata rata pelusuk tanah air  adalah satu keunikan kita yang pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh. Sahabat saya yang saya dampingi sekarang kebanyakannya adalah sahabat dari STAR. Ada yang semasa dengan saya di STAR iaitu dari tahun 1957 hingga 1963 dan ada yang dari kumpulan selepas saya meninggalkan Sekolah. Saya tidak mahu menyebutkan nama sahabat sahabat itu disini sebab mereka terlalu ramai dan takut  pula saya mungkin terlupa beberapa nama mereka dan mereka mungkin  akan kecil hati!

Segala galanya ini mencorakkan peribadi saya, pendidikan akademik, pendidikan agama, penglibatan dalam aktiviti luar bilik darjah, jawatan jawatan dalam Persatuan  dan pergaulan dengan guru guru, kakitangan Sekolah dan kawan kawan.  Dari pencapaian saya dalam bidang akademik saya dapat peluang mengikuti pengajian di universiti luar negeri yang membolehkan akhirnya menceburi profeyen yang agak baik, pengajian agama Islam melalui pengajaran Ustaz Muhammad saya rasa menjadikan saya seorang Muslim yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Saya mempunyai  ramai kawan kawan sebab bersekolah di STAR.

STAR sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang telah ujud selama lima tahun sejak 1957 sudah terkenal bukan sahaja di Perak malahan diseluruh negara bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang sukan terutamanya rughby.

Pada penhujung tahun 1961 rakan rakan yang sama sama masuk Sekolah Menengah Melayu pada tahun 1957 akan meninggalkan STAR. Kami pada masa tidak mengetahui sama ada kami akan balik ke Sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam atau pun tidak. Ramai yang mengucapkan selamat tinggal kepada alma mater dengan perasaan sedih tetapi sangat berterima kasih kepada STAR guru guru dan kakitangannya.

No comments:

Post a Comment